Malakat Mall
![]() | |
Jenis/bentuk sah | Pusat beli-belah, pasar, syarikat ![]() |
---|---|
Industri | Pasar raya |
Ditubuhkan | 14 Januari 2020 |
Ibu pejabat | 65, Lingkaran Cyber Point Timur, Cyberjaya, 63000 Cyberjaya, Selangor. |
Keluaran | Muslim |
Pemilik | Malakat Mall |
Syarikat induk | Kumpulan Brainy Bunch |
Anak syarikat | Malakat Grocer 812 |
Tapak web | https://malakatmall.com/ |
sunting · sunting di Wikidata![]() |
Malakat Mall ialah sebuah pusat beli-belah yang terletak di Cyberjaya, Selangor, Malaysia. Ia merupakan sebuah pusat beli belah yang mengumpulkan usahawan Melayu-Muslim untuk berniaga di bawah satu bumbung dengan penawaran butik, kedai makan dan tapak jualan[1]. Sekaligus memberi peluang kepada pengguna Muslim untuk menyatukan kuasa pembelian mereka secara berpusat.[2]
Latar belakang[sunting | sunting sumber]
Malakat Mall telah dilancarkan pada 14 Januari 2020[3] dan memulakan operasi pada 13 Mac 2020[4], lima hari sebelum Malaysia berada dalam perintah kawalan pergerakan akibat pandemik COVID-19. Ia telah dirasmikan pada 6 September 2020 oleh Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi Malaysia, Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar[5]. Penubuhan pusat beli belah ini dimulakan oleh Mohd Fadzil Hashim (dikenali dengan Coach Fadzil).
Pembukaan Malakat Mall ini berinspirasikan daripada tindakan Nabi Muhammad SAW setelah berhijrah dari Mekah lalu membuka pasar Madinah. Nama ‘malakat’ yang bermaksud pertemuan pedagang, digunakan bersempena gelaran 'malakat' kepada negeri Melaka oleh pedagang Arab ketika sebelum dijajah.
Kemudahan[sunting | sunting sumber]
Terdapat pelbagai kemudahan atau fasiliti yang telah disediakan di Malakat Mall untuk kegunaan orang ramai.[6][7] Pengurusan Malakat Mall sentiasa peka dengan kehendak para pengunjung yang ingin menikmati suasana membeli-belah yang selasa dan selamat. Surau terbuka disediakan di ruang legar pusat beli belah ini[8], di samping mempunyai surau tertutup yang sedia ada.
Rangkaian[sunting | sunting sumber]
Pasar Raya[sunting | sunting sumber]
- Malakat Mall Cyberjaya - 65, Lingkaran Cyber Point Timur, Cyberjaya, 63000 Cyberjaya, Selangor
- Malakat Mall Masjid Tanah - Jalan Bandar Baru Utama, Taman Bandar Baru, 78300 Masjid Tanah, Melaka
Kedai Runcit[sunting | sunting sumber]
- Malakat Grocer 812 Putra Perdana - G-76 , Jalan Lingkungan, Jalan Putra Perdana, Taman Putra Perdana, 47130 Puchong, Selangor.
- Malakat Grocer 812 Kota Warisan - Jalan Warisan Megah 1/4, Kota Warisan, 43900 Sepang, Selangor.
- Malakat Grocer 812 Alam Damai - 100, Jln Damai Raya 2, Alam Damai, 56000 Cheras, Kuala Lumpur
Senarai kedai[sunting | sunting sumber]
Ini Ialah Senarai Kedai Yang Berada Di Dalam Malakat Mall
Malakat Mall Cyberjaya[sunting | sunting sumber]
- Malakat Grocer 812 (Berada Di Dalam Malakat Mall Dan Luar Malakat Mall)
- Malakat Pharmacy
- Malakat Mobile Gadget
- Bunch Oh
- Tea Amo
- Casa De Madani
- It’s Thai
- SushiNan
- Teh Tarik Corner
- Burger Boy
- Kool Kitchen
- Eebu (Pakaian Bayi)
- Himawari
- Anak Jantan KL
- Malakat Extreme Park
- Red Hots
- Ayam Kampung Lejen
- JoJo Shoes
- Tahan Sports
- D.I.Y Malaya
- Conteng Stationery
- Fateh
- Petak
- Rahsia (Kedai Pakaian)
- Rempah Malaya
- 2358 Fashion
- Iqra Read Bookstore
- TGM Tegomen Homme
- Sweet Talk Patisserie (Kedai Kafe Dan Katering)
- 3 Wayar
Beli Dalam Talian[sunting | sunting sumber]
- Malakat Cloud Kitchen Delivery (Kesemua Produk Yang Terpilih) hanya di cyberjaya
Rujukan[sunting | sunting sumber]
- ^ Hairi Ariff (10 Ogos 2022). "Dilabel Pasar Raya Muslim Pertama Cyberjaya, Lelaki Ini Dedahkan Malakat Mall Sunyi Sepi Tanpa Pengunjung". Vocket. Dicapai pada 29 Ogos 2022.
- ^ "Lahirnya pasar raya masyarakat Melayu".
- ^ "MALAKAT MALL CETUS KEBANGKITAN EKONOMI ISLAM". PPIM. 15 Januari 2020. Dicapai pada 29 Ogos 2022.
- ^ "Malakat Mall Kembali Dapat Sambutan Pengunjung". Samudera. 19 Ogos 2022. Dicapai pada 29 Ogos 2022.
- ^ NORDEN MOHAMED (9 September 2020). "Lahirnya pasar besar orang Melayu". Sinar Harian. Dicapai pada 29 Ogos 2022.
- ^ Bernama (2 Mei 2020) Malakat Mall eyes RM300 mil revenue
- ^ Malaysiagazette (15 Mac 2020) Aura BMF jadi tarikan Malakat Mall
- ^ Abd. Halim Hadi (18 Ogos 2022). "Kenapa kami solat di lobi mall – Pengasas Malakat". Malakat Tribun News. Dicapai pada 29 Ogos 2022.