Maktab Rendah Sains MARA Bentong
Maktab Rendah Sains MARA Bentong | |
---|---|
![]() | |
Lokasi | |
Bentong, Bentong, Pahang Malaysia | |
Maklumat | |
Jenis sekolah | Maktab Rendah Sains MARA |
Moto | Highway to Excellence |
Nombor sekolah | +609-2222869 |
Faks | +609-2222936 |
Laman sesawang | https://bentong.mrsm.edu.my |
Maktab Rendah Sains MARA Bentong (singkatan: MRSM Bentong) merupakan sebuah MRSM yang terletak di Bentong, Pahang.
Sejarah Penubuhan[sunting | sunting sumber]
Idea untuk menubuhkan MRSM Bentong telah diilhamkan oleh pengerusi MARA pada ketika itu iaitu Yang Berhormat Datuk Wira Abu Seman bin Hj Yusop pada tahun 2003. MRSM Bentong telah mula beroperasi pada 02 Januari 2009 di satu kawasan seluas 52 hektar di atas Lot 2650 dan 1945, Mukim Bentong, Pahang. Pembangunan infrakstrukturnya mengandungi bangunan Pentadbiran, bangunan Akademik, bangunan Asrama Putera dan Puteri, Dewan Selera, Dewan Besar, Pusat Sumber Pembelajaran, Bangunan Makmal Sains, Surau, Rumah Pengetua, Rumah Timbalan Pengetua, Apartmen Guru dan kakitangan serta Gelanggang Permainan.
Pengambilan pelajar pertama ialah pada 19 Mac 2009 yang terdiri daripada 366 orang pelajar tingkatan empat (186 pelajar putera, 180 pelajar puteri). Manakala bilangan guru kumpulan pertama pula ialah seramai 35 orang dan Bilangan kakitangan seramai 24 orang.
MRSM Bentong adalah MRSM yang pertama melaksanakan program kurikulum terbeza yang melibatkan pembelajaran teknikal.
Ahli Pengurusan[1][sunting | sunting sumber]
Pengetua[sunting | sunting sumber]
- Tn. Hj. A. Bakar Bin A.Rahim (Mei 2015 - Mei 2017)
- Dr. Noorzalina Binti Mohd Noor (Mei 2017 - Julai 2019)
- Encik Ariffin Bin Sulaiman (Julai 2019 - Kini)
Timbalan Pengetua Kecemerlangan Akademik[sunting | sunting sumber]
- Pn. Norul Huda Binti Mohd Hassan ( Julai 2018 - Kini )
Timbalan Pengetua Pembangunan Pelajar[sunting | sunting sumber]
- En. Abdul Manaf BIn Abdullah ( Ogos 2018 - Januari 2020 )
Timbalan Pengetua Pembangunan Bakat[sunting | sunting sumber]
- Pn. Hasnah Binti Jaafar ( Mei 2015 - Kini )
Lagu Rasmi Maktab[sunting | sunting sumber]
Wahai putera puteri bangsaku
Ayuh segera menuju
Mengikut gerak langkah maju
Bersatu mencari ilmu
Di zaman sains dan teknologi
Negara perlukan jasamu
Janganlah rasa malas lagi
Bersama memegang teraju
Di Maktab Rendah Sains MARA
Tuntut ilmu jangan jemu
Ikrar taat setia pada guru
Berdisiplin selalu
Hari ini hari mulanya
Hari esok berjaya
Lengkapkan segala yang ada
Ke kuliah kita segera
Misi dan Visi Maktab[2][sunting | sunting sumber]
Visi[sunting | sunting sumber]
Menjadi pusat kecemerlangan pendidikan yang inovatif dan bertaraf dunia.
Misi[sunting | sunting sumber]
Menyediakan pelajar bumiputera yang berpotensi tinggi dalam bidang sains dan teknologi.
Objektif[2][sunting | sunting sumber]
- Melahirkan pelajar yang berpotensi tinggi dalam mengaplikasikan ilmu dan kemahiran teknikal untuk kesejahteraan sejagat.
- Memupuk kemenjadian pelajar yang pintar dan soleh.
- Memupuk nilai keusahawanan, kepimpinan, dan daya saing yang tinggi.
Insiden tanah runtuh[sunting | sunting sumber]
Pada 8 Disember 2010, berlaku tanah runtuh yang menyebabkan sebahagian daripada padang hoki dan tangki septik tertimbus[3]. Disebabkan insiden ini, pelajar dan staf dipindahkan ke MRSM Tun Abdul Razak di Pekan, Pahang dan ditutup selama setahun bagi memberi laluan kepada kerja-kerja pembaikan[4].
Antara punca yang dikenalpasti mengundang kepada berlakunya tanah runtuh adalah disebabkan aliran air di bawah tanah yang membawa kepada hakisan tanah secara perlahan[3].
SPMRSM Teknikal[sunting | sunting sumber]
MRSM Bentong merupakan MRSM Program SPMRM Teknikal menenawarkan subjek Sains Kejuruteraan untuk pelajar Tingkatan 1 hingga 3.
Bagi pelajar Tingkatan 4 dan 5, terdapat dua aliran yang ditawarkan iaitu:
- Kejuruteraan Elektrik & Elektronik
- Kejuruteraan Mekanikal
Rujukan[sunting | sunting sumber]
- ^ "salinan arkib". Diarkibkan daripada yang asal pada 2019-01-21. Dicapai pada 2019-01-21.
- ^ a b "salinan arkib". Diarkibkan daripada yang asal pada 2019-01-21. Dicapai pada 2019-01-21.
- ^ a b "MRSM Bentong masih ditutup". Utusan Malaysia. 21 April 2011. Dicapai pada 7 Jun 2017.[pautan mati kekal]
- ^ "Bangunan MRSM Bentong Masih Selamat Digunakan". mStar. 9 Ogos 2010. Dicapai pada 7 Jun 2017.
Lihat juga[sunting | sunting sumber]
![]() | Rencana mengenai sekolah di Malaysia ini ialah rencana tunas. Anda boleh membantu Wikipedia dengan mengembangkannya. |