Maktab Rendah Sains MARA Tun Mohammad Fuad Stephens

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Koordinat: 5°54′33″N 118°00′01″E / 5.90925°N 118.00040°E / 5.90925; 118.00040

Maktab Rendah Sains MARA Tun Mohammad Fuad Stephens
مكتب رنده ساءين س مارا تون محمد فواد ستيفينس
Alamat
Batu 10, Education Hub
Jalan Sungai Batang
Sandakan, 90000, Sabah
Malaysia
Maklumat
Nama lainMRSM TMFS
Jenis sekolahPendidikan menengah
DitubuhkanJanuari 2013
StatusBeroperasi
PengetuaEn. Abdul Bin Tingoon
Timb. Pengetua
Kecemerlangan Akademik
Pn. Hariza binti Abd Halim
Timb. Pengetua
Pembangunan Pelajar
En. Mohd Hasbullah Nawawi bin Che Ismail
Timb. Pengetua
Pembangunan Bakat
En. Nor Amin Sayani bin Zainal
Sistem pendidikanSPMRSM Program Premier
BahasaBahasa Melayu, Bahasa Inggeris
SloganWisdom Towards Excellence
Nama alumniANSARA Malaysia
Laman sesawang

Bangunan pentadbiran MRSM TMFS
Map
Kali terakhir dikemaskinikan: Disember 2022

Maktab Rendah Sains MARA Tun Mohammad Fuad Stephens (singkatan: MRSM TMFS) merupakan sebuah sekolah berasrama penuh di bawah institusi MRSM, yang dikelolakan oleh MARA. Ianya terletak di Sandakan, Sabah. MRSM ini merupakan MRSM ketiga dibuka di negeri Sabah, selepas MRSM Tun Mustapha dan MRSM Kota Kinabalu[1]

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Penubuhan maktab[sunting | sunting sumber]

MRSM Tun Mohammad Fuad Stephens Sandakan telah dibuka pada 22 Januari 2013. Terletak bersebelahan dengan Politeknik Sandakan dan juga UMS Sandakan dalam hub pendidikan sabah(sandakan). Dengan keluasan 65.43 ekar, MRSM TMFS mampu memberi pendidikan bertaraf dunia kepada 1050 pelajar pada kapasiti penuh. Melalui program transformasi , pihak maktab bertungkus lumus memastikan setiap pelajar mampu belajar dengan selesa dan juga menghasilkan prestasi yang terbaik. Bermula dengan 33 orang guru, 16 staff MRSM terus memacu pembangunan pendidikan sarip hari ini dan terus berusaha menghasilkan pelajar terbaik untuk memimpin negara pada masa akan datang.


Lagu rasmi[sunting | sunting sumber]

Wahai putera puteri bangsaku
Ayuh segera menuju
Mengikut gerak langkah maju
Bersatu mencari ilmu

Di zaman sains dan teknologi
Negara perlukan jasamu
Janganlah rasa malas lagi
Bersama memegang teraju

Di Maktab Rendah Sains MARA
Tuntut ilmu jangan jemu
Ikrar taat setia pada guru
Berdisiplin selalu

Hari ini hari mulanya
Hari esok berjaya
Lengkapkan segala yang ada
Ke kuliah kita segera


Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "KPTM MERIAHKAN MAJLIS PERASMIAN MAKTAB RENDAH SAINS MARA SANDAKAN, SABAH". Kolej Poly-Tech MARA. 9 April 2014. Dicapai pada 7 Jun 2017.[pautan mati kekal]


Lihat juga[sunting | sunting sumber]