Maktab Rendah Sains MARA Kuantan

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Maktab Rendah Sains MARA Kuantan
Moto Excellence by Design
Dirasmikan 9 Mac 1974
Jenis Maktab Rendah Sains MARA
Pengetua Hj Nazri
Lokasi Kuantan , Pahang, Malaysia
Nama singkatan MRSM Kuantan
Laman sesawang https://ck.mrsm.edu.my
Telefon +609-5674439
Faks +609-5674644


Maktab Rendah Sains MARA Kuantan (singkatan: MRSM Kuantan) terletak di Kuantan, Pahang. Ia menerima lebih 600 orang pelajar setiap tahun yang terdiri daripada pelajar tingkatan empat dan tingkatan lima.

Persatuan Bekas Pelajar MRSM Kuantan (ANSARA Kuantan) yang juga dikenali sebagai Kuatagh telah ditubuhkan pada tahun 1988 dengan keahlian seramai 235 orang.

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Maktab Rendah Sains MARA Kuantan telah memulakan sesi pengajian pada Mac 1974 dengan pelajar seramai 142 orang sahaja. Pelajar-pelajar perintis ini telah mengambil peperiksaan Sijil Rendah Pelajaran (SRP) dan Lower Certificate Education (LCE) pada tahun 1976 dengan mencapai kejayaan 100% kelulusan. MRSM Kuantan telah dirasmikan pada 3 Julai 1978 oleh Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Pahang, Sultan Haji Ahmad Shah Al Mustain Billah Ibni Al Marhum Sultan Abu Bakar Ri'ayatuddin Al Mua'dzam Shah.


Pencapaian[sunting | sunting sumber]

Portable Visualiser[sunting | sunting sumber]

Portable Visualiser merupakan sebuah alat bantu mengajar digital yang memberi manfaat kepada guru-guru sekolah. Antara ciri yang terdapat dalam alat ini termasuklah mudah dibawa kerana ia bersaiz seperti storan USB, serta memiliki capaian Internet. Dijual di bawah jenama MyEzee, produk ini menerima sambutan hangat di kalangan guru-guru sekolah yang berpendapat ia memudahkan mereka dalam pembelajaran di kelas[1].

Produk ini memenangi anugerah khas juri dalam Konvensyen Pembudayaan Keusahawanan Koperasi Sekolah (KPKKS) untuk tahun 2015[2].

Spell It Right[sunting | sunting sumber]

Seorang pelajar MRSM Kuantan, Noor Dalilah Jefri Ahmad muncul juara pertandingan mengeja Spell It Right yang dianjurkan oleh RHB-New Straits Times 2016 untuk kategori sekolah menengah[3].

Festival Muzik MRSM Se-Malaysia 2017[sunting | sunting sumber]

Pada 22 hingga 25 Julai 2016, MRSM Kuantan telah berjaya merangkul anugerah Kostum Terbaik dan memenangi tempat kedua dalam kategori Gamelan. Kumpulan Gamelan MRSM Kuantan telah membawakan lagu Lambang Sari serta Turun Gambang bagi lagu tradisional dan lagu Rasaku Rasamu ciptaan Mohd Faliq bin Che Adeni. Kumpulan ini di bawah bimbingan Cikgu Mieza, manakala Puan Rosmaliza dan Cik Normala sebagai penasihat kumpulan tersebut. Berikut ialah senarai nama pemain:

Bonang Barung: Farah Izyan

Gambang 1: Nadheerah Imani

Gambang 2: Syaidatul Nadia

Saron Baron 1: Anis Nur Sabrina

Saron Baron 2: Siti Nur Aisyah

Saron Panerus/Pekin: Farahani

Saron Demung: Wan Nur Rawaidah

Sarong Gedemung/Slenthem: Afiqah

Kenong: Abdul Hanif

Gong dan Kempul: Naim Ikhmal

Gendang Anak: Muhammad Fikry

Gendang Ibu: Muhammad Zaim

Kompang 1: Amirah Nur Syafiqah

Kompang 2: Ain Arniera

Jidur: Muhammad Nurnazmi

Cajon: Zahirul Haq

Papan nada: Farzana Juhaida

Shaker: Nur Ikhwanuddin

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "MRSM Kuantan bina alat bantuan mengajar". Harian Metro. 21 Januari 2016. Dicapai pada 2 Jun 2017. 
  2. ^ "Aktifkan program agama bendung gejala sosial". Sinar Harian. 22 Oktober 2015. Dicapai pada 2 Jun 2017. 
  3. ^ "Pelajar MRSM Kuantan juara SIR RHB-NST". Berita Harian. 21 Ogos 2016. Dicapai pada 2 Jun 2017. 


Lihat juga[sunting | sunting sumber]