Pergi ke kandungan

Maktab Rendah Sains MARA Kuantan

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Koordinat: 3°49′17″N 103°21′10″E / 3.82148°N 103.35276°E / 3.82148; 103.35276

Maktab Rendah Sains MARA Kuantan
مكتب رنده ساءين س مارا كوانتن
Alamat
Alor Akar
Jalan Tok Sira
Kuantan, 25320, Pahang
Malaysia
Maklumat
Nama lainMRSM Kuantan
MRSMKU
Jenis sekolahPendidikan menengah
DitubuhkanMac 1974
StatusBeroperasi
PengetuaTuan Hj. Ahmad Naszeri bin Salleh
Timb. Pengetua
Kecemerlangan Akademik
En. Ikhwan bin Khalil
Timb. Pengetua
Pembangunan Pelajar
En. Azmin bin Abdullah
Timb. Pengetua
Pembangunan Bakat
Pn. Rasmalenza binti Mohd Rashid
Sistem pendidikanSPMRSM Program IGCSE
BahasaBahasa Melayu, Bahasa Inggeris
SloganExcellence By Design
Nama alumniKUATAGH (ANSARA Kuantan)
Laman sesawang
Kali terakhir dikemaskinikan: Disember 2022

Maktab Rendah Sains MARA Kuantan (singkatan: MRSM Kuantan) merupakan sebuah sekolah berasrama penuh di bawah institusi MRSM, yang dikelolakan oleh MARA. Ianya terletak di Kuantan, Pahang. MRSM Kuantan menerima lebih 750 orang pelajar yang terdiri daripada pelajar tingkatan satu hingga tingkatan lima.

Persatuan Bekas Pelajar MRSM Kuantan (ANSARA Kuantan) yang juga dikenali sebagai Kuatagh telah ditubuhkan pada tahun 1988 dengan keahlian seramai 235 orang.

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Penubuhan maktab[sunting | sunting sumber]

Maktab Rendah Sains MARA Kuantan telah memulakan sesi pengajian pada Mac 1974 dengan pelajar seramai 142 orang sahaja. Pelajar-pelajar perintis ini telah mengambil peperiksaan Sijil Rendah Pelajaran (SRP) dan Lower Certificate Education (LCE) pada tahun 1976 dengan mencapai kejayaan 100% kelulusan. MRSM Kuantan telah dirasmikan pada 3 Julai 1978 oleh Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Pahang, Sultan Haji Ahmad Shah Al Mustain Billah Ibni Al Marhum Sultan Abu Bakar Ri'ayatuddin Al Mua'dzam Shah.


Kejayaan[sunting | sunting sumber]

Bukan akademik[sunting | sunting sumber]

Beberapa orang pelajar MRSM Kuantan berjaya mencipta produk yang diberi nama Portable Visualiser. Produk ini merupakan sebuah alat bantu mengajar digital yang memberi manfaat kepada guru-guru sekolah. Antara ciri yang terdapat dalam alat ini termasuklah mudah dibawa kerana ia bersaiz seperti storan USB, serta memiliki capaian Internet. Dijual di bawah jenama MyEzee, produk ini menerima sambutan hangat di kalangan guru-guru sekolah yang berpendapat ia memudahkan mereka dalam pembelajaran di kelas[1]. Produk ini memenangi anugerah khas juri dalam Konvensyen Pembudayaan Keusahawanan Koperasi Sekolah (KPKKS) untuk tahun 2015[2].

Seorang pelajar MRSM Kuantan, Noor Dalilah Jefri Ahmad muncul juara pertandingan mengeja Spell It Right yang dianjurkan oleh RHB-New Straits Times 2016 untuk kategori sekolah menengah[3].

Pada 22 hingga 25 Julai 2016, MRSM Kuantan telah menjadi tuan rumah bagi Festival Muzik MRSM Se-Malaysia 2016 kali ke-5. Kumpulan Gamelan MRSM Kuantan telah berjaya merangkul anugerah Kostum Terbaik dan memenangi tempat kedua dalam kategori Gamelan. Kumpulan ini telah membawakan lagu Lambang Sari serta Turun Gambang bagi lagu tradisional dan lagu Rasaku Rasamu ciptaan Mohd Faliq bin Che Adeni dan berada di bawah bimbingan Cikgu Hasmiza binti Dato Mohd Ali sebagai jurulatih, manakala Puan Rosmaliza Yusuf dan Cik Normala Yaacob sebagai penasihat kumpulan tersebut.


Lagu rasmi[sunting | sunting sumber]

Wahai putera puteri bangsaku
Ayuh segera menuju
Mengikut gerak langkah maju
Bersatu mencari ilmu

Di zaman sains dan teknologi
Negara perlukan jasamu
Janganlah rasa malas lagi
Bersama memegang teraju

Di Maktab Rendah Sains MARA
Tuntut ilmu jangan jemu
Ikrar taat setia pada guru
Berdisiplin selalu

Hari ini hari mulanya
Hari esok berjaya
Lengkapkan segala yang ada
Ke kuliah kita segera


Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "MRSM Kuantan bina alat bantuan mengajar". Harian Metro. 21 Januari 2016. Diarkibkan daripada yang asal pada 24 Januari 2016. Dicapai pada 2 Jun 2017.
  2. ^ "Aktifkan program agama bendung gejala sosial". Sinar Harian. 22 Oktober 2015. Dicapai pada 2 Jun 2017.
  3. ^ "Pelajar MRSM Kuantan juara SIR RHB-NST". Berita Harian. 21 Ogos 2016. Dicapai pada 2 Jun 2017.


Lihat juga[sunting | sunting sumber]