Maktab Rendah Sains MARA Besut

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
(Dilencongkan dari Maktab Rendah Sains Mara Besut)

Koordinat: 5°46′48″N 102°35′08″E / 5.78010°N 102.58560°E / 5.78010; 102.58560

Maktab Rendah Sains MARA Besut
مكتب رنده ساءين س مارا بسوت
Alamat
Kampung Paya Rawa
Jalan Tembila
Besut, 22200, Terengganu
Malaysia
Maklumat
Nama lainMRSM Besut
Jenis sekolahPendidikan Menengah
Afiliasi agamaIslam (setakat ini)
DitubuhkanApril 1995
PengasasMajlis Amanah Rakyat (MARA)
StatusMasih Beroperasi
PengetuaDr. Ammar bin Ab Rahman
Timb. Pengetua
Kecemerlangan Akademik
En. Mohd Faisal bin Hj. Yusof
Timb. Pengetua
Pembangunan Pelajar
En. Rozaidi bin Ishak
Timb. Pengetua
Pembangunan Bakat
Pn. Hanifa binti Maosin
Sistem pendidikanSPMRSM Program Premier
BahasaBahasa Melayu, Bahasa Inggeris
SloganBerdisiplin, Berilmu, Beramal
Nama alumniANSARA Besut
Laman sesawang
Kali terakhir dikemaskinikan: Disember 2022

Maktab Rendah Sains MARA Besut (singkatan: MRSM BESUT/BST) merupakan sebuah sekolah berasrama penuh di bawah institusi MRSM, yang dikelolakan oleh MARA. Ianya terletak di perkampungan Kampung Paya Rawa, dalam daerah Besut di negeri Terengganu. Kedudukan MRSM Besut yang terletak di tepi Jalan Pantai dan Pantai Bukit Keluang, memberikan suasana yang aman, nyaman, selamat, damai dan kondusif kepada para pelajar untuk menuntut ilmu. MRSM ini terletak di Jalan Tembila dan juga hanya 10 kilometer daripada pekan Jerteh meletakkan MRSM Besut di kedudukan yang strategik di Kampung Paya Rawa, Besut ini.

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Penubuhan Maktab[sunting | sunting sumber]

Maktab Rendah Sains MARA Yayasan Terengganu (MRSM YT) dikendalikan secara usahasama antara Yayasan Terengganu dengan Majlis Amanah Rakyat (MARA). Penubuhannya merupakan aspirasi Kerajaan Negeri bagi menampung keperluan pendidikan yang lebih berkualiti bagi lulusan UPSR yang terdiri dari anak-anak Terengganu yang tidak mendapat tempat di sekolah-sekolah berasrama penuh. Hasrat penubuhan ini telah dipersetujui Lembaga Pemegang - Pemegang Amanah Yayasan Terengganu dalam mesyuarat kali ke-70 yang telah diadakan pada 20 Disember 1992. Justeru itu, bagi merealisasikan hasrat tersebut, satu Memorandum Persefahaman di antara Yayasan Terengganu dengan Majlis Amanah Rakyat telah ditandatangani pada 3 Jun 1993. Dua buah MRSM YT telah ditubuhkan iaitu di Besut dan Dungun. Kedua-duanya telah memulakan operasinya dengan pengambilan pertama pelajarnya pada Januari dan Mac 1995.

Aspirasi dan komitmen Kerajaan Negeri mula membuahkan hasil sulungnya apabila keputusan Peperiksaan Menengah Rendah 1996, MRSM YT Besut berjaya memperolehi kelulusan 100% dan mendapat tempat ke dua terbaik bagi pencapaian Maktab Rendah Sains MARA di seluruh Malaysia. Pelbagai kejayaan diraih dari setahun ke setahun antaranya MRSM YT Besut telah muncul sebagai Maktab terbaik dalam keputusan PMR di antara MRSM seluruh negara pada tahun 1997 dengan 105 orang pelajar mendapat 8A. Di dalam aktiviti kokurikulum pula, MRSM YT Besut telah menjadi johan keseluruhan Minggu Kokurikulum MRSM SeMalaysia Peringkat Menengah Rendah pada tahun 1998.

MRSM YT Besut juga pernah menyertai pameran Tunas Saintis Peringkat MRSM SeMalaysia di MRSM Beseri pada tahun 2000. Pameran tersebut merupakan aktiviti tahunan MRSM untuk mencungkil bakat dan kreativiti pelajar selaras dengan Falsafah Pendidikan Negara. Di dalam bidang sukan, MRSM YT Besut pernah mewakili Daerah Besut ke Peringkat Negeri Terengganu dalam pertandingan Kejohanan Olahraga Sekolah-Sekolah Terengganu ke 28 tahun 1997, Kejohanan Badminton Peringkat MSST anjuran Majlis Sukan Sekolah-Sekolah Terengganu. Kini, kecemerlangan diulangi kembali dengan pembukaan semula MRSM YT Besut selepas beberapa tahun tidak beroperasi.


Kemudahan[sunting | sunting sumber]

Akademik dan Pentadbiran[sunting | sunting sumber]

Maktab ini dilengkapi dengan pelbagai bentuk kemudahan untuk pelajar dan juga staf. Antaranya adalah

  • Surau Ar-Ridhwan
  • Pembelian Mudah Alih (Wireless Transaction)
  • Penapis Air
  • Mesin Layan Diri (Vending Machine)
  • Dewan Kuliah yang luas serta dipenuhi kerusi dengan kapasiti 180 pelajar
  • Bilik Tayangan
  • Bilik Badan Wakil Pelajar
  • Bilik Lembaga Disiplin Pelajar
  • Bilik Gerakan Warden
  • Bilik Sidang Redaksi
  • Koperasi (terbahagi kepada empat seksyen ; Pejabat pentadbiran, runcit, dobi serta bahagian aktiviti pelajar)
  • Pusat sumber pembelajaran beserta rangkaian internet dan penghawa dingin
  • Blok akademik (terdiri daripada blok tiga tingkat yang menempatkan 30 buah kelas, makmal sains, bilik matematik dan bilik bahasa, serta makmal komputer)
  • Cafe yang menyediakan menu makanan menyelerakan setiap hari
  • Tapak Jualan PUM (Persatuan Usahawan Muda)

Penginapan pelajar dan staf[sunting | sunting sumber]

  • Blok asrama (terdiri daripada Villa A dan Villa B)
  • Dewan makan berasingan(Lelaki dan Perempuan)
  • Surau yang disertai dengan kipas besar dan 2 biji aircond yang memberi keselesaan pada pelajar

Sukan dan rekreasi[sunting | sunting sumber]

  • Padang bola sepak
  • Padang ragbi
  • Padang bola jaring
  • Padang tenis (sedang ditambah baik)


Guru[sunting | sunting sumber]

Guru-guru MRSM Besut berkomitmen untuk melakarkan semula kejayaan yang pernah terpahat di MRSM Besut. Mereka bertanggungjawab membina kecemerlangan, budaya dan kejayaan-kejayaan yang mengharumkan nama sekolah di peringkat kebangsaan.

Pengurusan MRSM Besut

  • Dr. Ammar bin Ab Rahman (Pengetua)
  • Encik Mohd Faisal Bin Hj Yusoff (Timb. Pengetua Kecemerlangan Akademik)
  • Encik Rozaidi Bin Ishak (Timb. Pengetua Pembangunan Pelajar)
  • Puan Hanifa Binti Maosin (Timb. Pengetua Pembangunan Bakat)

Kejayaan[sunting | sunting sumber]

Akademik[sunting | sunting sumber]

MRSM Besut telah berjaya memperolehi kelulusan 100% dan mendapat tempat ke dua terbaik bagi pencapaian Maktab Rendah Sains MARA di seluruh Malaysia. Pelbagai kejayaan diraih dari setahun ke setahun antaranya MRSM YT Besut telah muncul sebagai Maktab terbaik dalam keputusan Penilaian Menengah Rendah (PMR) di antara MRSM seluruh negara pada tahun 1997 dengan 105 orang pelajar mendapat 8A.

Kokurikulum[sunting | sunting sumber]

Di dalam aktiviti kokurikulum pula, MRSM YT Besut telah menjadi johan keseluruhan Minggu Kokurikulum MRSM SeMalaysia Peringkat Menengah Rendah pada tahun 1998. MRSM YT Besut juga pernah menyertai pameran Tunas Saintis Peringkat MRSM SeMalaysia di MRSM Beseri pada tahun 2000. Pameran tersebut merupakan aktiviti tahunan MRSM untuk mencungkil bakat dan kreativiti pelajar selaras dengan Falsafah Pendidikan Negara. Di dalam bidang sukan, MRSM YT Besut pernah mewakili Daerah Besut ke Peringkat Negeri Terengganu dalam pertandingan Kejohanan Olahraga Sekolah-Sekolah Terengganu ke 28 tahun 1997, Kejohanan Badminton Peringkat MSST anjuran Majlis Sukan Sekolah-Sekolah Terengganu. MRSM Besut juga merupakan juara berturut-turut pertandingan Taekwando MRSM Se-Malaysia.


Lagu rasmi[sunting | sunting sumber]

Wahai putera puteri bangsaku
Ayuh segera menuju
Mengikut gerak langkah maju
Bersatu mencari ilmu

Di zaman sains dan teknologi
Negara perlukan jasamu
Janganlah rasa malas lagi
Bersama memegang teraju

Di Maktab Rendah Sains MARA
Tuntut ilmu jangan jemu
Ikrar taat setia pada guru
Berdisiplin selalu

Hari ini hari mulanya
Hari esok berjaya
Lengkapkan segala yang ada
Ke kuliah kita segera


Rujukan[sunting | sunting sumber]


Lihat juga[sunting | sunting sumber]