Pergi ke kandungan

Malacochersus tornieri

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Malacochersus tornieri
Pengelasan saintifik
Alam:
Filum:
Subfilum:
Kelas:
Order:
Suborder:
Keluarga:
Genus:
Malacochersus

Lindholm, 1929
Spesies:
M. tornieri
Nama binomial
Malacochersus tornieri
(Siebenrock, 1903)
Sinonim[2]
  • Testudo tornieri
    Siebenrock, 1903
  • Testudo loveridgii
    Boulenger, 1920
  • Malacochersus tornieri
    Mertens, L. Müller & Rust, 1934
  • Malacochersus loveridgei [sic]
    Pritchard, 1967
    (ex errore)
  • Malacochersus torneiri [sic]
    Paull, 1997
    (ex errore)

Malacochersus tornieri ialah spesies kura-kura dengan tempurung leper dari keluarga Testudinidae. Spesies ini berasal dari Tanzania dan Kenya.

Etimologi

[sunting | sunting sumber]

Nama tornieri, adalah sebagai penghargaan kepada pakar semulajadi German, Gustav Tornier.[3]

Taksonomi

[sunting | sunting sumber]

Malacochersus tornieri ialah spesies monotip dari genus Malacochersus.[2]

Ciri-ciri

[sunting | sunting sumber]

Kura-kura ini mempunyai tempurung (karapas) yang leper, rata, fleksibel, yang bersaiz sekitar 17.8 sentimeter (7.0 in) panjang.[4][5] Cangkerang kura-kura ini mempunyai banyak bukaan, menjadikan ia lebih ringan dan rapuh berbanding kura-kura lain.[6] Karapas berwarna coklat, biasanya pelbagai corak dengan garisan-garisan gelap pada setiap skutnya, yang membantu ia menyamarkan diri daripada pemangsa.[4][6][7] Manakala plastronnya pula berwarna kuning pucat dengan warna coklat tebal dan corak kekuningan,[7] Kepala, kaki dan ekornya berwarna coklat kekuningan.[4] Bentuknya yang leper, seperti lempeng menjadikan kura-kura ini sentiasa diburu oleh penggemar dan pengumpul haiwan eksotik, yang seterusnya menggugat populasi haiwan ini.[8]

Haiwan ini berasal dari selatan Kenya dan utara Tanzania,[7] serta diperkenalkan di Zimbabwe menyebabkan populasinya wujud sekitar situ.[1] Terdapat laporan ia dijumpai di Zambia.[9] Ia juga dijumpai di kawasan pergunungan berbatuan (kopjes), padang rumput savanna, dari ketinggian 100 hingga 6,000 kaki (30 ke 1800 meter) dari paras laut.[5][7][10]

Pemuliharaan

[sunting | sunting sumber]

Ancaman utama adalah pemburuan haram dan pemusnahan habitat.[10] dan haiwan ini dikelaskan sebagai terjejas oleh IUCN Red List

Templat:ARKive attribute

  1. ^ a b Tortoise & Freshwater Turtle Specialist Group (1996). "Malacochersus tornieri". The IUCN Red List of Threatened Species. IUCN. 1996: e.T12696A3373951. doi:10.2305/IUCN.UK.1996.RLTS.T12696A3373951.en. Dicapai pada 24 December 2017.
  2. ^ a b Fritz, Uwe; Havaš, Peter (2007). "Checklist of Chelonians of the World" (PDF). Vertebrate Zoology. 57 (2): 287. ISSN 1864-5755. Diarkibkan daripada yang asal (PDF) pada 2010-12-17. Dicapai pada 29 May 2012. Unknown parameter |deadurl= ignored (bantuan)
  3. ^ Beolens, Bo; Watkins, Michael; Grayson, Michael (2011). The Eponym Dictionary of Reptiles. Baltimore: Johns Hopkins University Press. xiii + 296 pp. ISBN 978-1-4214-0135-5. (Malacochersus tornieri, p. 266).
  4. ^ a b c Turtles of the World Diarkibkan 2007-06-21 di archive.today (CD-ROM), by Ernst, C.H., Altenburg, R.G.M. and Barbour, R.W. (February 2007).
  5. ^ a b Connor MJ (1992). "Pancake Tortoise, Malacochersus tornieri ". Tortuga Gazette 28 (11): 1-3.
  6. ^ a b Jacksonville Zoo and Gardens Diarkibkan 2006-02-25 di Wayback Machine (February 2007).
  7. ^ a b c d Ralat petik: Tag <ref> tidak sah; tiada teks disediakan bagi rujukan yang bernama who
  8. ^ Kirkpatrick DT (2007). An Overview of the Natural History of the Pancake Tortoise, Malacochersus tornieri ". Diarkibkan 2011-07-07 di Wayback Machine
  9. ^ Chansa and Wagner (2006).
  10. ^ a b CITES: Consideration of Proposals for Amendment of Appendices I and II Diarkibkan 2016-03-06 di Wayback Machine (PDF), Prop. 11.39 (February 2007).

Pautan luar

[sunting | sunting sumber]

Bacaan lanjut

[sunting | sunting sumber]
  • Siebenrock F (1903). "Über zwei seltene und eine neue Schildkröte des Berliner Museums ". Sitzungsberichte der Kaiserlichen Akademie der Wissenschaften, Mathematisch-Naturwissenschaften Klasse 112: 439-445 + one unnumbered plate. (Testudo tornieri, new species, pp. 443–445 + unnumbered plate, figures 1-3). (in German).