Maktab Rendah Sains MARA PDRM Kulim
Maktab Rendah Sains MARA PDRM Kulim | |
---|---|
![]() | |
Lokasi | |
Kulim, Kulim, Kedah Malaysia | |
Maklumat | |
Jenis sekolah | Maktab Rendah Sains MARA |
Moto | TEAMS (Together Everyone Achieves More Success) |
Nombor sekolah | +604-4905640 |
Pengetua | Juliati binti Abdul Jalil |
Penolong Kanan Hal Ehwal Murid | Khoeirul Fahmi bin Abdul Hamid |
Penolong Kanan Kokurikulum | Norrisalha binti Mohamad Tahir |
Faks | +604-4900084 |
Laman sesawang | https://pdrmkulim.mrsm.edu.my |
![]() | Rencana ini mengandungi senarai rujukan, bacaan berkaitan atau pautan luar, tetapi sumbernya masih tidak jelas kerana kekurangan petikan dalam baris. (Ogos 2022) |
Maktab Rendah Sains MARA PDRM Kulim (singkatan: MRSM PDRM Kulim) merupakan maktab yang diwujudkan atas dasar persefahaman antara Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi dengan pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) pada tahun 1992. Maktab ini terletak di kawasan Kem Pasukan Gerakan Am (PGA) di Kulim, Kedah. Pada awalnya, tapak cadangan pembinaan MRSM PDRM adalah di Kem PGA Ulu Kinta,Perak. Namun disebabkan beberapa faktor, tapak cadangan pembinaan ditukar ke Kem PGA Kulim dan dikekalkan sehingga hari ini. Maktab ini berada dalam kawasan yang berhampiran dengan Sekolah Vokasional Kulim dan Kolej MARA Kulim.[1]
Sejarah[sunting | sunting sumber]
Sejarah Penubuhan[sunting | sunting sumber]
Pada 7 September 1991, satu perjanjian persefahaman (MOU) telah ditandatangani antara YB En. Tamrin Ghafar, Pengerusi MARA (bagi pihak MARA) dengan YDH Tan Sri Hanif Omar, Ketua Polis Negara (bagi pihak PDRM). Hasil perjanjian ini, PDRM telah memilih Kem Pasukan Polis Hutan Batalion 3 di Jalan Junjong, Kulim Kedah sebagai kampus sementara dan kampus tetapnya dijangka akan dibina di Serendah Selangor. Walau bagaimanapun, MRSM PDRM akhirnya dikekalkan di Batalion 2 Pasukan Gerakan Am (PGA), Kulim Kedah (dahulunya Kem Pasukan Polis Hutan Batalion 3).
Pendaftaran pertama kemasukan pelajar ke MRSM PDRM Kulim telah dibuat pada 5 Januari 1992. Seramai 200 orang pelajar (120 lelaki dan 80 perempuan) telah mendaftar sebagai pelajar perintis. Bagi pihak guru pula, seramai 15 orang guru telah dipilih untuk menjadi tenaga pengajar dan 12 orang staf sokongan turut membantu di bahagian pentadbiran. Pada masa yang sama, pihak PDRM telah menubuhkan Unit Penyelaras (dalam singkatan, UP) MRSM untuk mengurus kerja-kerja senggaraan, pembelian dan membantu aktiviti-aktiviti pelajar.[2]
Lihat juga[sunting | sunting sumber]
Pautan luar[sunting | sunting sumber]
- Laman rasmi MRSM PDRM Kulim (terkini, 2022)
- Laman blog MRSM PDRM Kulim (tidak lagi digunakan, namun laman web masih aktif)
Rujukan[sunting | sunting sumber]
- http://pdrmkulim.mrsm.edu.my/info-sejarah.html
- https://mrsmpdrmkulim.blogspot.com/2012/10/maktab-rendah-sains-mara-pdrm-kulim.html
![]() | Rencana mengenai sekolah di Malaysia ini ialah rencana tunas. Anda boleh membantu Wikipedia dengan mengembangkannya. |