Maktab Rendah Sains MARA Tun Dr Ismail

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Koordinat: 1°36′34″N 103°19′02″E / 1.60933°N 103.31731°E / 1.60933; 103.31731

Maktab Rendah Sains MARA Tun Dr Ismail
مكتب رنده ساءين س مارا تون دوكتور اسماعيل
Lokasi
Jalan Benut Jelutong
Pontian, 82100, Johor
Malaysia
Maklumat
Nama lainMRSM TDI
Jenis sekolahPendidikan menengah
Ditubuhkan2001
StatusBeroperasi
PengetuaPn. Shalina binti Mohamed
Timb. Pengetua
Kecemerlangan Akademik
Pn. Siti Zaharah binti Masah
Timb. Pengetua
Pembangunan Pelajar
En. Wan Azmi Baharin bin Wan Abdullah
Timb. Pengetua
Pembangunan Bakat
Mohd Yusof Zaki bin Che Amat
Sistem pendidikanSPMRSM Program IB MYP
BahasaBahasa Melayu, Bahasa Inggeris
SloganProvoking Minds, Redesigning The Future
Nama alumniANSARA Tun Dr Ismail / Pontian
Laman sesawang
Kali terakhir dikemaskinikan: Disember 2022

Maktab Rendah Sains MARA Tun Dr Ismail (singkatan: MRSM TDI) merupakan sebuah sekolah berasrama penuh di bawah institusi MRSM, yang dikelolakan oleh MARA. Ianya terletak di kawasan Benut, dalam Pontian, Johor. MRSM TDI sebelum ini dikenali dengan nama MRSM Pontian[1].


Sejarah[sunting | sunting sumber]

Penubuhan maktab[sunting | sunting sumber]

MRSM Pontian telah didirikan di atas tanah seluas 52 ekar bermula pembinaannya pada 1999. Bagaimanapun hanya 26 ekar sahaja baru dibangunkan, selebihnya akan dikomersialkan mengikut fasa-fasa yang dijadualkan. MRSM Pontian hanya beroperasi pada akhir tahun 2001. Pada Febuari 2002, MRSM Pontian telah menerima pelajar sulungnya sekitar 300 orang, iaitu pelajar tingkatan 1 dan 4. Manakala pada Febuari 2003, MRSM menerima tambahan pelajar sebanyak 300 orang bagi tingkatan 1 dan 4. Kouta pelajar hanya penuh pada Febuari 2004 dengan pendaftaran pelajar baru menjadikan jumlah pelajar seramai 750 orang. Demi memastikan kecemerlangan MRSM Pontian tercapai, seramai 59 orang guru lama dan baru digabungkan dalam satu pasukan gerak kerja yang bersepadu. Ditambah dengan sejumlah 30 orang kakitangan yang turut berganding bahu, maka impian kegemilangan MRSM Pontian dapat direalisasikan.

Pada tahun 2014, MRSM Pontian telah bertukar nama kepada MRSM Tun Dr Ismail. Acara perasmian nama baharu MRSM TDI ini telah disempurnakan oleh Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah pada ketika itu, Datuk Seri Mohd. Shafie Apdal[1]. Penjenamaan semula nama MRSM Pontian ini adalah bagi mengenang jasa Tun Dr. Ismail, mantan Timbalan Perdana Menteri Malaysia yang merupakan seorang tokoh politik yang berprinsip, ikhlas, jujur dan berpandangan jauh. Beliau juga merupakan anak jati kelahiran Pontian yang turut serta dalam perjuangan menuntut kemerdekaan Tanah Melayu.


Lagu rasmi[sunting | sunting sumber]

Wahai putera puteri bangsaku
Ayuh segera menuju
Mengikut gerak langkah maju
Bersatu mencari ilmu

Di zaman sains dan teknologi
Negara perlukan jasamu
Janganlah rasa malas lagi
Bersama memegang teraju

Di Maktab Rendah Sains MARA
Tuntut ilmu jangan jemu
Ikrar taat setia pada guru
Berdisiplin selalu

Hari ini hari mulanya
Hari esok berjaya
Lengkapkan segala yang ada
Ke kuliah kita segera


Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ a b "MRSM Pontian guna nama baharu". Kosmo. 24 Februari 2014. Diarkibkan daripada yang asal pada 2 Mac 2014. Dicapai pada 2 Disember 2022.


Lihat juga[sunting | sunting sumber]