Maktab Rendah Sains MARA Terendak

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Maktab Rendah Sains MARA Terendak
Moto Kami Cemerlang Terendak Gemilang
Jenis Maktab Rendah Sains MARA
Pengetua Tn. Hj. Roslam bin Yusoff
Penolong Kanan Hal Ehwal Murid En. Azaam bin Yacob
Penolong Kanan Kokurikulum Pn. Syarimasni binti Shamsuddin
Lokasi Terendak , Melaka, Malaysia
Laman sesawang https://terendak.mrsm.edu.my
Telefon +606-3571009
Faks +606-3573049


Maktab Rendah Sains MARA Terendak (singkatan: MRSM Terendak) terletak di Kem Terendak, Melaka. Ia merupakan salah satu MRSM yang terdapat di Melaka selain Maktab Rendah Sains MARA Tun Ghafar Baba yang terletak di Jasin dan Maktab Rendah Sains MARA Alor Gajah yang terletak di Alor Gajah.


Sejarah[sunting | sunting sumber]

Sekolah ini mula dibuka pada tahun 1983. Ketika itu, hanya terdapat dua blok asrama, yang dikenali sebagai Blok A (lelaki) dan Blok B (perempuan). Hampir 150 pelajar melaporkan diri pada 23 Julai 1983. Pengetua pertamanya ialah En. Asrokin Sanuji.

Ia ditubuhkan hasil daripada rundingan yang dilakukan di antara pihak MARA dengan Kementerian Pertahanan Malaysia. Dalam kerjasama ini, MARA mengurus semua aspek berkaitan akademik dan kakitangan, sementara Kementerian Pertahanan Malaysia membantu dalam tugas penyediaan petempatan dan urusan penyelenggaraan.

Pada 2008, sekolah ini telah mengadakan Sambutan Jubli Perak penubuhannya di MRSM Terendak dan MITC Melaka.

Novel remaja bersiri Nydia Terendak dan Bintang : Episod Pengenalan dan Nydia, Terendak dan Bintang : Junior vs Senior yang diterbitkan oleh PTS One mengisahkan kehidupan pelajar-pelajar di MRSM Terendak[1][2].


Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Nor, Puteri (26 Julai 2010). Nydia, Terendak dan Bintang: Junior vs Senior. PTS Media Group. ISBN 978-967-5406-79-9. Dicapai pada 7 Jun 2017. 
  2. ^ Nor, Puteri (1 Februari 2010). Nydia, Terendak dan Bintang: Episod Pengenalan. PTS Media Group. ISBN 978-967-5406-38-6. Dicapai pada 7 Jun 2017. 


Lihat juga[sunting | sunting sumber]