Maktak

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Hirisan maktak

Maktak (bahasa Inuit Inuktitut: ᒪᖅᑕᖅ maqtaq Siglitun: ᒪᒃᑖᖅ maktaaq, bahasa Inggeris: muktuk) ialah kepingan kulit dan lemak ikan paus yang dimakan dalam kalangan orang Inuit dan Chukchi yang mendiami kawasan Artik Hemisfera Utara. Spesies paus Greenland (Balaena mysticetus) merupakan jenis paus paling dikehendaki, namun paus beluga dan narwhal juga boleh diburu untuk tujuan ini.

Kulit berlemak ini sering dimakan secara mentah selepas diburu, namun ia boleh juga dimasak secara goreng[1] atau dijadikan jeruk.[2] Bahan buruan ini juga boleh diproses sepertimana yang dilakukan di Greenland.[3]

Khasiat[sunting | sunting sumber]

Kulit paus mengandungi kadar vitamin C setinggi 38 mg per 100 gram;[4][5] malah ia juga pernah disyorkan kepada para pengembara Artik British untuk merawat penyakit skurvi.[6] Lemak terkandung juga arat dengan vitamin D.[7]

Walau bagaimanapun, bahan logam beracun seperti raksa dan kadmium juga boleh terkumpul dalam organ dan lemak ikan-ikan paus ini.[8]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Stern, Pamela (2009). The A to Z of the Inuit. Lanham: Scarecrow Press. m/s. 101. ISBN 978-0-8108-6822-9.
  2. ^ "10 Weirdest Foods in the World". News.travel.aol.com. 9 September 2010. Dicapai pada 11 September 2013.[pautan mati kekal]
  3. ^ Heide-Jørgensen, Mads Peter (January 1994). "Distribution, exploitation and population status of white whales (Delphinapterus leucas) and narwhals (Monodon monoceros) in West Greenland". Meddelelser om Grønland, Bioscience. 39: 135–149.
  4. ^ Geraci, Joseph R. & Smith, Thomas G. (1979). "Vitamin C in the Diet of Inuit Hunters From Holman, Northwest Territories" (PDF). Arctic. 32 (2): 135–139. doi:10.14430/arctic2611. JSTOR 40508955.
  5. ^ Fediuk, K.; Hidiroglou, N.; Madère, R.; Kuhnlein, H. V. (2002). "Vitamin C in Inuit Traditional Food and Women's Diets". Journal of Food Composition and Analysis. 15 (3): 221. doi:10.1006/jfca.2002.1053.
  6. ^ McClintock, Francis Leopold (2012), "CHAPTER XVI", A Narrative of the Discovery of the Fate of Sir John Franklin and His Companions, Cambridge University Press, m/s. 301–322, doi:10.1017/cbo9781139236522.018, ISBN 978-1-139-23652-2
  7. ^ Kuhnlein, H. V.; Barthet, V.; Farren, A.; Falahi, E.; Leggee, D.; Receveur, O.; Berti, P. (2006). "Vitamins A, D, and E in Canadian Arctic traditional food and adult diets". Journal of Food Composition and Analysis. 19 (6–7): 495. doi:10.1016/j.jfca.2005.02.007.
  8. ^ Wagemann, R.; Snow, N.B.; Lutz, A.; Scott, D.P. (1983). "Heavy Metals in Tissues and Organs of the Narwhal (Monodon monoceras)". Canadian Journal of Fisheries and Aquatic Sciences. 40 (S2): s206–s214. doi:10.1139/f83-326.