Pergi ke kandungan

Maktab Rendah Sains MARA Bintulu

3°08′24″U 113°03′42″T / 3.14004°U 113.06174°T / 3.14004; 113.06174

Maktab Rendah Sains MARA Bintulu
مكتب رنده ساءين س مارا بينتولو
Lokasi
KM 18, Jalan Bintulu Sibu
Bintulu, 97000, Sarawak
Malaysia
Maklumat
Nama lainMRSM Bintulu
Jenis sekolahPendidikan menengah
DitubuhkanMac 2024[1]
StatusBeroperasi
PengetuaEn. Amiruddin Bin Mohd Ghazali
Timb. Pengetua
Kecemerlangan Akademik
En. Hafizan bin Mohd Hassan
Timb. Pengetua
Pembangunan Pelajar
En. Ade Sukma bin Kamarudin
Timb. Pengetua
Pembangunan Bakat
En. Affandi anak Rumpa
Sistem pendidikanSPMRSM Program Premier-STEM Excellence
BahasaBahasa Melayu, Bahasa Inggeris
SloganEmpowering Education, Shaping Futures
Nama alumniANSARA Malaysia
Kali terakhir dikemaskinikan: Julai 2026

Maktab Rendah Sains MARA Bintulu (MRSM Bintulu) merupakan sebuah sekolah berasrama penuh di bawah Majlis Amanah Rakyat (MARA). MRSM Bintulu terletak di Bintulu, Sarawak iaitu sebuah bandar yang terkenal dengan industri pengeluaran gas fosil. Pembinaan kampus MRSM Bintulu merupakan usahasama di antara syarikat minyak dan gas Malaysia, PETRONAS, Kerajaan Negeri Sarawak dan MARA.

MRSM Bintulu dibina di atas sebuah bukit[2] di tepi Lebuhraya Pan Borneo iaitu di Kilometer 14, di antara bandar Bintulu dan Lapangan Terbang Bintulu[3].


Pembinaan

[sunting | sunting sumber]

Rancangan pembinaan sebuah MRSM di Bintulu diwar-warkan seawal tahun 2016, di mana pada ketika itu kerajaan telah mengenal pasti tapak tanah yang akan digunakan dan sedang menunggu pelaksanaan projek itu[4]. Ia dijangka siap selepas tiga tahun[5].

Pada bulan Oktober 2017, majlis pecah tanah dan perasmian projek pembinaan MRSM Bintulu telah dirasmikan oleh Allahyarham Tun Pehin Sri Haji Abdul Taib bin Mahmud, Tuan Yang Terutama Negeri Sarawak. Projek pembinaan ini bermula pada bulan September 2000 dan dijangka siap pada tahun 2021[6][7]. Ianya merupakan usahasama di antara Kerajaan Sarawak melalui Yayasan Sarawak yang menyediakan tapak tanah, MARA menyediakan cadangan spesifikasi fasiliti MRSM[8] manakala projek pembinaan pula dibiayai dan dikendalikan PETRONAS[9]. Kos keseluruhan projek ini menelan belanja sebanyak RM122 juta [10].

Pada bulan November 2019, MARA menyatakan bahawa pembinaan MRSM Bintulu telah mencapai 14% kemajuan[11]. Pada bulan Julai 2020, terdapat laporan yang menyatakan bahawa MRSM Bintulu dijadualkan siap pada tahun 2022[12], lewat setahun berbanding jadual asal. Kelewatan kemajuan projek juga berpunca daripada pandemik COVID-19 yang merencatkan perjalanan keseluruhan projek[13]. Pada bulan Julai 2022, kemajuan projek pembinaan telah mencapai 90% siap dan dijadualkan siap sepenuhnya pada tahun 2023[13][14].

Pada 1 November 2023, pembinaan kampus MRSM Bintulu telah siap dan ia telah dirasmikan oleh Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg[15]. Menerusi majlis perasmian ini juga, PETRONAS telah menyerahkan secara rasmi MRSM Bintulu yang siap dibina kepada MARA.


Lagu rasmi

[sunting | sunting sumber]

Wahai putera puteri bangsaku
Ayuh segera menuju
Mengikut gerak langkah maju
Bersatu mencari ilmu

Di zaman sains dan teknologi
Negara perlukan jasamu
Janganlah rasa malas lagi
Bersama memegang teraju

Di Maktab Rendah Sains MARA
Tuntut ilmu jangan jemu
Ikrar taat setia pada guru
Berdisiplin selalu

Hari ini hari mulanya
Hari esok berjaya
Lengkapkan segala yang ada
Ke kuliah kita segera


  1. Ralat petik: Tag <ref> tidak sah; tiada teks disediakan bagi rujukan yang bernama "petronas1"
  2. "MRSM Bintulu: A first-class education facility to nurture STEM learning". DayakDaily. 23 November 2023. Diarkibkan daripada yang asal pada 26 November 2023. Dicapai pada 26 Jun 2024.
  3. "Jepak dalam radar pembangunan Kerajaan Persekutuan". TVS. 3 November 2023. Diarkibkan daripada yang asal pada 26 Jun 2024. Dicapai pada 26 Jun 2024.
  4. "Sebuah MRSM Dirancang Di Bintulu - Ismail Sabri". MStar. 21 Februari 2016. Diarkibkan daripada yang asal pada 26 Jun 2024. Dicapai pada 26 Jun 2024.
  5. Mustafa, Rusnan (22 Februari 2016). "MRSM baharu dibina di Bintulu tahun ini". The Borneo Post. Diarkibkan daripada yang asal pada 1 Mac 2016. Dicapai pada 26 Jun 2024.
  6. Yussop, Yunus (28 Oktober 2017). "Another MRSM in Bintulu by 2021". The Borneo Post. Diarkibkan daripada yang asal pada 9 Jun 2021. Dicapai pada 26 Jun 2024.
  7. "Pembinaan kampus MRSM di Bintulu dijadual siap 2021". Utusan Borneo. 6 Julai 2019. Diarkibkan daripada yang asal pada 9 Jun 2021. Dicapai pada 26 Jun 2024.
  8. "MRSM Bintulu to provide access to quality STEM education in Sarawak". New Sarawak Tribune. 11 November 2023. Diarkibkan daripada yang asal pada 15 November 2023. Dicapai pada 26 Jun 2024.
  9. "Sarawak perlu sumber tenaga baharu: Abg Johari". Utusan Borneo. 28 Oktober 2017. Diarkibkan daripada yang asal pada 26 Jun 2024. Dicapai pada 26 Jun 2024.
  10. "Sarawak spends RM2.7bil to strengthen education system, says Abang Jo". Free Malaysia Today. 1 November 2023. Diarkibkan daripada yang asal pada 1 November 2023. Dicapai pada 26 Jun 2024.
  11. Husain, Nurul Huda (4 November 2019). "Kerajaan salur RM740 juta untuk lapan MRSM baharu". Sinar Harian. Diarkibkan daripada yang asal pada 23 Jun 2024. Dicapai pada 26 Jun 2024.
  12. "MRSM Lawas bakal pacu pendidikan luar bandar". Utusan Borneo. 19 Julai 2020. Diarkibkan daripada yang asal pada 26 Jun 2024. Dicapai pada 26 Jun 2024.
  13. 1 2 Shukri, Yusuf (17 Julai 2022). "MRSM Bintulu hampir siap, pembinaan MRSM Lawas diteruskan". TVS. Diarkibkan daripada yang asal pada 26 Jun 2024. Dicapai pada 26 Jun 2024.
  14. "MRSM Bintulu hampir siap". Suara Sarawak. 17 Julai 2022. Diarkibkan daripada yang asal pada 26 Jun 2024. Dicapai pada 26 Jun 2024.
  15. Hui, Ling; Bong, Karen (3 November 2023). "New RM122 mln Mara Junior Science College Bintulu campus to start operating in March 2024". DayakDaily. Diarkibkan daripada yang asal pada 6 November 2023. Dicapai pada 26 Jun 2024.


Lihat juga

[sunting | sunting sumber]