Maktab Rendah Sains MARA Pendang
Maktab Rendah Sains MARA Pendang | |
---|---|
Lokasi | |
Padang Terap, Pendang, Kedah Malaysia | |
Maklumat | |
Jenis sekolah | MRSM |
Ditubuhkan | 2001 |
Nombor sekolah | 04-758 3857, 04-758 3858 |
Pengetua | Mohd. Yusoff Bin Md. Taha (2011-sekarang) Saari Sawa (2008- 2011), Ahmad Zuber (2006-2008), Nazir Lateh (2005-2006), Zakaria Mohd Noor (2001-2004) |
Faks | 04-759 3855 |
Maktab Rendah Sains MARA Pendang (singkatan: MRSM Pendang) merupakan sebuah sekolah berasrama penuh yang terletak di daerah Pendang, Kedah. . MRSM Pendang adalah MRSM yang ke 27 dibina di Negara ini. MRSM Pendang mempunyai 4 blok akademik dan pentadbiran, 4 blok asrama yang memuatkan bilik pelajar puteri dan bilik pelajar putera dengan kapasiti maksimum 750 orang pelajar. MRSM ini juga dilengkapi dengan 25 bilik darjah, 13 makmal sains, 2 makmal komputer, 1 bilik bitara (makmal induk komputer), 4 bengkel Kemahiran Hidup, Dewan Selera, Dewan Serbaguna, Pusat Sumber Pembelajaran, Bilik Multimedia, 2 bilik tayangan ,bilik audio video, makmal senireka, makmal reka cipta, dewan kuliah, bilik sakit, cafeteria dan mempunyai kemudahan sukan yang lengkap.
MRSM Pendang juga dilengkapi dengan kuarters untuk staf. Ia terdiri daripada 1 unit rumah Pengetua, 2 unit rumah Penolong Pengetua, 1 unit rumah ketua warden, 8 unit rumah guru dan 5 unit rumah kakitangan. Rumah-rumah warden juga dibina di hujung setiap blok asrama bagi memudahkan urusan dengan pelajar.
MRSM Pendang telah mula beroperasi pada 16 April 2001, dengan pengambilan pelajar perintis seramai 476 orang yang terdiri daripada 281 pelajar tingkatan 4 dan 195 pelajar tingkatan 1, dengan bilangan tenaga pengajar perintis seramai 34 orang dan staf sokongan yang lain. Pengetua pertama MRSM Pendang ialah Tuan Haji Zakaria Bin Mohd Noor.[perlu rujukan]
Bekas Pelajar[sunting | sunting sumber]
- Janna Nick - pelakon
Lihat juga[sunting | sunting sumber]
Rujukan[sunting | sunting sumber]
Pautan luar[sunting | sunting sumber]
- Laman rasmi MRSM Pendang Diarkibkan 2018-03-23 di Wayback Machine
![]() | Rencana mengenai sekolah di Malaysia ini ialah rencana tunas. Anda boleh membantu Wikipedia dengan mengembangkannya. |