Maktab Kirby

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Maktab Kirby beroperasi selama sepuluh tahun iaitu dari tahun 1952 hingga 1962 .Maktab ini telah berjaya melahirkan lebih 1,500 guru pelatih dan 405 pelatih guru, dengan bantuan pakar daripada Institute of Education, University of Liverpool, United Kingdom. Maktab Kirby merupakan satu eksperimen pendidikan yang unik di mana sebuah negara asing - yakni Malaya (kini Malaysia) dibenarkan membuka sebuah Maktab Latihan Guru di England pada tahun 1951.

MBMMBI[sunting | sunting sumber]

Timbalan Perdana Menteri Malaysia dan Menteri Pelajaran Malaysia, Tan Sri Muhyiddin Yassin khuatir jika Bahasa Inggeris diwajibkan lulus di peringkat SPM, ramai pelajar di luar bandar akan gagal . Bahasa Inggeris adalah bahasa yang amat penting yang kita gunakan dalam kehidupan seharian kita.

Bagi meningkatkan kualiti kemahiran dan penguasaan bahasa Inggeris di kalangan pelajar, pengajaran mata pelajaran bahasa Inggeris perlu dilakukan oleh guru berkelayakan.Kita boleh mencontohi konsep Maktab Kirby, (iaitu) menghantar guru belajar bahasa Inggeris di persekitaran yang bertutur dalam bahasa Inggeris.

Persatuan Alumni Maktab Kirby[sunting | sunting sumber]

Pada 8 Jun 2009, Tan Sri Muhyiddin Yassin merasmikan penubuhan Persatuan Alumni Maktab Kirby di Kuala Lumpur. Guru-guru lepasan Maktab Kirby telah berkhidmat dengan penuh dedikasi pada tahun 1950an dan 1960an iaitu ketika sekolah-sekolah masih daif dan kemudahan pelajaran masih kurang.


Kehadiran guru-guru Maktab Kirby yang terlatih dalam bilik-bilik darjah telah membawa pembaharuan kepada sistem pelajaran negara. Maktab Kirby berjaya melahirkan guru berbilang bangsa dan agama ini merupakan 'miniature Malaysia' di mana semangat '1Malaya' dan 'Malaya Boleh' mula disemai.

Guru lepasan Maktab Kirby juga menjadi kayu ukur kepada kecemerlangan profesion perguruan di negara ini. Empat bekas pelajar Maktab Kirby terpilih sebagai Tokoh Guru Kebangsaan dari tahun 1988 hingga 1998 iaitu Harith Laiki, Idris Tain, Lau Hut Yee dan Dr Yahya Ibrahim.


Tan Sri Muhyiddin Yassin turut melancarkan buku "Kirby College A Heritage" hasil tulisan Dr Shaari Isa. Seterusnya beliau merasmikan 'Pameran Maktab Kirby' anjuran Muzium Pendidikan Universiti Pendidikan Sultan Idris. [1]

Rujukan[sunting | sunting sumber]