Maktab Rendah Sains MARA Bagan Datuk

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Koordinat: 3°58′02″N 100°47′11″E / 3.96711°N 100.78643°E / 3.96711; 100.78643

Maktab Rendah Sains MARA Bagan Datuk
مکتب رنده ساءين س مارا باݢن داتوق
Lokasi
Jalan Simpang Empat - Bagan Datuk
Bagan Datuk, 36100, Perak
Malaysia
Maklumat
Nama lainMRSM Bagan Datuk / MABDA
Jenis sekolahPendidikan menengah
DitubuhkanApril 2021
StatusBeroperasi
PengetuaEn. Nordin bin Ahmad
Timb. Pengetua
Kecemerlangan Akademik
En. Mohd Fadzli bin Muhammad
Timb. Pengetua
Pembangunan Pelajar
En. Mahamad Mahyuddin bin Ajmain
Timb. Pengetua
Pembangunan Bakat
Pn. Shamsiah binti Mohamed@Alias
Sistem pendidikanSPMRSM Program Ulul Albab
BahasaBahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Bahasa Arab
SloganNurturing Future Caliphs
Nama alumniANSARA Malaysia
Laman sesawang
Kali terakhir dikemaskinikan: November 2022

Maktab Rendah Sains MARA Bagan Datuk (singkatan: MRSM Bagan Datuk / MABDA) merupakan sebuah sekolah berasrama penuh di bawah institusi MRSM, yang dikelolakan oleh MARA. Ianya terletak di Bagan Datuk, Perak. MRSM Bagan Datuk menawarkan program Ulul Albab kepada pelajar tingkatan satu sehingga lima.

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Penubuhan maktab[sunting | sunting sumber]

Pada 24 Julai 2016, Perdana Menteri Malaysia pada ketika itu, Datuk Seri Najib Razak mengumumkan sejumlah projek bagi pembangunan kawasan pekan Bagan Datoh, Perak yang ketika itu di bawah daerah Hilir Perak, termasuklah projek pembinaan sebuah institusi Maktab Rendah Sains MARA baharu[1]. Projek pembinaan MRSM baharu ini merupakan projek yang telah diluluskan di bawah Rancangan Malaysia ke-11 (RMK11), di mana kos dianggarkan sebanyak RM130 juta[2], dan dijangka mampu memuatkan kira-kira 750 orang pelajar[3]. Pada Disember 2016, pekan Bagan Datoh dinaiktaraf sebagai daerah dan tidak lagi berada di bawah daerah Hilir Perak, serta namanya ditukar kepada Bagan Datuk[4].

Gagasan Nadi Cergas merupakan kontraktor yang terlibat dalam projek pembinaan MRSM ini[5]. Kerja-kerja rawatan tanah telah dimulakan pada bulan Februari 2017 dan dijangka selesai pada bulan Ogos 2017, sebelum pembinaan bangunan bermula[3]. Pada 21 April 2018, upacara majlis pecah tanah bagi projek pembinaan MRSM ini telah diadakan dan disempurnakan oleh Timbalan Perdana Menteri Malaysia pada ketika itu, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi[6][7]. Ini merupakan MRSM yang ke-9 dibina di dalam negeri Perak, dan MRSM ke-7 yang akan menawarkan program Ulul Albab[6]. Pada November 2019, projek pembinaan MRSM Bagan Datuk dilaporkan telah siap 62.86%[8].

Pada Mac 2021, MARA mengumumkan bahawa MRSM Bagan Datuk akan mula beroperasi awal Jun 2021[9].

Senarai pengetua[sunting | sunting sumber]

Nama Mula berkhidmat Tamat berkhidmat
En. Nordin bin Ahmad April 2021

Lagu rasmi[sunting | sunting sumber]

Wahai putera puteri bangsaku
Ayuh segera menuju
Mengikut gerak langkah maju
Bersatu mencari ilmu

Di zaman sains dan teknologi
Negara perlukan jasamu
Janganlah rasa malas lagi
Bersama memegang teraju

Di Maktab Rendah Sains MARA
Tuntut ilmu jangan jemu
Ikrar taat setia pada guru
Berdisiplin selalu

Hari ini hari mulanya
Hari esok berjaya
Lengkapkan segala yang ada
Ke kuliah kita segera


Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Baha, Intan (16 Januari 2017). "Perak's 12th district: New lease of life for Bagan Datuk". NST. Dicapai pada 30 November 2022.
  2. ^ Ahmad, Saifullah (23 Julai 2019). "Ejaan nama daerah Bagan Datoh ditukar kepada "Bagan Datuk"". Sinar Harian. Dicapai pada 30 November 2022.
  3. ^ a b Abd Hamid, Ahmad (20 April 2017). "Bagan Datuk Bakal Berubah Wajah". MStar. Dicapai pada 30 November 2022.
  4. ^ Abdul Rahim, Jalal Ali (29 Disember 2016). "Ejaan nama daerah Bagan Datoh ditukar kepada "Bagan Datuk"". Berita Harian. Dicapai pada 30 November 2022.
  5. ^ "Gagasan Nadi Cergas Sertai Tender Pembinaan Lebih RM17 bilion". Dagang News. 13 September 2021. Dicapai pada 1 Disember 2022.
  6. ^ a b "TPM Zahid sempurna majlis pecah tanah MRSM Bagan Datuk". Astro Awani. 21 April 2018. Dicapai pada 30 November 2022.
  7. ^ "Zahid performs ground-breaking for Bagan Datuk MRSM". Malay Mail. 21 April 2018. Dicapai pada 30 November 2022.
  8. ^ "RM740 juta bina 8 MRSM baharu". Harian Metro. 4 November 2019. Dicapai pada 30 November 2022.
  9. ^ Ibrahim, Azman (9 Mac 2021). "Tawaran kemasukan tingkatan 1, 4 MRSM boleh mula disemak 10 Mac 2021". Harian Metro. Dicapai pada 30 November 2022.


Lihat juga[sunting | sunting sumber]