Pergi ke kandungan

Maktab Rendah Sains MARA Pasir Tumboh

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Koordinat: 6°03′23″N 102°17′08″E / 6.056303°N 102.28547°E / 6.056303; 102.28547

Maktab Rendah Sains MARA Pasir Tumboh
مكتب رنده ساءين س مارا ڤاسير تومبوه
Alamat
Desa Darul Naim
D110 Jalan Pondok Terusan
Pasir Tumboh, 16150, Kelantan
Malaysia
Maklumat
Nama lainMRSM Pasir Tumboh
Jenis sekolahPendidikan menengah
DitubuhkanMei 1987
StatusBeroperasi
PengetuaEn. Zakpar bin Mahput
Timb. Pengetua
Kecemerlangan Akademik
Dr. Wan Suhaila binti Wan Yaacob
Timb. Pengetua
Pembangunan Pelajar
En. Abdul Manaf bin Abdullah
Timb. Pengetua
Pembangunan Bakat
En. Mohd Nasri bin Mohd Nasfi
Sistem pendidikanSPMRSM Program Premier
BahasaBahasa Melayu, Bahasa Inggeris
SloganDeveloping Leaders Beyond Excellence
Nama alumniANSARA Pasir Tumboh
Laman sesawang
Kali terakhir dikemaskinikan: Disember 2022

Maktab Rendah Sains MARA Pasir Tumboh (singkatan: MRSM Pasir Tumboh) merupakan sebuah sekolah berasrama penuh di bawah institusi MRSM, yang dikelolakan oleh MARA. Ianya terletak di bandar Pasir Tumboh, dalam jajahan Kota Bharu di negeri Kelantan. MRSM Pasir Tumboh mengambil pelajar bagi Tingkatan Satu hingga Tingkatan Lima. Bermula tahun 2015, MRSM Pasir Tumboh mula mengambil pelajar Tingkatan 4, sekaligus menamatkan status MRSM yang hanya mempunyai tingkatan menengah rendah sebelum ini.

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Penubuhan maktab[sunting | sunting sumber]

MRSM Pasir Tumboh mula beroperasi pada 14 Mei 1987 di bangunan sementara, iaitu rumah kedai dua tingkat sebagai bangunan akademik dan 16 buah rumah teres sebagai asrama. Pada bulan Disember 1993 semua pelajar berpindah ke bangunan baru di tapak sedia ada sekarang.

Perasmian Maktab telah disempurnakan oleh Dato' Mustapa bin Mohamed pada 25 Mac 1999. Perletakan batu asas MRSM Pasir Tumboh telah disempurnakan oleh YB Dato' Hj. Mohd Tajol Rosli bin Tan Sri Ghazali, Timbalan Menteri Pembangunan Negara dan Luar Bandar pada 11 Mac 1987. Batu asas tersebut diletak di tapak bangunan baru. Bangunan baru tersebut adalah bangunan yang sedang didiami sekarang. Pengambilan pelajar pertama seramai 139 orang dimulakan pada Jun 1987 dengan menggunakan rumah kedai dua tingkat yang terdapat di kawasan Desa Darulnaim sebagai bangunan akademik manakala 16 buah rumah teres disewa sebagai asrama pelajar. Ketiadaan kemudahan asas amat ketara ketika itu, tidak ada padang permainan, asrama tidak berpagar dan tidak ada kipas serta pelajar terpaksa berjalan laluan awam dari asrama ke kawasan akademik. Pada bulan puasa pula, sembahyang terawih dilakukan di atas tar tempat letak kereta guru yang terdapat di kawasan depan bangunan akademik dan di situ juga tempat bersukan bagi pelajar-pelajar. Bagi kemudahan pengangkutan pula, hanya sebuah van sahaja yang dibekalkan. Bas dibekalkan pada 13 Mei 1993.

Pada bulan Disember 1994 semua warga MRSM Pasir Tumboh berpindah ke bangunan baru seperti mana yang ada pada hari ini, iaitu bangunan asrama, dewan makan, surau, bangunan akademik, dan bangunan pentadbiran serta rumah kediaman Pengetua. Pada April 1997 beberapa bangunan baru telah mula didirikan seperti bengkel Kemahiran Hidup, bilik darjah, dewan besar, stor pusat, pembesaran bilik guru serta kantin baru guru dan kakitangan yang siap keseluruhannya pada awal 1998. Sehingga sekarang MRSM Pasir Tumboh Telah banyak mengalami perubahan selaras dengan peredaran masa.

Senarai pengetua[sunting | sunting sumber]

Puan Hjh. Wan Nasihah bin Wan Abdullah adalah merupakan pengetua MRSM Pasir Tumboh yang paling lama berkhidmat iaitu kira-kira selama 14 tahun iaitu daripada tahun 1989 hingga 2002. Beliau merupakan seorang pengetua yang penyayang dan amat memahami pelajar-pelajar dan juga staf-stafnya. Tidak hairanlah beliau amat disenangi oleh mereka semua. Pada tahun 2003, beliau dihantar oleh MARA untuk berkhidmat sebagai pengetua di MRSM Pengkalan Chepa selama setahun sebelum beliau bersara. Beliau adalah seorang pengetua yang hebat dan sukar untuk dicari ganti seumpamanya.

Nama Mula berkhidmat Tamat berkhidmat
En. Mohd Abdullah bin Mohd Sharif 1987 1988
Puan Hjh. Wan Nasihah bin Wan Abdullah 1989 2002
Tuan Hj. Mohd Nadzir bin Hassan 2003 2006
Tuan Hj. Adnan bin Jusoh 2006 2010
En. Omar bin Mohamed 2010 2014
En. Abdul Aziz bin Baba 2014 2016
Pn. Noora@Roslily binti Mohd Adam 2016 2020
En. Zakpar bin Mahput 2020


Kemudahan[sunting | sunting sumber]

Akademik dan pentadbiran[sunting | sunting sumber]

Perpustakaan MRSM Pasir Tumboh ini lahir bersama-sama pembukaan MRSM Pasir Tumboh pada tahun 1994. Perpustakaan MRSM Pasir Tumboh adalah lebih dikenali sebagai Pusat Sumber Pembelajaran (PSP). Perpustakaan ini menyediakan banyak kemudahan-kemudahan ilmiah mahupun teknikal dan audiovisual. Antara kemudahan-kemudahan tersebut seperti bilik tayangan, Ruang Bacaan, alat-alat bantu mengajar, kemudahan komputer dan banyak lagi. Perpustakaan ini diletakkan di bawah kendalian Guru Media iaitu Cik Siti Suhana bt. Mohd Nawi dan di bantu oleh 2 orang guru serta 2 orang kakitangan PSP.

Cawangan Sistem Maklumat merupakan salah satu daripada cawangan atau unit yang berada di bawah HAL EHWAL AKADEMIK. Unit ini di ketuai oleh guru komputer iaitu Cik Siti Nur Farizah bt Mohd Nor dan dibantu oleh 2 orang kakitangan iaitu Penolong Pegawai Teknologi Maklumat dan Juruteknik Komputer. Unit ini mengendalikan semua peralatan dan perkakasan serta perisian yang berkaitan dengan perkomputeran di dalam maktab ini. Unit ini penting untuk memastikan kelancaran dan keselamatan penggunaan sistem komputer serta bantuan pengajaran teknikal untuk alat-alat multimedia.

Selain daripada itu, terdapat juga kemudahan akademik dan pentadbiran lain seperti:

  • Dewan Seri Mutiara
  • Kelas Pembelajaran
  • Makmal Multimedia
  • Pusat Sumber Pembelajaran
  • Bilik Guru
  • Bas Maktab
  • Pejabat Pentadbiran
  • Bilik Mesyuarat

Penginapan pelajar dan staf[sunting | sunting sumber]

  • Asrama
  • Surau
  • Dewan Selera
  • Rumah Tamu
  • Teratak Kasih
  • Telefon Awam

Sukan dan rekreasi[sunting | sunting sumber]

Dalam bahagian Kokurikulum terdapat kelab, persatuan, pakaian seragam, sukan dan permainan. Tiap-tiap bahagian ini mempunyai seorang guru penyelaras yang diketuai oleh seorang guru penyelaras Kokurikulum. Pelajar-pelajar wajib memilih salah satu aktiviti kokurikulum daripada setiap bahagian. Setiap jenis kelab, persatuan, pakaian seragam atau sukan dikendali oleh sekurang-kurangnya seorang guru penasihat.

Pelajar-pelajar juga terlibat dengan aktiviti kokurikulum di peringkat maktab, antara MRSM (zon) dan juga kebangsaan. Disamping itu MRSM Pasir Tumboh juga mengambil bahagian dalam pertandingan sukan anjuran Kementerian Pendidikan Malaysia.

Bagi menyokong aktiviti-aktiviti tersebut, kemudahan berikut disediakan:

  • Senamriang
  • Padang


Kejayaan[sunting | sunting sumber]

Akademik[sunting | sunting sumber]

MRSM Pasir Tumboh mencatatkan kedudukan teratas bagi keputusan peperiksaan Penilaian Menengah Rendah 2009 (PMR 2009), bagi kedudukan MRSM di Malaysia. Seramai 106 pelajar mendapat 8A daripada 149 calon kesemuanya, manakala selebihnya mendapat 7A. Keputusan terbaik yang pernah dicapai oleh MRSM Pasir Tumboh adalah pada PMR 2002 dengan hampir kesemua pelajar mendapat A dalam semua subjek yang diambil, kecuali sebilangan kecil sahaja yang tidak berjaya.

Bukan akademik[sunting | sunting sumber]

  • Johan pertandingan Sajak Minggu Bahasa Zon Timur 2009
  • Naib Johan Pertandingan Sajak Minggu Bahasa Zon Timur 2009
  • Naib Johan Choral Speaking Minggu Bahasa Zon Timur 2009
  • Anugerah Istimewa RoboDancing dalam International Robot Olympiad (IRO) 2008


Hal Ehwal Akademik[sunting | sunting sumber]

Di bawah bahagian Hal Ehwal Akademik terdapat 4 Jabatan pengajian yang terdapat di MRSM Pasir Tumboh iaitu Jabatan Bahasa, Jabatan Matematik, Jabatan Sains dan Jabatan Sains Sosial. Selain dari itu, Cawangan Perpustakaan dan juga Cawangan Sistem Maklumat juga terletak di bawah kendalian Hal Ehwal Akademik.

Jabatan Bahasa[sunting | sunting sumber]

Jabatan Bahasa MRSM Pasir Tumboh adalah salah satu daripada empat jabatan pengajian yang terdapat di dalam maktab ini.Terdapat dua unit di dalam jabatan ini iaitu unit Bahasa Melayu dan unit Bahasa Inggeris. Jabatan bahasa di ketuai oleh Pn Hishamunizan Binti Che Leh yang juga merupakan guru Bahasa Inggeris. Matlamat utama jabatan ini sudah pastinya adalah untuk memastikan setiap pelajar mendapat keputusan A di dalam subjek Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris di dalam peperiksaan PMR. Disamping itu juga dapat memartabatkan Bahasa Melayu serta memperkukuhkan penguasaan Bahasa Inggeris bagi setiap pelajar di maktab ini.

Jabatan Matematik[sunting | sunting sumber]

Jabatan Matematik MRSM Pasir Tumboh adalah salah satu daripada empat jabatan pengajian yang terdapat di dalam maktab ini. Jabatan ini di bahagikan kepada dua unit iaitu unit Matematik dan unit Komputer.Jabatan Matematik di ketuai oleh En Ahmad Kamal b. Suratman yang juga merupakan guru Matematik. Matlamat utama jabatan ini sudah pastinya adalah untuk memastikan setiap pelajar mendapat keputusan A bagi subjek Matematik di dalam peperiksaan PMR.

Jabatan Sains[sunting | sunting sumber]

Jabatan Sains MRSM Pasir Tumboh adalah salah satu daripada empat jabatan pengajian yang terdapat di dalam maktab ini. Jabatan sains di ketuai oleh Puan Azmah bt. Yusof yang juga merupakan guru sains. Matlamat utama jabatan ini sudah pastinya adalah untuk memastikan setiap pelajar mendapat keputusan A bagi subjek Sains di dalam peperiksaan PMR.

Jabatan Sains Sosial[sunting | sunting sumber]

Jabatan Sains Sosial MRSM Pasir Tumboh adalah salah satu daripada empat jabatan pengajian yang terdapat di dalam maktab ini.Terdapat Enam unit di dalam jabatan ini iaitu unit Senireka, unit Sejarah, unit Geografi, unit Kemahiran Hidup, unit Agama dan Bahasa Arab dan unit Pendidikan Jasmani.Jabatan Sains Sosial di ketuai oleh Pn Hjh Azah bt Abd Rahman yang juga merupakan guru Sejarah. Matlamat utama jabatan ini sudah pastinya adalah untuk memastikan setiap pelajar mendapat keputusan A bagi semua subjek yang terdapat di dalam jabatan ini di dalam peperiksaan PMR.

Sistem Penilaian Pelajar[sunting | sunting sumber]

Sistem penilaian pelajar merupakan sistem yang bertanggungjawab memberikan kejayaan kepada keseluruhan sistem pembelajaran MRSM Pasir Tumboh. Penilaian pelajar dibuat berdasarkan Purata Nilai Gred (PNG). Pelajar-pelajar perlu mengambil peperiksaan setiap semester dan Purata Nilai Gred (PNG) akan diambilkira untuk menentukan kedudukan kelas pada semester berikutnya. Kelas-kelas adalah mengikut abjad iaitu A, B, C, D, E dan F.

25 orang pelajar yang mendapat Purata Nilai Gred (PNG) tertinggi akan ditempatkan di Kelas A. Pelajar-pelajar lain akan ditempatkan di Kelas B,C, D, E dan F secara rawak tanpa mengambilkira Purata Nilai Gred (PNG) masing-masing. Sistem ini telah digunakan sejak penubuhan MRSM Pasir Tumboh dan terbukti dapat mewujudkan persaingan sihat antara pelajar-pelajar serta memberikan kejayaan kepada maktab.


Lagu rasmi[sunting | sunting sumber]

Wahai putera puteri bangsaku
Ayuh segera menuju
Mengikut gerak langkah maju
Bersatu mencari ilmu

Di zaman sains dan teknologi
Negara perlukan jasamu
Janganlah rasa malas lagi
Bersama memegang teraju

Di Maktab Rendah Sains MARA
Tuntut ilmu jangan jemu
Ikrar taat setia pada guru
Berdisiplin selalu

Hari ini hari mulanya
Hari esok berjaya
Lengkapkan segala yang ada
Ke kuliah kita segera


Korporat[sunting | sunting sumber]

Visi dan Misi[sunting | sunting sumber]

Visi
Menjadi pusat kecemerlangan pendidikan yang inovatif dan bertaraf dunia.

Misi
Untuk meningkatkan penawaran tenaga manusia bumiputera yang berpengetahuan, patriotik dan berdaya saing dalam bidang sains dan teknologi.

Objektif[sunting | sunting sumber]

  • Menghasilkan pelajar lepasan menengah rendah yang cemerlang dan berwibawa melanjutkan pengajiannya dibidang sains tulin di peringkat menengah.
  • Melahirkan pelajar lepasan menengah rendah yang berakhlak mulia, berjiwa bebas, berdaya saing, berdaya cipta, saintifik, global dan bersemangat patriotik dan fasih berbahasa Inggeris.
  • Menjadikan MRSM Pasir Tumboh sebagai sebuah organisasi dan institusi pendidikan yang berkualiti, cekap, ceria dan cemerlang.
  • Menduduki sekurang-kurangnya tempat ke tiga dalam pencapaian akademik (PMR) dan Ko-kurikulum di peringkat Nasional.
  • Mencapai 100% markah dalam semua aspek laporan audit.


Rujukan[sunting | sunting sumber]


Lihat juga[sunting | sunting sumber]