Maktab Rendah Sains MARA Kuala Krai

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Koordinat: 5°30′11″N 102°13′08″E / 5.50308°N 102.21885°E / 5.50308; 102.21885

Maktab Rendah Sains MARA Kuala Krai
مكتب رنده ساءين س مارا كوالا كراي
MRSM Logo.jpg
Alamat
Kampung Padang Sembilan
Jkr-ft8.svg Lebuhraya Kuala Krai - Gua Musang
Kuala Krai, 18000, Kelantan
Malaysia
Maklumat
Nama lainMRSM
Jenis sekolahPendidikan menengah
DitubuhkanFebruari 2002
StatusBeroperasi
PengetuaEn. Ismail bin Badri
Timb. Pengetua
Kecemerlangan Akademik
En. Rosnan bin Abdullah
Timb. Pengetua
Pembangunan Pelajar
En. Hasnizam bin Mat Ghani
Timb. Pengetua
Pembangunan Bakat
En. Afandi bin Abdullah
Sistem pendidikanSPMRSM Program Premier
BahasaBahasa Melayu, Bahasa Inggeris
SloganSepakat, Hebat, Berkat
Nama alumniANSARA Kuala Krai
Laman sesawang
Kali terakhir dikemaskinikan: Disember 2022

Maktab Rendah Sains MARA Kuala Krai (singkatan: MRSM Kuala Krai) merupakan sebuah sekolah berasrama penuh di bawah institusi MRSM, yang dikelolakan oleh MARA. Ianya terletak di tepi Lebuhraya Kuala Krai - Gua Musang, dekat Kampung Padang Sembilan, dalam jajahan Kuala Krai di negeri Kelantan. Ia telah ditubuhkan di bawah Akta Majlis Amanah Rakyat bil 20 1966 sebagai satu usaha untuk mencapai matlamat MARA dalam bidang latihan dan pendidikan yang berakar umbi dari Persidangan Kongres Ekonomi Bumiputera tahun 1965 dan 1968. Seterusnya dalam usaha MARA untuk melahirkan cendiakawan bumiputera yang maju dan berdaya saing dalam era teknologi maklumat ini, sebuah demi sebuah MRSM telah ditambah dan dikembangkan operasinya. Maka, dalam Rancangan Malaysia Ke-7 sebuah lagi penubuhan MRSM di negeri Kelantan telah diluluskan iaitu MRSM Kuala Krai.


Sejarah[sunting | sunting sumber]

Penubuhan maktab[sunting | sunting sumber]

Cadangan pembinaan Maktab Rendah Sains MARA, di atas Lot 1624/B, Mukim Kuala Pahi, Daerah Batu Mengkebang, Jajahan Kuala Krai, Kelantan Darul Naim telah direalisasikan dengan penyerahan pembinaan kepada kontraktor Kubang Batang Puspasari Sdn. Bhd. pada 25 September 1999. Pembinaan ini dijangka siap pada 20 April 2001 namum di atas sebab-sebab tertentu maktab ini mula beroperasi pada 1 Februari 2002. Upacara perasmian maktab ini telah dirasmikan oleh Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Al-Sultan Kelantan Tunku Ismail Petra Ibni Almarhum Sultan Yahya Petra pada 9 Jun 2003 bersamaan 8 Rabiul Akhir 1424H secara gilang gemilang. Kini kampus MRSM Kuala Krai megah di tepi lebuh raya Kuala Krai-Gua Musang, bertentangan dengan Kampung Rahmat dan berjiran dengan Sekolah Menengah Ugama (A) Rahmaniah. Sebagai perintis, warga maktab ini terdiri daripada seorang Pengetua, dua orang Penolong Pengetua, seorang Penolong Pegawai Tadbir Kanan, 27 orang guru dan 10 orang kakitangan sahaja. Kemasukan pelajar pertama ke maktab ini merupakan pelajar-pelajar tingkatan 2 dari MRSM Jeli iaitu pada 10 Mac 2002. Diikuti pula kemasukan pelajar-pelajar tingkatan 1 pada 18 Mac 2002 dan pelajar-pelajar tingkatan 4 pada 25 Mac 2002.

Kini, maktab ini memenuhi kapasiti pelajar berjumlah 766 orang. MRSM Kuala Krai ini diterajui oleh seorang Pengetua dan dibantu oleh dua orang Penolong Pengetua, seorang Penolong Pegawai Tadbir Kanan ,50 orang guru dan 27 orang kakitangan.


Kemudahan[sunting | sunting sumber]

Akademik dan pentadbiran[sunting | sunting sumber]

Kemudahan di MRSM ini termasuklah ruang pejabat: sebuah bilik Pengetua, 2 buah bilik Pen. Pengetua, sebuah bilik Pen. Pegawai Tadbir Kanan, sebuah bilik mesyuarat dan ruang kaunter pejabat, Dewan Sri Mara, sebuah dewan seminar,

Penginapan pelajar[sunting | sunting sumber]

Bagi menampung penginapan pelajar-pelajar sepanjang sesi persekolahan, terdapat beberapa kemudahan yang disediakan. Bagi aktiviti kerohanian dan kebajikan, surau boleh memuatkan 800 orang jemaah pada satu masa. Sick bay atau bilik rehat boleh memuatkan 30 orang pesakit, kedai koperasi mempunyai ruang dobi & kedai runcit. Terdapat 2 blok asrama lelaki & 2 blok asrama perempuan, 25 buah kelas pembelajaran, 1 unit rumah pengetua, 2 unit rumah Penolong Pengetua, 16 buah rumah guru, 1 unit rumah ketua warden, 12 rumah warden & 6 unit rumah IMG. Terdapat juga Dewan Selera di mana pelajar-pelajar menikmati makanan yang telah disediakan.

Sukan dan rekreasi[sunting | sunting sumber]

Bagi menampung aktiviti berkaitan program pembangunan bakat[1], kokurikulum dan jasmani, terdapat beberapa kemudahan yang disediakan untuk pelajar-pelajar dan guru menjalankan aktiviti yang telah dirancang. Antaranya ialah 4 buah gelanggang tenis, 2 gelanggang bola tampar, 1 gelanggang bola jaring, 1 gelanggang hoki, 1 gelanggang futsal, 1 gelanggang bola keranjang dan sebuah padang bola sepak untuk aktiviti riadah.


Lagu rasmi[sunting | sunting sumber]

Wahai putera puteri bangsaku
Ayuh segera menuju
Mengikut gerak langkah maju
Bersatu mencari ilmu

Di zaman sains dan teknologi
Negara perlukan jasamu
Janganlah rasa malas lagi
Bersama memegang teraju

Di Maktab Rendah Sains MARA
Tuntut ilmu jangan jemu
Ikrar taat setia pada guru
Berdisiplin selalu

Hari ini hari mulanya
Hari esok berjaya
Lengkapkan segala yang ada
Ke kuliah kita segera


Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "MAKTAB RENDAH SAINS MARA". MARA. Dicapai pada 24 November 2022.


Lihat juga[sunting | sunting sumber]