Maktab Rendah Sains MARA Arau

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Koordinat: 6°27′18″N 100°20′51″E / 6.45491°N 100.34748°E / 6.45491; 100.34748

Maktab Rendah Sains MARA Arau (singkatan MRSM Arau) terletak di Arau ,Perlis. MRSM Arau merupakan institusi kedua ditubuhkan di Perlis selepas MRSM Beseri, dan menawarkan program Premier bermula dari tingkatan 1 sehingga 5.

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Penubuhan maktab[sunting | sunting sumber]

Pembinaan MRSM Arau bermula sekitar tahun 2006 dan dijangka siap sepenuhnya pada tahun 2010[1]. Namun begitu, akibat kelewatan daripada beberapa kontraktor yang dilantik, menyebabkan projek ini tertangguh dan menjejaskan pengambilan pelajar baru yang sepatutnya dimulakan sekitar tahun 2009[1]. Pada tahun 2017, MARA mengeluarkan kenyataan bahawa MRSM Arau bakal dibuka dan beroperasi pada tahun yang sama[2]. Syarat kelayakan bagi pelajar perintis MRSM Arau juga sama seperti di MRSM lain iaitu sekurang-kurangnya 3A 3B bagi peperiksaan UPSR dan 6A 4B (subjek berkaitan sains wajib gred A) bagi peperiksaan PT3[3]. Pelajar-pelajar yang telah memohon ke MRSM Arau ini kemudiannya melalui proses temuduga oleh MARA secara fizikal[4].

Kira-kira 150 orang pelajar tingkatan satu dan 150 orang pelajar tingkatan empat mendaftar masuk untuk permulaan dan kemasukan penuh dimulakan pada tahun 2018[5]. Ini termasuk lima orang pelajar dari keluarga asnaf terpilih mendaftar masuk sebagai pelajar perintis MRSM Arau yang ditaja oleh Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs)[6]. Pada 14 Oktober 2019, Raja Perlis, Tuanku Syed Sirajuddin Tuanku Syed Putra Jamalullail berkenan merasmikan pembukaan MRSM Arau[7]. Pada tahun 2019, jumlah pelajar di MRSM Arau meningkat kepada 600 orang dengan 10% daripada jumlah itu merupakan pelajar bukan bumiputera[8].

Senarai pengetua[sunting | sunting sumber]

Nama Mula berkhidmat Tamat berkhidmat
Tuan Hj. Abdul Rahim Bin Ahmad Jun 2017 Julai 2021
En Mohd Zamzuri bin Md Noor November 2021


Lagu Maktab[sunting | sunting sumber]

Wahai putera puteri bangsaku
Ayuh segera menuju
Mengikut gerak langkah maju
Bersatu mencari ilmu

Di zaman sains dan teknologi
Negara perlukan jasamu
Janganlah rasa malas lagi
Bersama memegang teraju

Di Maktab Rendah Sains MARA
Tuntut ilmu jangan jemu
Ikrar taat setia pada guru
Berdisiplin selalu

Hari ini hari mulanya
Hari esok berjaya
Lengkapkan segala yang ada
Ke kuliah kita segera


Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ a b Laporan Ketua Audit Negara Siri 3 Tahun 2013 (Badan Berkanun Persekutuan) - Maklumbalas Perbendaharaan. Kementerian Kewangan Malaysia. m/s. 453-463.
  2. ^ "MRSM Arau mula operasi tahun ini". eWarta MARA. 13 Julai 2017. Dicapai pada 16 November 2022.
  3. ^ "Syarat Kemasukan ke MRSM Arau Dilonggarkan?". Sebenarnya.my. Dicapai pada 16 November 2022.
  4. ^ "PERMOHONAN KEMASUKAN KE MAKTAB RENDAH SAINS MARA (MRSM) ARAU". eWarta MARA. 31 Mei 2017. Dicapai pada 16 November 2022.
  5. ^ "Rakyat mesti pilih parti mentadbir negara dengan seimbang: Shahidan". Utusan Borneo. 30 Jun 2017. Dicapai pada 16 November 2022.
  6. ^ "MRSM Arau Sumbang Ke Arah Kecemerlangan Akademik". MAIPs. 16 Oktober 2019. Dicapai pada 16 November 2022.
  7. ^ Wan Mansor, Wan Mohd Noor Hafiz (15 Oktober 2019). "Raja Perlis berkenan rasmi MRSM Arau". Sinar Harian. Dicapai pada 16 November 2022.
  8. ^ "Pelajar MRSM Arau anjur kempen 'Kesatuan Dalam Kepelbagaian'". FMT. 26 Februari 2019. Dicapai pada 16 November 2022.


Lihat juga[sunting | sunting sumber]