Malakoff Corporation Berhad

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Malakoff Corporation Berhad
Jenis/bentuk sahSyarikat penyenaraian awam
Didagangkan sebagaiMYX: 5264
ISINMYL5264OO006
IndustriKuasa
PendahuluMalakoff Rubber Estates Sunting ini di Wikidata
Ditubuhkan09 Oktober 1975 (1975-10-09)
Ibu pejabatKuala Lumpur, Malaysia
Kawasan perkhidmatanMalaysia, Arab Saudi, Australia, Bahrain dan Algeria
Tokoh pentingDato' Ahmad Fuaad Mohd Kenali (CEO)
KeluaranElektrik
Air
Hasil RM$7.13 bilion (FY 2017)
Pendapatan kendalian RM$600.63 juta (FY 2012)
Pendapatan bersih RM$548.17 juta (FY 2012)
Jumlah aset RM$11.79 bilion (FY 2012)
Jumlah ekuiti RM$4.31 bilion (FY 2012)
PemilikMMC Corporation Berhad
Anak syarikatMalakoff Power Berhad, Teknik Janakuasa Sdn Bhd, Berhad, Malakoff Utilities Sdn Bhd, Malakoff Engineering
Tapak webwww.malakoff.com.my
Catatan kaki/rujukan
[1]
sunting · sunting di Wikidata
Lihat pendokumenan templat ini
Lihat pendokumenan templat ini

Malakoff Corporation Berhad atau dipendekkan sebagai Malakoff (MYX: 5264) ialah pengeluar air dan kuasa bebas ("IWPP") dengan tumpuan utama dalam penjanaan kuasa, penyahgaraman air dan operasi & perkhidmatan penyelenggaraan. Di Malaysia, Malakoff ialah pengeluar kuasa bebas terbesar (Independent Power Plant) dengan kapasiti penjanaan bersih 6,346 MW daripada tujuh loji janakuasa.

Aset antarabangsa termasuk kuasa dan usaha air di Arab Saudi, Algeria, Bahrain, Oman dan Australia, dengan kapasiti berkesan 690 MW kuasa dan penyahgaraman air 420,925 m 3 hari. Malakoff juga sedang giat berusaha untuk meneroka lagi kawasan rantau Asia Timur dan Afrika Utara yang semakin berkembang serta pasaran Asia Tenggara.

Melalui anak syarikat milik penuhnya, Teknik Janakuasa Sdn Bhd, Malakoff mempunyai perkhidmatan operasi & penyenggaraan tempatan dan di Arab Saudi, Algeria, Kuwait, Oman dan Indonesia.

Malakoff percaya dalam bekerjasama dengan semua pemegang kepentingan dalam perkongsian yang produktif. Oleh itu, Kumpulan bangga menjadi pengendali yang bertanggungjawab dan warganegara korporat yang baik di semua komuniti di mana ia beroperasi.

Malakoff ialah ahli Kumpulan MMC.

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "Malakoff Annual Report 2017" (PDF). Malakoff Corporation Berhad. Diarkibkan daripada yang asal (PDF) pada 2018-04-30. Dicapai pada 2019-01-19.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]