Malaysia Baharu

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Pergi ke navigasi Pergi ke carian

Malaysia Baharu ialah slogan yang diperkenalkan sejurus Parti Pakatan Harapan menguasai majoriti ahli Dewan Rakyat semasa Pilihan raya umum Malaysia 2018 pada 9 Mei 2018. Slogan Malaysia Baharu merupakan slogan yang membawa maksud kerajaan baharu yang berjaya mengalahkan kerajaan Barisan Nasional yang telah menguasai kerajaan persekutuan Malaysia sejak kemerdekaan iaitu pada 31 Ogos 1957.

Kerajaan Pakatan Harapan yang dipimpin oleh Perdana Menteri ketika itu, Tun Dr. Mahathir bin Mohamad berjaya menguasai majoriti Dewan Rakyat dan menguasai majoriti Dewan Undangan Negeri Kedah, Melaka, Perak, Johor, Negeri Sembilan dan Sabah, selain mengekalkan majoriti di Dewan Undangan Negeri Selangor dan Pulau Pinang. Pakatan Harapan secara rasmi diberi mandat selama 22 bulan sahaja sebelum digulingkan dalam satu krisis politik oleh parti komponen PH, beberapa individu ahli parlimen yang melompat parti dan bersekutu dengan parti-parti politik dari blok pembangkang selepas Tun Dr. Mahathir meletakan jawatan sebagai Perdana Menteri pada 24 Februari 2020. Walaupun beliau dilantik semula sebagai Perdana Menteri interim untuk satu tempoh yang singkat, Pakatan Harapan gagal menguasai majoriti dewan rakyat yang menyebabkan gabungan Perikatan Nasional berjaya menubuhkan kerajaan yang baharu selepas memperoleh 115 kerusi dari 222 kerusi di dalam dewan rakyat.

Kini, Pakatan Harapan menjadi blok pembangkang di Malaysia dengan memiliki 106 kerusi parlimen (47.75%) dan menguasai majoriti Dewan Undangan Negeri Kedah, Negeri Sembilan, Sabah, Selangor dan Pulau Pinang dengan memiliki 202 kerusi (40%).

Setahun Malaysia Baharu[sunting | sunting sumber]

Pada 9 Mei 2019, Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr. Mahathir bin Mohamad telah membuat perutusan Perdana sempena genap setahun pemerintahan Pakatan Harapan semenjak 9 Mei 2018. Perutusan ini telah dikaitkan dengan slogan "Malaysia Baharu", iaitu Perutusan Perdana Setahun Malaysia Baharu, sekali gus menandakan slogan ini masih digunakan walaupun telah setahun Pakatan Harapan mengambil alih tampuk pemerintahan.

Perutusan ini telah dihadiri oleh ahli-ahli Kabinet serta ahli politik Pakatan Harapan.

Keputusan umum Pilihan raya umum Malaysia 2018[sunting | sunting sumber]

Malaysia election results map by percentage, 2018.svg

Parlimen[sunting | sunting sumber]

124 79 18 1
PH BN GS Bebas
s • b Ringkasan Keputusan pilihan raya Dewan Rakyat 9 Mei 2018
Parti Undi Kerusi
Undi % Menang % +/–
Pakatan Harapan Logo.svg Pakatan Harapan[a] PH 5,518,638[1] 45.68 113 50.90 45
Lambang keadilan.png Parti Keadilan Rakyat PKR 2,046,394 16.94 47 21.17 17
DAP-100px.jpg Parti Tindakan Demokratik[b] DAP 2,098,068 18.92 42 18.92 4
Bendera BERSATU.svg Parti Pribumi Bersatu Malaysia BERSATU 718,648 5.95 13 5.86 13
Lambang amanah.png Parti Amanah Negara [c] AMANAH 655,528 5.43 11 4.95 11
Sabah Heritage Party Logo.png Parti Warisan Sabah (parti bersekutu) WARISAN 280,520 2.32 8 3.61 8
Barisan Nasional.png Barisan Nasional[d] BN 4,080,797 33.77 79 35.59 54
UMNO (Malaysia).svg Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu UMNO 2,525,713 20.90 54 24.32 34
Parti Pesaka Bumiputera Bersatu Sarawak PBB 220,479 1.83 13 5.86 1
Parti Rakyat Sarawak PRS 59,218 0.49 3 1.35 3
Malaysian Indian Congress Logo.svg Kongres India Malaysia MIC 167,061 1.38 2 1.35 2
Parti Demokratik Progresif PDP 59,853 0.50 2 0.90 2
Flag of the Malaysian Chinese Association.svg Persatuan Cina Malaysia MCA 653,346 5.41 1 0.45 6
Sarawak United People's Party logo.svg Parti Rakyat Bersatu Sarawak SUPP 122,540 1.01 1 0.45
Parti Bersatu Sabah PBS 58,351 0.48 1 0.45 3
United Pasokmomogun Kadazandusun Murut Organisation Logo.svg Pertubuhan Pasokmomogun Kadazandusun Murut Bersatu UPKO 57,062 0.47 1 0.45 2
Parti Bersatu Rakyat Sabah PBRS 11,783 0.10 1 0.45
Gerakan.gif Parti Gerakan Rakyat Malaysia GERAKAN 128,973 1.07 0 0 1
Parti Liberal Demokratik Sabah LDP 8,996 0.07 0 0
Ppplogo.gif Parti Progresif Penduduk myPPP 7,422 0.06 0 0
Gagasan Sejahtera GS 2,041,186 16.90 18 8.11 3
PAS logo.svg Parti Islam Se-Malaysia PAS 2,032,080 16.82 18 8.11 3
Ikatan.jpg Parti Ikatan Bangsa Malaysia [e] IKATAN 9,025 0.08 0 0
BERJASA logo.svg Barisan Jemaah Islamiah Se-Malaysia BERJASA 81 0.00 0 0
Parti-cinta-malaysia.jpg Parti Cinta Malaysia PCM 502 0.00 0 0
Gabungan Bersatu Sabah GBS 67,175 0.56 1 0.45 1
SabahSTAR.jpg Parti Solidariti Tanah Airku STAR (Sabah) 21,361 0.18 1 0.45 1
Parti Harapan Rakyat Sabah PHRS 37,708 0.31 0 0
Sapplogo.gif Parti Maju Sabah SAPP 6,090 0.05 0 0
Parti Perpaduan Rakyat Sabah PPRS 2,016 0.02 0 0
Parti Cinta Sabah PCS 8,603 0.07 0 0
Parti Sosialis Msia.JPG Parti Sosialis Malaysia PSM 3,782 0.03 0 0 1
PRM.gif Parti Rakyat Malaysia PRM 2,372 0.02 0 0
Parti Bersama Malaysia MUP 2,102 0.02 0 0
Parti Reformasi Negeri STAR (Sarawak) 1,299 0.01 0 0
Parti Kerjasama Anak Negeri ANAK NEGERI 1,173 0.01 0 0
Parti Rakyat Gabungan Jaksa Pendamai PEACE 1,005 0.01 0 0
Parti Barisan Pulau Pinang PFP 892 0.00 0 0
Parti Bansa Dayak Sarawak Baru PBDSB 538 0.00 0 0
Parti Bumi Kenyalang PBK 392 0.00 0 0
Logo PAP Malaysia.png Parti Alternatif Rakyat PAP 302 0.00 0 0
Bebas IND 71,153 0.59 3 1.35 3
Undi sah 12,082,431[1]
Undi rosak / kertas undi tidak dipulangkan 217,083[1]
Jumlah undi (turnout: 82.32%) 12,299,514 100.00 222 100.00 -
Tidak keluar mengundi 2,641,110
Pengundi berdaftar[f] 14,940,624
Keluar mengundi [f] 14,636,716
Undi awal [f] 300,255
Undi pos [f] 3,653
Had umur pengundi [g] (berumur 21 tahun dan ke atas) 18,359,670
Populasi Malaysia [h] 32,258,900

Source: Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR)[2]

  1. ^ Gunakan logo PKR diatas kertas undi
  2. ^ Gunakan logo DAP diatas kertas undi (kawasan Timur Malaysia sahaja)
  3. ^ Gunakan logo AMANAH diatas kertas undi (kawasan Timur Malaysia sahaja) Parlimen Batu Sapi, Sabah.
  4. ^ Gunakan logo BN diatas kertas undi
  5. ^ Gunakan logo PAS diatas kertas undi
  6. ^ a b c d Abdullah, Mohd. Hashim (10 April 2018). Urusan Pilihan Raya Umum ke-14 (in Malay). SPR Media Statement. Retrieved on 8 May 2018.
  7. ^ The estimates are correct as at February 2018. See Zulkipli, Nur Lela (12 February 2018). 3.6 juta orang muda belum daftar pengundi (in Malay). Berita Harian. Retrieved on 9 May 2018.
  8. ^ Malaysia (6 February 2018). Perangkaan Demografi Suku Tahun Keempat (ST4) 2017, Malaysia (in Malay). Department of Statistics Malaysia Media Statement. Retrieved on 9 May 2018.


Kerusi

  Pakatan Harapan (54.50%)
  Barisan Nasional (35.59%)
  Gagasan Sejahtera (8.11%)
  Lain-lain (1.80%)
Gabung undi
Pakatan Harapan
  
48.0%
Barisan Nasional
  
34.0%
Gagasan Sejahtera
  
17.0%
Bebas
  
1.0%
Kerusi parlimen
Pakatan Harapan
  
54.5%
Barisan Nasional
  
35.6%
Gagasan Sejahtera
  
8.1%
Bebas
  
1.8%

Dewan Undangan Negeri[sunting | sunting sumber]

Ringkasan Dewan Undangan Negeri Pilihan raya umum Malaysia 2018 [3]
** Pecahan jumlah undi popular di setiap negeri dibundarkan kepada peratus yang terdekat
* Pecahan jumlah tempat duduk di setiap negeri dibundarkan kepada peratus yang terdekat
± Perubahan bilangan kerusi sebelum pilihan raya
Negeri /
wilayah persekutuan
Pakatan Harapan Barisan Nasional Gagasan Sejahtera Bebas dan lain-lain
Undian % Kerusi * ± Undian % Kerusi % ± Undian % Kerusi % ± Undian % Kerusi * ±
Johor 0 0 36 64.3 0 0 19 33.9 0 0 1 1.8 0 0 0 0
Kedah 0 0 18 50 0 0 3 8.3 0 0 15 41.7 0 0 0 0
Kelantan 0 0 0 0 0 0 8 17.8 0 0 37 82.2 0 0 0 0
Melaka 0 0 15 53.6 0 0 13 46.4 0 0 0 0 0 0 0 0
Negeri Sembilan 0 0 20 55.6 0 0 16 44.4 0 0 0 0 0 0 0 0
Pahang 0 0 9 21.4 0 0 25 59.5 0 0 8 19.0 0 0 0 0
Pulau Pinang 0 0 37 92.5 0 0 2 5.0 0 0 1 2.5 0 0 0 0
Perak 0 0 30 50.85 0 0 29 49.15 0 0 0 0.00 0 0 0 0
Perlis 0 0 3 20 0 0 10 66.7 0 0 2 13.3 0 0 0 0
Sabah 0 0 31 51.67 0 0 29 48.33 0 0 0 0.00 0 0 0 0.00
Selangor 0 0 51 91.1 0 0 4 7.1 0 0 1 1.8 0 0 0 0
Terengganu 0 0 10 31.3 0 0 0 0 0 0 22 67.8 0 0 0 0
Jumlah 0 0 247 48.9 0 0 168 32.9 0 0 90 17.8 0 0 0 0.00

Era kejatuhan[sunting | sunting sumber]

Pada 24 Februari 2020, kerajaan Pakatan Harapan tumbang ekoran Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad mengumumkan meletakkan jawatan berkuat-kuasa serta merta. Tun Mahathir juga meletakkan jawatan sebagai Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia, ini menyebabkan Presiden parti, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengambil keputusan membawa keluar parti PPBM (kecuali 5 ahli parlimen blok Tun Mahathir) dari Pakatan Harapan. Tindakan ini juga diambil oleh 11 orang ahli parlimen dari Parti Keadilan Rakyat pimpinan Timbalan presiden parti, Datuk Seri Azmin Ali mengisytiharkan keluar parti berkuat-kuasa 25 Februari 2020 dan menjadi blok pemimpin bebas selepas dipecat pada 24 Februari 2020. Kesannya, Pakatan Harapan hilang majoriti di dalam dewan rakyat, PH memiliki 107 kerusi.[4]

Komposisi pada 25 Februari 2020[sunting | sunting sumber]

Berikut adalah komposisi setakat 25 Februari 2020:

  • Pakatan Harapan : 107 kerusi
    • Parti Warisan Sabah : 9 kerusi
    • Parti UPKO Sabah : 1 kerusi
    • Ahli parlimen PPBM blok Tun Mahathir : 5 kerusi
  • Barisan Nasional : 42 kerusi
  • Gagasan Sejahtera : 18 kerusi
  • Gabungan Parti Sarawak : 18 kerusi
  • Gabungan Bersatu Sabah : 3 kerusi
  • Parti Sarawak Bersatu : 1 kerusi
  • Ahli parlimen bebas : 1 kerusi
  • Ahli parlimen PPBM : 21 kerusi
  • Ahli parlimen bebas blok Azmin Ali : 11 kerusi

Perletakan jawatan Tun Mahathir diperkenan oleh YDP Agong dan melantik beliau semula sebagai Perdana Menteri interim sehingga Perdana Menteri yang baharu dilantik.

Komposisi terkini[sunting | sunting sumber]

Berikut adalah komposisi setakat 01 Jun 2020:

  • Perikatan Nasional : 112 kerusi
    • Barisan Nasional : 42 kerusi
      • Parti UMNO : 39 kerusi
      • Parti MCA : 2 kerusi
      • Parti MIC : 1 kerusi
    • Parti BERSATU : 31 kerusi
    • Parti Islam Se-Malaysia : 18 kerusi
    • Gabungan Parti Sarawak : 18 kerusi
    • Gabungan Bersatu Sabah : 3 kerusi
  • Pakatan Harapan : 108 kerusi
    • Parti Tindakan Demokratik : 42 kerusi
    • Parti Keadilan Rakyat : 39 kerusi
    • Parti Amanah Negara : 11 kerusi
    • Parti Warisan Sabah : 9 kerusi
    • Parti UPKO Sabah : 1 kerusi
    • Parti Sarawak Bersatu : 2 kerusi
    • Parti Pejuang Tanah Air : 5 kerusi
    • Parti Ikatan Demokratik Bersatu Malaysia : 1 kerusi

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ a b c Koh, Aun Qi (15 May 2018). "Discrepancies in media reports of GE14 popular vote". Malaysiakini. Dicapai pada 15 May 2018.
  2. ^ "Dashboard PRU 14". Pilihan Raya Umum Malaysia 14. Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia. Dicapai pada 11 May 2018.
  3. ^ Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia www.spr.gov.my/
  4. ^ Pakatan Harapan tumbang di peringkat persekutuan