Malév Hungarian Airlines

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
MALÉV Hungarian Airlines
Magyar Légiközlekedési Vállalat
Fail:Malev Logo.svg
IATA ICAO Pengenal
MA MAH MALEV
Ditubuhkan29 Mac 1946 (sebagai Syarikat saham bersama Pengangkutan Udara Awam Hungary-Soviet)
Bermula operasi25 November 1954
Operasi ditamatkan3 Februari 2012 (2012-02-03)
HabLapangan Terbang Antarabangsa Ferenc Liszt Budapest
Program kesetiaanDuna Club
PerikatanOneworld (2007–2012)
SubsidiariMALÉV Express (2002-2005)
Syarikat indukMNV
Ibu pejabatBudapest, Hungary
Orang pentingLóránt Limburger (CEO)
Laman webmalev.com

MALÉV Ltd.[1] (Hungary: Malév Zrt.), yang berniaga sebagai MALÉV Hungarian Airlines (Hungary: Magyar Légiközlekedési Vállalat, singkatan MALÉV, [ˈmɒleːv]), merupakan syarikat penerbangan kebangsaan Hungary dari tahun 1946 hingga 2012. Ibu pejabatnya terletak di Budapest, manakala hab utamanya terletak di Lapangan Terbang Antarabangsa Ferenc Liszt Budapest. Syarikat penerbangan tersebut terbang ke lebih 50 bandar di 34 negara dengan 22 pesawat. Malév menyertai perikatan Oneworld pada 29 Mac 2007.[2] Pada 3 Februari 2012, Malév menamatkan operasinya[3] dan pada 14 Februari 2012 diisytiharkan muflis oleh Mahkamah Metropolitan Budapest.

  1. ^ Sebelumnya Malév Rt. [1]. The 1995 annual report refers to it as "Malév Plc."
  2. ^ "Directory: World Airlines". Flight International. 10 April 2007. m/s. 46–47.
  3. ^ "Malev stops flying Survival of the fittest". The Economist. 3 Februari 2012. Dicapai pada 6 Februari 2012.