Malas Andes (burung)

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Malas Andes
Pengelasan saintifik e
Domain: Eukaryota
Alam: Animalia
Filum: Chordata
Kelas: Aves
Order: Nyctibiiformes
Keluarga: Nyctibiidae
Genus: Nyctibius
Spesies:
N. maculosus
Nama binomial
Nyctibius maculosus
Ridgway, 1912

Malas Andes (Nyctibius maculosus) ialah spesies burung dalam keluarga Nyctibiidae. Ia ditemui di Bolivia, Colombia, Ecuador, Peru, dan Venezuela.[2][3]

Taksonomi dan sistematik[sunting | sunting sumber]

Pada suatu ketika, malas Andes dianggap sebagai subspesies malas sayap putih (Nyctibius leucopterus), tetapi saiz, buluan, suara, dan taburan ketinggian penempatan membezakannya. Kedua-dua spesies tersebut, malas utara (N. jamaicensis), dan malas biasa (N. griseus) lebih berkait rapat antara satu sama lain berbanding malas yang lain. Malas Andes adalah ekajenis.[4][5][2]

Pemerihalan[sunting | sunting sumber]

Malas Andes berpanjang 34 hingga 40.5 cm (13 hingga 16 in). Seekor jantan mempunyai berat 195 g (6.9 oz) dan dua ekor betina mempunyai berat 145 dan 185 g (5.1 dan 6.5 oz). Bahagian atas jantan berwarna perang dengan jalur, bintik, dan tompok putih, kuning pucat, kuning keperangan, dan hitam. Bulu susup sayap pertengahannya berwarna putih dan kelihatan sebagai jalur lebar pada sayap tertutup. Dagu dan lehernya berwarna putih atau putih kelabu dengan keperangan di bahagian bawah leher. Dadanya berwarna perang dengan jalur kuning pucat atau kuning keperangan yang memisahkannya dari perut atas dan lambung. Dadanya mempunyai bintik perang kehitaman dan perut serta lambungnya mempunyai sorot perang dan vermikulasi. Perut bawahnya berwarna kuning pucat, perang, atau keputihan dan mempunyai jalur dan tompok perang kehitaman. Betina berwarna lebih terang secara keseluruhan, dengan lebih banyak warna latar belakang yang kuning pucat atau kuning keperangan, dan bulu susup sayapnya berwarna kuning pucat, bukan putih.[5]

Taburan dan habitat[sunting | sunting sumber]

Malas Andes dikenali melalui beberapa tapak di sepanjang rantaian Andes dari Venezuela barat melalui Colombia, Ekuador, dan Peru ke Bolivia barat. "Taburan becapuk-capuk tersebut mungkin mencerminkan taburan yang benar-benar tempatan, atau mungkin menggambarkan kesukaran untuk mengesan burung nokturnal yang berwarna samar di tapak yang kurang penduduk pakar ornitologi." Dari segi ketinggian penempatan, ia kebanyakannya berjulat antara kira-kira 1,800 dan 2,800 m (5,900 dan 9,200 ka); ketinggian terendah yang dirakamkan ialah 1,400 m (4,600 ka) dan tertinggi ialah 3,200 m (10,500 ka). Ia mendiami kanopi bahagian dalam dan sisi hutan pergunungan yang lembap.[5]

Tingkah laku[sunting | sunting sumber]

Pemakanan[sunting | sunting sumber]

Malas Andes adalah nokturnal. Ia menangkap mangsa serangganya dengan bersembunyi dari tenggeran yang terdedah, tetapi butiran pemakanannya masih tidak diketahui.[5]

Penenggeran[sunting | sunting sumber]

Malas Andes bertengger pada siang hari di atas dahan besar, termasuk yang menonjol di atas kanopi.[5]

Pembiakan[sunting | sunting sumber]

Fenologi pembiakan malas Andes tidak diketahui. Ia diandaikan menghasilkan sebiji telur pada dahan di kanopi dengan cara yang serupa dengan malas lain.[5]

Vokalisasi[sunting | sunting sumber]

Seruan malas Andes ialah "jeritan ratapan yang hampir beratur, kwaaaanh, dihasilkan pada selangan 3-5 saat". Ia juga menghasilkan "wok wok wok yang perlahan dan berongga" dan "seruan bu bu bu yang lebih senyap."[5]

Status[sunting | sunting sumber]

IUCN telah menilai malas Andes sebagai Kurang Membimbangkan, walaupun populasinya tidak diketahui dan dipercayai semakin berkurangan.[1] Ia dianggap jarang ditemui hingga sangat jarang ditemui, walaupun mungkin terlepas dari pandangan. Penebangan hutan merupakan bakal ancamannya, tetapi "ia boleh bertahan dengan hutan yang telah dibalak secara terpilih."[5]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ a b BirdLife International (2016). "Andean Potoo Nyctibius maculosus". Senarai Merah Spesies Terancam IUCN. 2016. Dicapai pada 19 October 2021. Ralat petik: Tag <ref> tidak sah, nama "IUCN" digunakan secara berulang dengan kandungan yang berbeza
  2. ^ a b Gill, F.; Donsker, D.; Rasmussen, P. (July 2021). "IOC World Bird List (v 11.2)". Dicapai pada July 14, 2021.
  3. ^ Remsen, J. V., Jr., J. I. Areta, E. Bonaccorso, S. Claramunt, A. Jaramillo, D. F. Lane, J. F. Pacheco, M. B. Robbins, F. G. Stiles, and K. J. Zimmer.
  4. ^ Remsen, J. V., Jr., J. I. Areta, E. Bonaccorso, S. Claramunt, A. Jaramillo, D. F. Lane, J. F. Pacheco, M. B. Robbins, F. G. Stiles, and K. J. Zimmer.
  5. ^ a b c d e f g h Schulenberg, T. S. and G. M. Kirwan (2020).