Maktab Rendah Sains MARA Besut

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
Maktab Rendah Sains MARA Besut
MotoBerdisplin, Berilmu, Beramal
Dirasmikan1995
JenisMaktab Rendah Sains MARA
PengetuaEncik Che Halim Bin Che Daud
LokasiJalan Tembila 22200, Besut, Terengganu, Malaysia


Maktab Rendah Sains MARA Besut, (singkatan: MRSM Besut) ialah sebuah MRSM yang ditubuhkan di Malaysia. Seperti diketahui, MRSM ini terletak di Besut, Terengganu. Kedudukan MRSM Besut yang terletak di tepi Jalan Pantai dan Pantai Bukit Kluang, memberikan susana yang aman, selamat, damai dan kondusif kepada para pelajar untuk belajar. MRSM ini terletak di Jalan Tembila dan juga hanya beberapa kilometer daripada pekan Jerteh (bandar utama di Besut) meletakkan MRSM Besut di kedudukan yang strategik di Kampung Raja, Besut ini.

Sejarah penubuhan[sunting | sunting sumber]

Maktab Rendah Sains MARA Yayasan Terengganu (MRSM YT) dikendalikan secara usahasama antara Yayasan Terengganu dengan Majlis Amanah Rakyat (MARA). Penubuhannya merupakan aspirasi Kerajaan Negeri bagi menampung keperluan pendidikan yang lebih berkualiti bagi lulusan UPSR yang terdiri dari anak-anak Terengganu yang tidak mendapat tempat di sekolah-sekolah berasrama penuh. Hasrat penubuhan ini telah dipersetujui Lembaga Pemegang - Pemegang Amanah Yayasan Terengganu dalam mesyuarat kali ke-70 yang telah diadakan pada 20 Disember 1992. Justeru itu, bagi merialisasikan hasrat tersebut, satu Memorandum Persefahaman di antara Yayasan Terengganu dengan Majlis Amanah Rakyat telah ditandatangani pada 3 Jun 1993. Dua buah MRSM YT telah ditubuhkan iaitu di Besut dan Dungun. Kedua - duanya telah memulakan operasinya dengan pengambilan pertama pelajarnya pada Januari dan Mac 1995.

Aspirasi dan komitmen Kerajaan Negeri mula membuahkan hasil sulungnya apabila keputusan Peperiksaan Menengah Rendah 1996, MRSM YT Besut berjaya memperolehi kelulusan 100% dan mendapat tempat ke dua terbaik bagi pencapaian Maktab Rendah Sains MARA di seluruh Malaysia. Pelbagai kejayaan diraih dari setahun ke setahun antaranya MRSM YT Besut telah muncul sebagai Maktab terbaik dalam keputusan PMR di antara MRSM seluruh negara pada tahun 1997 dengan 105 orang pelajar mendapat 8A. Di dalam aktiviti kokurikulum pula, MRSM YT Besut telah menjadi johan keseluruhan Minggu Kokurikulum MRSM SeMalaysia Peringkat Menengah Rendah pada tahun 1998.

MRSM YT Besut juga pernah menyertai pameran Tunas Saintis Peringkat MRSM SeMalaysia di MRSM Beseri pada tahun 2000. Pameran tersebut merupakan aktiviti tahunan MRSM untuk mencungkil bakat dan kreativiti pelajar selaras dengan Falsafah Pendidikan Negara. Di dalam bidang sukan, MRSM YT Besut pernah mewakili Daerah Besut ke Peringkat Negeri Terengganu dalam pertandingan Kejohanan Olahraga Sekolah-Sekolah Terengganu ke 28 tahun 1997, Kejohanan Badminton Peringkat MSST anjuran Majlis Sukan Sekolah-Sekolah Terengganu. Kini, kecemerlangan diulangi kembali dengan pembukaan semula MRSM YT Besut selepas beberapa tahun tidak beroperasi.

MRSM ini juga dikenali sebagai penjara bagi setiap pelajarnya kerana pengetua iaitu si Yunus bin Deraman sentiasa mengongkong kami plus cakap kat assembpy kena diri sebab takde orang nak dengar ceramah dia yang lembab dan tidak menarik

Kemudahan[sunting | sunting sumber]

Maktab ini dilengkapi dengan pelbagai bentuk kemudahan untuk pelajar dan juga staf. Antaranya adalah

  • Dewan Kuliah dengan kapasiti melebihi 150 pelajar
  • Bilik Tayangan
  • Blok asrama ( terdiri daripada Villa A dan Villa B )
  • Dewan makan ( Lelaki dan Perempuan )
  • Surau
  • Bilik Badan Wakil Pelajar
  • Bilik Lembaga Disiplin Pelajar
  • Bilik Sidang Redaksi
  • Koperasi (terbahagi kepada empat seksyen ; Pejabat pentadbiran, runcit, dobi dan bahagian aktiviti pelajar)
  • Pusat sumber pembelajaran
  • Blok akademik (terdiri daripada blok tiga tingkat yang menempatkan 30 buah kelas, makmal sains, makmal matematik dan bilik bahasa, serta makmal komputer)
  • Padang bola sepak
  • padang ragbi

Guru[sunting | sunting sumber]

Guru-guru MRSM Besut berkomitmen untuk melakarkan semula kejayaan yang pernah terpahat di MRSM Besut. Mereka bertanggungjawab membina kecemerlangan, budaya dan kejayaan-kejayaan yang mengharumkan nama sekolah di peringkat kebangsaan.

Guru-guru Terkenal

  • Encik Che Halim Bin Che Daud
  • Cik Noraini
  • Encik Ghazali Yahya (Cikgu Gha)
  • Encik Shahril
  • Encik Rafizul (Papa Joe)
  • Ustaz Haris
  • Ustazah Nik Ramlah
  • Ustaz Hairuazip
  • Encik Fadley
  • Encik Malik (Cikgu Malik)
  • Cik Huda
  • Encik Saiful
  • Encik Azrul
  • Encik Anuar Fikri
  • Ustaz Kamal Farihi
  • Cikgu Firdaus

Kejayaan[sunting | sunting sumber]

MRSM Besut telah berjaya memperolehi kelulusan 100% dan mendapat tempat ke dua terbaik bagi pencapaian Maktab Rendah Sains MARA di seluruh Malaysia. Pelbagai kejayaan diraih dari setahun ke setahun antaranya MRSM YT Besut telah muncul sebagai Maktab terbaik dalam keputusan PMR di antara MRSM seluruh negara pada tahun 1997 dengan 105 orang pelajar mendapat 8A. Di dalam aktiviti kokurikulum pula, MRSM YT Besut telah menjadi johan keseluruhan Minggu Kokurikulum MRSM SeMalaysia Peringkat Menengah Rendah pada tahun 1998. MRSM YT Besut juga pernah menyertai pameran Tunas Saintis Peringkat MRSM SeMalaysia di MRSM Beseri pada tahun 2000. Pameran tersebut merupakan aktiviti tahunan MRSM untuk mencungkil bakat dan kreativiti pelajar selaras dengan Falsafah Pendidikan Negara. Di dalam bidang sukan, MRSM YT Besut pernah mewakili Daerah Besut ke Peringkat Negeri Terengganu dalam pertandingan Kejohanan Olahraga Sekolah-Sekolah Terengganu ke 28 tahun 1997, Kejohanan Badminton Peringkat MSST anjuran Majlis Sukan Sekolah-Sekolah Terengganu. MRSM Besut juga merupakan juara berturut-turut pertandingan Taekwando MRSM Se-Malaysia.

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]


Pautan luar[sunting | sunting sumber]