Maktab Rendah Sains MARA Balik Pulau

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
Maktab Rendah Sains MARA Balik Pulau
MotoCentre of Excellence, For the Gifted and Talented
JenisMaktab Rendah Sains MARA
PengetuaAbu Zakir Naik Bin Ahmad Affandi
Penolong Kanan Hal Ehwal MuridMohd Fairuz bin Mokhtar
Penolong Kanan Kokurikulum-
Ketua PelajarBalqis Batrisyia bt. Puad Sadat
LokasiBalik Pulau , Pulau Pinang, Malaysia
Kemasukan PelajarBermula dari Tingkatan Satu
Nama singkatanMRSM BP
Laman sesawanghttps://bpulau.mrsm.edu.my
Telefon+604-8669493
Faks+604-8668371

Maktab Rendah Sains MARA Balik Pulau (singkatan: MRSM Balik Pulau atau MRSM BP) merupakan sebuah MRSM yang terletak di Balik Pulau, Pulau Pinang.

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Dibuka pada tahun 1984 dengan kemasukan pertama pelajar tingkatan 3 (Batch: 1982) yang sebelumnya ditumpangkan di MRSM Muar, Johor dan pelajar tingkatan dua (Batch: 1983) yang sebelumnya ditumpangkan di MRSM Terendak, Melaka. Pelajar tingkatan satu (Batch: 1984) masuk pada 24 Mac 1984. Ketika itu MRSM Balik Pulau masih tidak siap sepenuhnya tetapi dibuka juga untuk kemasukkan pelajar-pelajar.

Pada tahun 1986, disebabkan status MRSM Kulim ditingkatkan kepada Kolej, semua pelajar tingkatan 4 MRSM Balik Pulau (Batch: 1983) dipindahkan ke lain-lain MRSM serata Malaysia untuk membuka kekosongan kepada pelajar-pelajar tingkatan 1 dan 2 dari MRSM Kulim.

Dalam beberapa tahun awal kemasukan pelajar ke MRSM ini, mereka memasuki kuliah yang dipecahkan ke beberapa kategori seperti Sains, Sains Sosial, Bahasa dan Matematik di mana pelajar-pelajar berpindah dari satu kelas ke kelas yang lain untuk belajar. Pilihanraya pemilihan Badan Wakil Pelajar (BWP) yang pertama diadakan pada tahun 1985.

Pada tahun 2015, Maktab Rendah Sains MARA Balik Pulau telah dipilih sebagai salah sebuah MRSM aliran IB MYP (Middle Years Programme) oleh Bahagian Pendidikan Menengah MARA.

MRSM Balik Pulau telah diberikan nama "IB WORLD SCHOOL" pada tarikh 12 Jun 2018. Kini, MRSM Balik Pulau masih memegang motonya iaitu "Centre of Excellence, For the Gifted and Talented" dalam usaha menyediakan pelajarnya yang berdaya saing dan kompetetif

Pengetua[sunting | sunting sumber]

  • 1984 - 1987: Encik Mohd Hussin Ibrahim
  • 1988 - 1989: Encik Faruk Senan B Abdullah
  • 1990 - 1995: Tuan Haji Abdul Ghani B Jusoh
  • 1996 - 2004: Tuan Haji Faruk Senan B Abdullah
  • 2005 - 2006: Encik Saleh B Osman
  • 2006 - 2011: Tn Hj Mohd Sabri b Ali
  • 2011 - 2012: Tn Hj Abd Manab bin Abd Majid
  • 2012 - 2015: Tn Hj Khalil bin Abd Rahman
  • 2015 - kini: Encik Abu Zaki bin Ahmad Affandi

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]