Pergi ke kandungan

Maktab Rendah Sains MARA Merbok

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Koordinat: 5°42′10″N 100°26′15″E / 5.70266°N 100.43761°E / 5.70266; 100.43761

Maktab Rendah Sains MARA Merbok
مكتب رنده ساءين س مارا مربوك
Alamat
Jalan Lembah Bujang
Merbok, 08400, Kedah
Malaysia
Maklumat
Nama lainMRSM Merbok
Jenis sekolahPendidikan menengah
DitubuhkanJanuari 2007
StatusBeroperasi
PengetuaEn. Roslan bin Hj Mohamed Salleh
Timb. Pengetua
Kecemerlangan Akademik
En. Hanafi bin Ahmad Kamal
Timb. Pengetua
Pembangunan Pelajar
En. Edeey Ameen bin Ibrahim
Timb. Pengetua
Pembangunan Bakat
En. Adli bin Abdullah
Sistem pendidikanSPMRSM Program Premier
BahasaBahasa Melayu, Bahasa Inggeris
SloganTogether Everyone Achieved More Success
Nama alumniANSARA Merbok
Laman sesawang

Pintu depan MRSM Merbok
Kali terakhir dikemaskinikan: November 2022

Maktab Rendah Sains MARA Merbok (singkatan: MRSM Merbok) merupakan sebuah institusi MRSM yang dikelolakan oleh MARA. Ianya terletak kira-kira 15 km dari bandar Sungai Petani, Kedah, berhampiran pekan Merbok. MRSM Merbok merupakan institusi MRSM ke-35 ditubuhkan dan ianya dirancang dan dibina di bawah Rancangan Malaysia Kelapan (RMK8). Visi MRSM Merbok ialah Menjadi pusat kecermelanagn pendidikan yang inovatif dan bertaraf dunia, manakala misi maktab ialah Menyediakan Pelajar Bumiputera Yang Berpotensi Tinggi Dalam Bidang Sains Dan Teknologi.

Penubuhan maktab

[sunting | sunting sumber]

Majlis peletakan batu asas MRSM Merbok telah disempurnakan oleh Tun Daim Zainuddin, Ahli Parlimen Merbok, pada 10 Oktober 2003. Kini, MRSM Merbok tersergam indah di atas tanah seluas 45.95 ekar (termasuk tanah yang belum dibangunkan), di kawasan Lembah Bujang, Merbok, Kedah Darul Aman. Syarikat Jurutera Perunding Fajar Sdn. Bhd. merupakan perunding yang merekabentuk dan menyiapkan bangunan MRSM Merbok[1].

MRSM Merbok mula beroperasi pada 3 Januari 2007. Pentadbirannya diketuai oleh seorang Pengetua dan dibantu oleh Penolong Pengetua Hal Ehwal Akademik dan Penolong Pengetua Hal Ehwal Pelajar serta seorang Penolong Pegawai Tadbir (Kanan). MRSM Merbok mempunyai 58 orang guru dan 30 orang staf pentadbiran pada ketika itu.

Kumpulan pelajar perintisnya seramai 409 orang mula melapor diri pada 18 Mac 2007. Mereka terdiri daripada 123 orang pelajar tingkatan satu dan 286 orang pelajar tingkatan empat. Selain itu, pada 20 Mac 2007, MRSM Merbok menerima 356 orang pelajar MRSM Pengkalan Hulu yang ditempatkan sementara di sini. Kumpulan pelajar MRSM Pengkalan Hulu tersebut terdiri daripada 116 pelajar tingkatan satu dan 240 pelajar tingkatan empat.

Tanda arah yang terdapat di MRSM Merbok

Pada bulan Disember 2007 lebih seratus orang pelajar tingkatan 4 berpindah ke MRSM-MRSM lain. Calon SPM 2008 adalah seramai 423 orang. Pada semester 2 2007, Program Gempur Gemilang PMR dan SPM telah dilancarkan dengan sasaran 100% 1A SPM 2008 dan 100% A PMR 2009. Pada bulan Januari 2008, Pengetua Pn. Rohana bt. Mohd. Yunus mengumumkan sasaran MRSM Merbok menjadi MRSM no. 1 di Kedah pada SPM 2008.

Pada tahun 2009, MRSM Merbok telah memperolehi keputusan SPM yang membanggakan apabila mendapat menduduki tangga ke-8 dalam keputusan SPM 2008 bagi MRSM seluruh Malaysia.

Senarai pengetua

[sunting | sunting sumber]
Nama Mula berkhidmat Tamat berkhidmat
Puan Rohana binti Mohd Yunus 2007 2012
Tuan Hj. Ahmad Nazir bin Lateh 2012 2018
Encik Rusidi bin Mustapha 2019 2023
Encik Roslan bin Hj Mohamed Salleh 2023 sekarang

Kemudahan

[sunting | sunting sumber]

Akademik dan pentadbiran

[sunting | sunting sumber]

Penginapan pelajar

[sunting | sunting sumber]
Dewan Selera
Surau

Sukan dan rekreasi

[sunting | sunting sumber]
Gelanggang Tenis
Astaka


Lagu maktab

[sunting | sunting sumber]

Wahai putera puteri bangsaku
Ayuh segera menuju
Mengikut gerak langkah maju
Bersatu mencari ilmu

Di zaman sains dan teknologi
Negara perlukan jasamu
Janganlah rasa malas lagi
Bersama memegang teraju

Di Maktab Rendah Sains MARA
Tuntut ilmu jangan jemu
Ikrar taat setia pada guru
Berdisiplin selalu

Hari ini hari mulanya
Hari esok berjaya
Lengkapkan segala yang ada
Ke kuliah kita segera


  1. ^ "Company Projects". Syarikat Jurutera Perunding Fajar Sdn. Bhd. Dicapai pada 16 November 2022.


Lihat juga

[sunting | sunting sumber]