Maktab Rendah Sains MARA Kuala Kubu Bharu

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Koordinat: 3°32′55″N 101°40′34″E / 3.54867°N 101.67608°E / 3.54867; 101.67608

Maktab Rendah Sains MARA Kuala Kubu Bharu
مکتب رنده ساءين س مارا کوالا کوبو بارو
Alamat
KM 8
Jalan Ampang Pechah
Kuala Kubu Baru, 44000, Selangor
Malaysia
Maklumat
Nama lainMRSM KKB
Jenis sekolahPendidikan menengah
DitubuhkanJanuari 2002
StatusBeroperasi
PengetuaEn. Muhamad Hanif Bin Hamali
Timb. Pengetua
Kecemerlangan Akademik
Pn. Juhaida binti Muhat Anuar
Timb. Pengetua
Pembangunan Pelajar
En. Mohammad Jasafdzal bin Jamalludin
Timb. Pengetua
Pembangunan Bakat
En. Faizal bin Hamid
Sistem pendidikanSPMRSM Program IGCSE
BahasaBahasa Melayu, Bahasa Inggeris
SloganA Fortress Of Excellence
Nama alumniANSARA KKB
Laman sesawang
Kali terakhir dikemaskinikan: Disember 2022

Maktab Rendah Sains MARA Kuala Kubu Bharu (singkatan: MRSM KKB) merupakan sebuah sekolah berasrama penuh di bawah institusi MRSM, yang dikelolakan oleh MARA. Ianya terletak di Kuala Kubu Bharu di negeri Selangor. Ia mula beroperasi pada 2 Januari 2002.


Sejarah[sunting | sunting sumber]

Penubuhan maktab[sunting | sunting sumber]

Pada tahun 2019, MRSM Kuala Kubu Bharu merupakan MRSM pertama di negeri Selangor dan dibina di atas lot tanah pelancongan dengan cukai tanah bertaraf tanah pelancongan di Mukim Buloh Telor, Kuala Kubu Bharu, Hulu Selangor

Kapasiti pelajar ialah 750 orang pelajar pada satu-satu masa oleh warden bertugas yang sentiasa komited terhadap tugas dan tanggungjawab mereka.


Kejayaan[sunting | sunting sumber]

Akademik[sunting | sunting sumber]

MRSM KKB merupakan antara enam buah MRSM yang merekodkan Gred Purata Maktab (GPM) kurang dari 2.0 bagi peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tahun 2018[1].


Lagu rasmi[sunting | sunting sumber]

Wahai putera puteri bangsaku
Ayuh segera menuju
Mengikut gerak langkah maju
Bersatu mencari ilmu

Di zaman sains dan teknologi
Negara perlukan jasamu
Janganlah rasa malas lagi
Bersama memegang teraju

Di Maktab Rendah Sains MARA
Tuntut ilmu jangan jemu
Ikrar taat setia pada guru
Berdisiplin selalu

Hari ini hari mulanya
Hari esok berjaya
Lengkapkan segala yang ada
Ke kuliah kita segera


Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Hussin, Mohamad (14 Mac 2019). "6 MRSM cemerlang". Harian Metro. Dicapai pada 1 Disember 2022.


Lihat juga[sunting | sunting sumber]