Maktar Shapee

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Dato' Maktar Shapee adalah mantan Timbalan Speaker Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang dan mantan Ahli Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang Kawasan N20 Sungai Bakap yang terletak dalam kawasan parlimen Nibong Tebal dari Parti Keadilan Rakyat (PKR).

Dato'

Maktar bin Haji Shapee

Timbalan Yang di-Pertua Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang
Dalam jawatan
2008–2018
Yang di-Pertua Pulau PinangAbdul Rahman Abbas
Ketua MenteriLim Guan Eng
Digantikan olehLaw Choo Kiang
Anggota Dewan Undangan Pulau Pinang
untuk Sungai Bakap
Dalam jawatan
2008–2018
Didahului oleh Abdul Rashid Abdullah
Digantikan oleh Amar Pritpal Abdullah
Majoriti2,067 (2008)
1,805 (2013)
Butiran peribadi
Parti politik
PekerjaanAhli Politik

Biodata[sunting | sunting sumber]

Beliau dilahirkan pada 3hb Julai 1949 di Sungai Bakap, Pulau Pinang. Setelah tamat pengajian di Sekolah Pondok Pokok Sena Kepala Batas, beliau melanjutkan pelajaran di Darul Uloom Deoband, India dan seterusnya ke Universiti Al-Azhar, Mesir dalam bidang Pengajian Islam.

Pulang ke tanahair pada tahun 1972 dan berkhidmat kepada anak watan di dalam bidang perguruan di SM Tuanku Muhammad, Kuala Pilah Negeri Sembilan. Pada tahun 1978 beliau berpindah ke SM Perempuan St.George, Pulau Pinang. Setelah setahun berkhidmat beliau berpindah ke SM Tun Syed Sheh Barakbah, Sungai Bakap.

Pada tahun 1994 beliau dinaikkan pangkat dan berkhidmat di Jabatan Pendidikan Pulau Pinang sebagai Penyelia Pendidikan Islam dan pada tahun 1997 dianugerahkan pingat Ahli Mangku Negara (AMN) oleh Seri Paduka Baginda Yang di Pertuan Agong. [1]

Pada awal 1998 beliau dinaikan pangkat sebagai Penolong Pegawai Pendidikan Daerah, Seberang Perai Selatan.

ABIM (Angkatan Belia Islam Malasyia) dan PUMPP Persatuan Ulama' Malaysia Pulau Pinang

Beliau menganggotai ABIM (Angkatan Belia Islam Malaysia) sejak tahun 1978 ; pernah dilantik sebagai Pengerusi ABIM Daerah Seberang Perai Selatan & Timbalan YDP ABIM Pulau Pinang. Kemudian, beliau dipilih menganggotai Persatuan Ulama' Malaysia, Pulau Pinang (PUMPP) dan diamanahkan jawatan Setiausaha PUMPP.

Pada tahun 2012, beliau dilantik sebagai Timbalan Yang Dipertua Majlis Agama Islam Pulau Pinang. [2]

Pada tahun 2013, beliau dilantik sebagai Timbalan Speaker Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang.[3]

Pada tahun 2014, beliau dikurniakan Darjah Setia Pangkuan Negeri (DSPN) membawa gelaran Dato'.[4]

Politik[sunting | sunting sumber]

Beliau memilih untuk bersara pada akhir tahun 1999 setelah berlaku peristiwa pemecatan dan konspirasi fitnah terhadap Dato' Seri Anwar Ibrahim, lalu bertanding dalam PRU-10, PRU-11 dan menang bergaya pada PRU-12. Kemudian beliau sekali lagi dipilih dan diberi mandat pada PRU-13 ini.

Di pilih sebagai Ketua Cabang Nibong Tebal bermula tahun 2007 sehingga tahun 2014.

Dalam Pilihan Raya Umum Malaysia 2008 (PRU-12) beliau mengalahkan calon dari Barisan Nasional, Abd Rashid Abdullah yang juga Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang ketika itu dengan majoriti sebanyak 2,067 undi. Beliau memperolehi 6,976 undi berbanding lawannya memperolehi hanya 4,909 undi.

Dalam Pilihan Raya Umum Malaysia 2013 (PRU- 13) pula beliau juga telah mengalahkan calon dari Barisan Nasional, Mohd Foad Mat Isa dengan majoriti sebanyak 1,805 undi. Beliau memperolehi 9,258 undi berbanding lawannya memperolehi hanya 7,453 undi.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2018/04/416531/timbalan-ketua-menteri-exco-antara-digugurkan-pkr
  1. ^ "salinan arkib" (PDF). Diarkibkan daripada yang asal (PDF) pada 2019-07-11. Dicapai pada 2018-09-14.
  2. ^ https://www.buletinmutiara.com/salleh-man-dilantik-ydp-mainpp/
  3. ^ https://www.buletinmutiara.com/download/2013/BuletinMutiaraJuly12013-BM.pdf
  4. ^ https://www.buletinmutiara.com/ksn-terima-darjah-tertinggi-d-u-p-n/