Maktab Rendah Sains MARA YT Dungun

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Maktab Rendah Sains MARA YT Dungun
دوڠون YT مكتب رنده ساءين س مارا
Lokasi
Dungun, Terengganu
Malaysia
Maklumat
Nama lainMRSM-YT Dungun
Jenis sekolahPendidikan menengah
Ditubuhkan1995
StatusTutup operasi
DitutupDisember 2003
Sistem pendidikanSPMRSM Program Premier
BahasaBahasa Melayu, Bahasa Inggeris
Nama alumniANSARA Malaysia
Kali terakhir dikemaskinikan: Disember 2022

Maktab Rendah Sains MARA YT Dungun (singkatan: MRSM-YT Dungun) merupakan sebuah sekolah berasrama penuh di bawah institusi MRSM, yang dikelolakan oleh MARA. Ianya terletak di Dungun, Terengganu. MRSM-YT Dungun ini merupakan salah satu daripada tiga buah MRSM yang pernah dikelolakan secara bersama oleh Majlis Amanah Rakyat (MARA) dan Yayasan Terengganu (YT), selain daripada MRSM-YT Besut (kemudian diambilalih sepenuhnya oleh MARA[1]) dan MRSM Imtiaz YT Ketengah (tutup operasi).

MRSM-YT Dungun disahkan tidak lagi beroperasi disebabkan penamatan kerjasama di antara MARA dan Yayasan Terengganu.


Sejarah[sunting | sunting sumber]

Penubuhan maktab[sunting | sunting sumber]

Pada tahun 1993, kerajaan negeri Terengganu telah mengadakan kerjasama dengan MARA bagi membangunkan dua buah MRSM di Terengganu iaitu di daerah Besut dan daerah Dungun. Bentuk kerjasama yang telah dipersetujui adalah pihak Yayasan Terengganu akan menanggung dan bertanggungjawab ke atas kos fizikal seperti bangunan dan peralatan, manakala pihak MARA akan membiayai dan mengurus tenaga pengajar, staf dan pengajian pelajar-pelajar[2].

MRSM-YT Dungun mula menerima pelajar baru bermula pada tahun 1995, dengan pengambilan maksimum pelajar seramai 150 orang. Pelajar-pelajar yang mendapat tempat di MRSM ini disaring hasil daripada keputusan jawatankuasa yang dianggotai oleh wakil dari MARA dan Yayasan Terengganu[2].


Penutupan operasi[sunting | sunting sumber]

Pada 31 Julai 2002, kerajaan negeri Terengganu melalui Yayasan Terengganu telah menerima surat daripada MARA berkenaan hasrat untuk menutup operasi MRSM-YT Dungun dan MRSM-YT Besut secara berperingkat, dan menamatkan kerjasama dengan Yayasan Terengganu[2]. Kekurangan alatan fizikal dan cadangan pengurangan kuota bagi pengambilan pelajar kelahiran Terengganu antara punca kepada keputusan penutupan operasi kedua-dua MRSM ini[3].

Pada 8 Januari 2003, Menteri Besar Terengganu pada ketika itu, Datuk Seri Abdul Hadi Awang menarik balik notis penutupan MRSM yang dikeluarkan oleh Yayasan Terengganu, serta mencadangkan pertemuan di antara wakil Yayasan Terengganu dan Kementerian Pembangunan Usahawan yang bertanggungjawab ke atas MARA[3]. Pada 15 Januari 2003, wakil Kerajaan Negeri Terengganu telah mengadakan perjumpaan dengan Perdana Menteri Malaysia pada ketika itu, Datuk Seri Dr. Mahathir Mohamad bagi membincangkan mengenai isu penutupan kedua-dua MRSM ini[3].

Pada 26 Februari 2003, MRSM-YT Dungun dan MRSM-YT Besut disahkan akan menghentikan operasi secara berperingkat[4]. Ini bermula dengan proses pemindahan pelajar seramai 648 orang ke 5 buah MRSM di Terengganu, Pahang dan Kelantan yang telah dilakukan bermula 15 Februari 2003[4].


Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "Sejarah MRSM Besut". MRSM Besut. Dicapai pada 7 Disember 2022.
  2. ^ a b c "DR.29.10.2002" (PDF). Parlimen Malaysia. Dicapai pada 7 Disember 2022.
  3. ^ a b c "TERENGGANU JUMPA PERDANA MENTERI BINCANG ISU PENUTUPAN MRSM-YT". Bernama. 15 Januari 2003.
  4. ^ a b "KERAJAAN T'GANU AKUR MRSM DUNGUN DITUTUP". Bernama. 26 Februari 2003.


Lihat juga[sunting | sunting sumber]