Maktab Rendah Sains MARA Tun Abdul Razak

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search

Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) Tun Abdul Razak (TAR) ialah sebuah institusi pendidikan Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) di bawah kendalian Majlis Amanah Rakyat (MARA) yang terletak di Pekan, Pahang. Nama Tun Abdul Razak diabadikan di maktab ini sebagai penghargaan kepada Perdana Menteri Malaysia yang kedua, Allahyarham Tun Abdul Razak.

Maktab ini memulakan operasinya pada 1 Mei 2010 setelah berlakunya kejadian tanah runtuh di MRSM Bentong. Pelajar-pelajar dari MRSM Bentong telah dipindahkan ke MRSM Tun Abdul Razak bagi menyambung sesi persekolahan berikutan keadaan struktur tanah di MRSM Bentong yang berbahaya. Kesemua pelajar lelaki pada ketika itu dipindahkan dari MRSM Bentong ke MRSM TAR pada 01 Mei 2010 diikuti pula dengan semua pelajar perempuan dipindahkan dari MRSM Bentong ke MRSM TAR pada 02 Mei 2010.

Pada tahun 2011, Majlis Amanah Rakyat (MARA) telah melaksanakan program International General Certificate of Secondary Education (IGCSE) sebagai nilai tambah kepada pelajar MRSM. Dengan itu, pelajar MRSM boleh melalui program dwisijil, iaitu SPM dan IGCSE. Kumpulan pelajar pertama yang telah mendaftar untuk program ini adalah seramai 178 orang.[perlu rujukan]

Sehingga kini, pengetua MRSM Tun Abdul Razak ialah Norlela binti Meon dan mempunyai seramai 72 tenaga pengajar dan staf sokongan.

Rujukan[sunting | sunting sumber]