Maktab Rendah Sains MARA Kuching

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search

Maktab Rendah Sains MARA Kuching merupakan salah satu Maktab Rendah Sains MARA di Malaysia. Ia terletak di Kuching, Sarawak.

MRSM Kuching dinamakan sedemikian kerana ia terletak dalam kawasan bandar raya Kuching. Maktab ini terletak berhadapan dengan kampus CIDB cawangan Sarawak, bersebelahan dengan Institut Kemahiran MARA (IKM). MRSM Kuching juga berlatarbelakangkan gunung legenda Negeri Sarawak iaitu Gunung Santubong. MRSM Kuching terletak kira-kira 40 km (atau 40 minit perjalanan) dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching.

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Sejarah MRSM Kuching bermula pada awal tahun 1990-an apabila pihak kerajaan Negeri Sarawak bersetuju menyediakan sejumlah kawasan tanah untuk pembinaan MRSM pertama di Malaysia Timur. Pada September 1993 prasarana asas sebuah sekolah telah siap dibina dan telah diserahkan kepada pihak MARA pada Disember 1993 untuk menempatkan pelajar pada tahun berikutnya.

Kumpulan pertama pengajar sampai pada penghujung 1993 dan kedatangan mereka adalah secara berperingkat-peringkat. Pada sesi pertama MRSM Kuching beroperasi (93/94, ia mempunyai seramai 16 orang pengajar termasuk seorang Pengetua.

Manakala pengambilan dan penempatan pelajar hanya bermula pada semester kedua sesi pertama (93/94) iaitu dengan pengambilan seramai 106 orang pelajar tingkatan satu. Jumlah ini tidak memenuhi kuota yang sepatutnya iaitu seramai 150 orang kerana penawaran yang lewat serta masalah prosedur antara Bahagian Pelajaran Menengah, Ibu Pejabat MARA dan Kementerian Pendidikan Malaysia

Lihat juga[sunting | sunting sumber]