Maktab Rendah Sains MARA Muar
Maktab Rendah Sains MARA Muar | |
---|---|
![]() | |
Lokasi | |
Muar, Johor Malaysia | |
Maklumat | |
Jenis sekolah | Maktab Rendah Sains MARA |
Moto | A College of Character, A Mark of Excellence |
Nombor sekolah | +606-9866201 |
Pengetua | Ammar Bin Ab Rahman |
GPK Pentadbiran dan Akademik | Hasnah Binti Jaffar |
Penolong Kanan Hal Ehwal Murid | Musa Bin Muhamad |
Penolong Kanan Kokurikulum | Norhaizad Bin Mohammed |
Faks | +606-9866300 |
Laman sesawang | https://muar.mrsm.edu.my |
Maktab Rendah Sains MARA Muar (singkatan: MRSM Muar) terletak di Muar, Johor. Ia telah dibuka pada tahun 1980 dengan pengambilan pelajar seramai 149 orang. Pada tahun 1981, pengambilan pelajar pula adalah seramai 150 orang. Oleh sebab pembinaan bangunan MRSM Muar tidak dapat disiapkan mengikut jadual yang telah ditetapkan maka kumpulan pelajar-pelajar itu telah ditumpangkan sementara di MRSM Kulim dan MRSM Kuala Terengganu. Pada tanggal 14hb. Ogos tahun 1981 kampus MRSM telah mula boleh digunakan oleh pelajar-pelajar tersebut. Mereka ditempatkan semula dikampus MRSM Muar ini .
Visi[sunting | sunting sumber]
Menjadi pusat kecemerlangan pendidikan yang inovatif berteraskan nilai-nilai saintifik, indipenden, kretif, berdaya keusahawanan dan patriotik serta cemerlang dalam bidang akademik, ko-kurikulum dan pembangunan sahsiah.
Misi[sunting | sunting sumber]
- Untuk melahirkan insan yang cemerlang, inovatif, berbakat, berakhlak mulia, berdaya saing, berdaya cipta, saintifik dan patriotik melalui akademik dan ko-kurikulum.
- Untuk mewujudkan prasarana fizikal, perkhidmatan dan persekitaran yang berkualiti.
Objektif Operasi[sunting | sunting sumber]
- Menjadikan MRSM Muar sebuah institusi pendidikan yang cekap, ceria dan cemerlang.
- Menghasilkan sekurang-kurangnya 50% pelajar mendapat semua A dalam peperiksaan SPM
- Mengekalkan GPS di bawah 2.5 dalam peperiksaan SPM
- Semua pelajar mendapat TPNG 2.00 ke atas pada setiap semester dan sekurang-kurangnya 20% pelajar mendapat Sijil penghormatan Pengetua dan Sijil Graduasi MRSM Kelas pertama
- Semua pelajar layak menerima Sijil Graduasi dalam Sistem Penialaian PNG MRSM
Lokasi[sunting | sunting sumber]
Kampus MRSM Muar terletak kira-kira 10 km dari bandar Maharani Muar di Mukim Bakri, daerah Muar dan bersebelahan STUDI, sebuah sekolah menengah harian di Pekan Bakri. Keluasan kampus ialah kira-kira 23 hektar. MRSM Muar terdiri dari satu blok bangunan untuk pejabat pentadbiran dan bilik guru, sebuah bangunan Pusat Sumber Pembelajaran (PSP), dua blok bangunan akademik yang baru dan kawasan bangunan akademik lama serta sebuah dewan yang dikenali sebagai Dewan Dato' Onn bagi kegunaan perhimpunan serta majlis-majlis maktab.
Pada tahun 2005, pembangunan pesat mula dilakukan dalam kawasan maktab bagi memperbaiki bangunan serta memperbaharui kemudahan usang. Kini Dewan Dato' Onn telah dilangkapi sistem penghawa dingin, bangunan-bangunan lama dicat semula manakala makmal-makmal Biologi, Kimia dan Fizik diperbaiki dan diperbaharui dengan perkakasan yang lebih canggih.
Pembangunan dalam maktab masih diteruskan lagi.
Kemudahan[sunting | sunting sumber]
2 blok asrama putera (Asrama Tun Abdul Razak (ATAR) dan Asrama Tun Hussein Onn (ATHO)) dan 2 blok asrama puteri (Asrama Tun Fatimah (ATF dan Asrama Tun Teja (ATT)) yang mempunyai kira-kira 52 buah bilik pada setiap blok disediakan bagi penginapan para pelajar. Dewan Selera Putera bersebelahan Asrama Tun Hussein Onn yang tidak lagi digunakan masih dikekalkan bagi pelajar menjalani latihan ping-pong manakala Dewan Selera Puteri setentang dengan Asrama Tun Teja digunakan sebagai Dewan Selera para pelajar. Turut disediakan juga Rumah Pengetua, Rumah Penolong-penolong Pengetua, rumah-rumah warden lelaki dan wanita, Surau An-Nur dan rumah-rumah pekerja di dalam kawasan maktab.
Di kawasan blok akademik, blok-blok tingkatan 5 dan tingkatan 4 dipisahkan kepada blok lama dan blok baru. Blok-blok akademik ini dilengkapi dengan papan putih dan loker pelajar dalam setiap kelas. Kemudahan asas seperti tandas, telefon awam dan 'watercooler' turut dilengkapi di lokasi-lokasi strategik sekeliling kawasan blok akademik.
Sebuah padang sukan beserta astaka, gelanggang petanque, gelanggang tenis, gelanggang bola jaring, gelanggang bola tampar dan sebuah kolam renang disediakan bagi kemudahan riadah para pelajar. Hutan Rekreasi MRSM Muar yang terletak di belakang Rumah Penolong Pengetua dan Asrama Puteri turut digunakan oleh para pelajar untuk aktiviti perkhemahan serta piknik homeroom pada Minggu Aktiviti. Jalan tar yang mengelilingi keseluruhan kawasan maktab juga boleh digunakan para pelajar untuk berjoging.
Pengetua[sunting | sunting sumber]
Nama | Imej | Tempoh Khidmat |
---|---|---|
Abd Rahim bin Mohammad | 2011-2013 | |
En. Ejam bin Samin | 2006-2010 | |
Tn. Hj. Pa'ee bin Kassim | 2000-2006 | |
Tn. Hj. Shafie bin Teh | 1999-2000 | |
Tn. Hj.Dzulkifli bin Hj.Shamsuddin | 1993-1999 | |
En. Shabudin bin Hashim | 1991-1993 | |
En. Ahmad bin Ismail | 1988-1991 | |
Tn. Hj. Fadhil bin Hj. Mohd Onn | 1986-1988 | |
Tn. Hj. Abdul Hamid bin Zamburi | 1981-1985 |
Lihat juga[sunting | sunting sumber]
Pautan luar[sunting | sunting sumber]
- Laman rasmi Maktab Rendah Sains MARA Muar[pautan mati kekal]
- Laman rasmi Maktab Rendah Sains MARA Muar - Batch 1998-1999
- Blog Maktab Rendah Sains MARA Muar
- Laman rasmi Maktab Rendah Sains MARA Muar Batch 1994/95 Diarkibkan 2013-06-02 di Wayback Machine