Maktab Rendah Sains MARA Pengkalan Chepa

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
MRSM Pengkalan Chepa
MRSM signature.jpg
Lokasi
Pengkalan Chepa, Kota Bharu, Kelantan, Malaysia
Malaysia
Maklumat
Jenis sekolahMaktab Rendah Sains MARA
MotoBerdisplin, Berilmu, Beramal
DitubuhkanJanuari 1973
Nombor sekolah09-773 8252 / 8396
PengetuaEn Abdul Aziz Bin Baba ( Pengetua Cemerlang )
SingkatanMRSM PC
Kemasukan300+ pelajar tahunan
Faks09-773 8254
Laman sesawang


Maktab Rendah Sains MARA Pengkalan Chepa (MRSM PC) ialah sebuah Maktab Rendah Sains MARA yang terletak di Pengkalan Chepa, Kota Bharu, Kelantan, Malaysia. MRSM ini terletak kira-kira 8.2 km dari bandar Kota Bharu dan 4.7 km daripada Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra.

Sejarah[sunting | sunting sumber]

MRSM Pengkalan Chepa (asalnya MRSM Kota Bharu) merupakan MRSM yang ke-2 ditubuhkan iaitu pada 1973 selepas penubuhan MRSM Seremban (Kolej Mara Seremban) pada 1971. Ia dirasmikan pada 12 Ogos 1975 oleh Sultan Yahya Petra ibni Almarhum Sultan Ibrahim. Luasnya 17 ekar.

Pelajar[sunting | sunting sumber]

Pengambilan pelajar[sunting | sunting sumber]

Buat permulaan, seramai 149 pelajar diambil dan 20 kakitangan.

MRSM Bitara Pengkalan Chepa merupakan salah satu daripada 6 maktab bitara di Malaysia, selain MRSM Langkawi, MRSM Taiping, MRSM Tun Ghafar Baba, MRSM Kuantan dan MRSM Pontian. Kaedah pengambilan pelajar serupa dengan kaedah pengambilan pelajar bagi MRSM lain, namun begitu terdapat penekanan terhadap beberapa kriteria penting. Berikut ialah syarat kelayakan untuk memasuki salah satu daripada MRSM Bitara:

  • Mendapat sekurang-kurangnya 8A dalam Penilaian Menengah Rendah.
  • mendapat markah tertinggi dalam ujian kecenderungan yang diadakan bagi calon-calon MRSM dan kementerian selepas PMR di pusat-pusat tertentu
  • Aktif dalam bidang ko-kurikulum

Selain itu, terdapat faktor-faktor lain yang menentukan ciri-ciri pengambilan pelajar ke sesebuah MRSM Bitara seperti taraf hidup, penduduk luar bandar dan anak kakitangan MARA.

MRSM Bitara Pengkalan Chepa hanya mengambil pelajar-pelajar baru untuk Tingkatan 4 sahaja pada setiap tahun. Pengambilan pelajar baru biasanya dilakukan pada bulan Februari.

Perangkaan pelajar[sunting | sunting sumber]

MRSM Bitara Pengkalan Chepa mempunyai dua kumpulan pelajar pada satu-satu masa, iaitu pelajar Tingkatan 4 dan Tingkatan 5. MRSM PC mampu untuk menampung kapasiti pelajar di antara lingkungan 600 sehingga 700 orang pelajar. Untuk setiap tahun, pengambilan pelajar baru adalah lebih kurang 300 orang pelajar.

Untuk setiap tingkatan, terdapat di antara 12 - 15 kelas, bergantung terhadap pengambilan pelajar pada sesuatu tahun. Setiap kelas boleh memuatkan 25 orang pelajar, berbanding kelas sekolah kementerian yang menampung sehingga 40 orang pelajar.

Tempoh pengajian di MRSM PC ialah selama dua tahun ataupun empat semester. Selepas peperiksaan SPM, para pelajar akan diraikan dalam Majlis Graduasi untuk menandakan kejayaan melahirkan anak-anak MARA yang mampu menerajui tonggak negara pada masa hadapan.

Pencapaian[sunting | sunting sumber]

Keputusan bagi Sijil Pelajaran Malaysia menunjukkan bahawa MRSM PC merupakan antara maktab terbaik seluruh Malaysia apabila mendapat Gred Purata Maktab (GPM) 1.1911[1] pada tahun 2009 dan 0.83 pada tahun 2010 serta menjadi sekolah terbaik peringkat menengah di seluruh Malaysia.[2]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]