Maktab Sultan Omar ‘Ali Saifuddien

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Koordinat: 4°53′58.4″N 114°56′17.4″E / 4.899556°N 114.938167°E / 4.899556; 114.938167 (Maktab Sultan Omar Ali Saifuddien)

Maktab Sultan Omar ‘Ali Saifuddien
Alamat
Jalan Sekolah
Bandar Seri Begawan, BS8411
Brunei
Maklumat
Jenis sekolahkerajaan, menengah
Ditubuhkan1951
GredTahun 7-11
Jantinalelaki
Buku tahunanSeri Berunai
Map

Maktab Sultan Omar ‘Ali Saifuddien (Jawi: مکتب سلطان عمر علي سيف الدين), diringkaskan Maktab SOAS, ialah sekolah menengah lelaki kerajaan di Bandar Seri Begawan, ibu negara Brunei. Maktab ini ialah sekolah menengah pertama di negara. Maktab ini juga merupakan satu daripada tiga sekolah menengah lelaki di seluruh negara, dua sekolah yang lain itu ialah Sekolah Menengah Muda Hashim dan Ma'had Islam Brunei. Maktab ini menyediakan lima tahun pendidikan menengah menuju kelayakan GCE Peringkat 'O' dan IGCSE.

Nama[sunting | sunting sumber]

Maktab ini dinamakan sempena sultan pada masa itu iaitu Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, paduka ayahanda sultan Brunei kini.

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Maktab Sultan Omar ‘Ali Saifuddien telah ditubuhkan pada 15 Oktober 1951.[1] Pada masa penubuhan, maktab ini dikenali sebagai Brunei Town Government English School dan berfungsi sebagai sekolah persediaan Inggeris.[1][1] Maktab ini juga merupakan sekolah kerajaan pertama di negara yang menyediakan pendidikan dalam bahasa Inggeris.[1] Maktab ini akhirnya dinamakan semula ke nama sekarang pada tahun 1955.[1]

Maktab ini merupakan maktab yang pertama untuk menyediakan pendidikan menengah di negara. Ia beransur diungkayahkan, bermula pada tahun 1953 dengan pengenalan Tingkatan I.[1] Menjelang tahun 1957, maktab ini memiliki kesemua lima tahun pendidikan menengah dan buat pertama kali peperiksaan Cambridge Overseas School Certificate, pelopor kepada GCE Peringkat 'O', yang dijalankan di maktab ini pada tahun berkenaan untuk pelajar Tingkatan V.[1]

Penulis British Anthony Burgess telah diajar di maktab ini pada tahun 1959.

Pada masa itu, maktab ini dijadikan sebagai sekolah tumpangan bagi pelajar lepasan Tingkatan 3 dari Sekolah Tinggi Perempuan Raja Isteri bagi menduduki Tingkatan 4 dan Tingkatan 5.[2]

Akademik[sunting | sunting sumber]

Pada masa ini, pendidikan menengah di Maktab Sultan Omar ‘Ali Saifuddien sehingga lima tahun, bermula pada Tahun 7. Pada hujung Tahun 11, pelajar akan menduduki peperiksaan GCE Peringkat 'O' dan/atau IGCSE. Setelah itu, mereka boleh terus ke tingkatan enam bagi Peringkat A. Selain itu, mereka boleh memasuki pendidikan vokasional di sekolah IBTE atau jenis pendidikan pascamenengah yang lain di pelbagai sekolah bukan kerajaan.

Alumni[sunting | sunting sumber]

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ a b c d e f g h "History of Sultan Omar 'Ali Saifuddien (SOAS) College". Diarkibkan daripada yang asal pada 2017-06-20. Dicapai pada 2017-09-05. Cite has empty unknown parameter: |dead-url= (bantuan) Ralat petik: Tag <ref> tidak sah, nama ":" digunakan secara berulang dengan kandungan yang berbeza
  2. ^ Dayangku Herney Zuraidah binti Pengiran Haji Rosley. "Pemerintahan Sultan Omar 'Ali Saifuddien III" (PDF). Pusat Sejarah. Diarkibkan daripada yang asal (PDF) pada 2018-11-23. Dicapai pada 7 Januari 2019.