Maktab Sultan Ismail

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
Maktab Sultan Ismail
Moto "Setia Maju dan Jaya"
Dirasmikan 5 Januari 1936
Jenis Maktab, Sekolah kerajaan, Sekolah kluster
Pengetua Tuan Haji Rosdi Bin Mat
Kod sekolah DEB1137
Lokasi  Malaysia Jalan Telipot, 15150, Kota Bharu,, Kelantan Darul Naim, Malaysia
Nama singkatan SIC (Sultan Ismail College)
Laman sesawang http://maktabsultanismail.blogspot.com/
Telefon 6097418772
Faks 6097482161


Maktab Sultan Ismail atau nama ringkasnya SIC, merupakan sebuah sekolah kluster kecemerlangan yang terletak di Jalan Telipot.

Pada 2009, Maktab Sultan Ismail memiliki 896 pelajar lelaki dan 36 pelajar perempuan, menjadikan jumlah keseluruhan murid seramai 932 orang. Ia mempunyai seramai 94 orang guru.

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Maktab Sultan Ismail ditubuhkan sebagai Ismail English School (IES) pada 5 Januari 1936 bersempena nama DYMM Sultan Ismail Ibni Al Marhum Sultan Muhammad IV, Sultan yang memerintah pada masa itu.

IES menumpang di sebuah bangunan Sekolah Melayu Padang Garong di Jalan Hospital, Kota Bharu. Pada akhir Tahun 1936 IES telah berpindah ke sebuah bangunan baru di Telipot. Nama IES ditukar menjadi Sultan Ismail College (Maktab Sultan Ismail/MSI) pada 17 April 1954.

Maktab Sultan Ismail yang kekal di tempat asalnya pada tahun 1954 telah berkembang sebagai sekolah menengah yang mempunyai tingkatan 4, 5, 6 Rendah dan 6 Atas dalam aliran sastera, sains dan perdagangan. Maktab Sultan Ismail telah dilengkapi dengan kemudahan asrama, rumah-rumah guru, dewan besar, makmal sains, kantin di kawasan tanah yang berkeluasan 20 ekar.

Pencapaian[sunting | sunting sumber]

Kebangsaan[sunting | sunting sumber]

  • 2009 Anugerah Sekolah Kluster Kecemerlangan

Alamat[sunting | sunting sumber]

Maktab Sultan Ismail,
Jalan Telipot,
15150 Kota Bharu,
Kelantan, Malaysia
Telefon = 6097418772
Faks = 6097482161

Pautan luar[sunting | sunting sumber]