Maktab Rendah Sains MARA Batu Pahat

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search

Maktab Rendah Sains MARA Batu Pahat (singkatan: MRSM BP) terletak di Kampung Separap, Batu Pahat, Johor. Kampus ini berkeluasan 50 ekar. Bagaimanapun, pembangunan MRSM Batu Pahat ini hanya meliputi 40 ekar sahaja dan yang selebihnya adalah untuk pembangunan akan datang.

Wujudnya MRSM BP ini adalah atas usaha Datuk Ruhanie bin Hj Ahmad iaitu Ahli Parlimen Parit Sulong. Majlis pecah tanah dan perletakan batu aras pembinaan MRSM ini telah disempurnakan pada 5 Oktober 1999 oleh Timbalan Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi.

Kos keseluruhan projek MRSM ini menelan belanja hampir 46.0 juta iaitu 25.6 juta untuk kos pembinaan dan selebihnya kos tanah, perunding serta alatan dan kelengkapan.

Bangunan yang berkelengkapan conventional ini adalah direka oleh Arkitek DZJ & Associate dan telah dibina oleh Syarikat Kontraktor Bakti Insani Sdn.Bhd. Pembinaan MRSM ini mengambil masa selama 18 bulan dari September 1999 hingga April 2001.

MRSM BP mula beroperasi pada 1 Mac 2002. Sebelum MRSM Batu Pahat bersedia mengambil pelajarnya, terlebih dahulu MRSM Batu Pahat telah mengambil pelajar tingkatan 1 pada tahun 2001. Pelajar-pelajar ini ditempatkan buat sementara di MRSM Mersing. Terdapat lima batch pada 2016.

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]