Semenanjung Malaysia
![]() | Rencana ini mengandungi senarai rujukan, bacaan berkaitan atau pautan luar, tetapi sumbernya masih tidak jelas kerana kekurangan petikan dalam baris. |
Semenanjung Malaysia, Malaysia Barat atau dahulunya dikenali sebagai Tanah Melayu ialah sebahagian Malaysia yang meliputi separuh bahagian selatan Semenanjung Tanah Melayu, dan merupakan gabungan 11 buah negeri (ketika itu) yang membentuk Persekutuan Tanah Melayu.
Semenanjung Malaysia kini, terdiri daripada 11 buah negeri dan 2 Wilayah Persekutuan. Negeri-negeri tersebut ialah Johor, Kedah, Kelantan, Melaka, Negeri Sembilan, Pahang, Perak, Perlis, Pulau Pinang, Selangor, Terengganu, serta Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Wilayah Persekutuan Putrajaya. Keluasan keseluruhan Semenanjung Malaysia adalah 131,598 kilometer persegi.
Semenanjung Malaysia berkongsi sempadan darat dengan Thailand di bahagian utara dan sempadan maritim dengan Singapura di bahagian selatan, oleh Selat Johor. Semenanjung Malaysia juga mempunyai sempadan maritim dengan Indonesia di Selat Melaka dan Laut China Selatan, iaitu dengan Sumatera dan Kepulauan Riau, dan juga dengan Vietnam di Laut China Selatan. Manakala Malaysia Timur (Sabah dan Sarawak) terletak di seberang timur Semenanjung Malaysia merentasi Laut China Selatan.
Hampir kesemua negeri di Semenanjung Malaysia diketuai oleh sultan atau raja kecuali Melaka dan Pulau Pinang. Sembilan negeri yang diketuai oleh raja terdiri dari Perlis, Kedah, Perak, Selangor, Negeri Sembilan, Johor, Pahang, Terengganu dan Kelantan. Gelaran Sultan digunakan di negeri-negeri Kedah, Perak, Selangor, Johor, Pahang, Terengganu dan Kelantan, manakala Perlis pula menggelarkan baginda pemerintah mereka sebagai Raja, dan di Negeri Sembilan, baginda digelar Yamtuan Besar atau secara rasminya Yang di-Pertuan Besar.
Geografi[sunting | sunting sumber]
Secara geografi, Semenanjung Malaysia terbahagi kepada tiga kawasan iaitu Pantai Barat, Selatan, dan Pantai Timur.
Pahang ialah negeri terbesar di Semenanjung diikuti Perak, Johor kemudian Kelantan. Negeri-negeri pantai timur berhadapan dengan Laut China Selatan manakala negeri-negeri pantai barat berhadapan dengan Selat Melaka. Johor, walaupun mempunyai pantai sepanjang Selat Melaka mahupun Laut China Selatan, tidak boleh diklasifikasikan sebagai sebuah negeri pantai barat mahupun pantai timur. Akan tetapi, disebabkan Johor juga mempunyai pantai sepanjang Selat Johor, Johor dikelaskan sebagai sebuah negeri pantai selatan. Kelantan bersempadan dengan wilayah Narathiwat di Thailand manakala Perlis, Kedah dan Perak juga bersempadan dengan Thailand di sebelah utara dengan wilayah-wilayah Satun, Yala dan Songkhla.
Bahagian di semenanjung Malaysia:
Pantai Timur: Kelantan, Terengganu, Pahang
Pantai Selatan: Johor
Pantai Barat: Pantai Barat semenanjung terbahagi kepada tiga zon, iaitu zon utara, tengah dan selatan.
Zon Utara: Perlis, Kedah, Pulau Pinang dan Perak
Zon Tengah: Selangor dan Wilayah-wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya
Zon Selatan: Negeri Sembilan dan Melaka
Berikut merupakan senarai negeri dan Wilayah Persekutuan di Semenanjung Malaysia. Ibu negeri disertakan dalam kurungan. 11 negeri dan 2 Wilayah Perseketuan tersebut adalah:

Negeri نݢري[sunting | sunting sumber]
Berikut ialah sebelas negeri dan ibu negeri masing-masing (dalam kurungan):
Johor Darul Takzim (Johor Bahru)
Kedah Darul Aman (Alor Setar)
Kelantan Darul Naim (Kota Bharu)
Melaka Bandaraya Bersejarah (Bandaraya Melaka)
Negeri Sembilan Darul Khusus (Seremban)
Pahang Darul Makmur (Kuantan)
Perak Darul Ridzuan (Ipoh)
Perlis (Kangar)
Pulau Pinang Pulau Mutiara (George Town)
Selangor Darul Ehsan (Shah Alam)
Terengganu Darul Iman (Kuala Terengganu)
Wilayah Persekutuan ويلايه ڤرسکوتوان[sunting | sunting sumber]
Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
Wilayah Persekutuan Putrajaya
- Wilayah Persekutuan Labuan
Demografi[sunting | sunting sumber]
Kebanyakan/majoriti penduduk di Semenanjung Malaysia adalah kaum Melayu yang beragama Islam.[1] Juga terdapat sebilangan besar orang cina dan india. Orang Asli adalah penduduk asal di semenanjung Malaysia; bilangan mereka berjumlah sekitar 140,000 .[petikan diperlukan] [2]
Kaum di Semenanjung Malaysia/Malaysia Barat (2020) (Bukan warganegara dikecualikan)
Etnik | 2010 | 2012 | 2014 | 2016 | 2018 | 2020 | Perubahan 2010-2020 | |||||||
---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
Bilangan | % | Bilangan | % | Bilangan | % | Bilangan | % | Bilangan | % | Bilangan | % | Bilangan | % | |
Bumiputera | 13,841,600 | 60.84 | 14,282,800 | 60.99 | 14,761,500 | 60.79 | 15,246,700 | 61.00 | 15,733,000 | 61.47 | 16,192,400 | 62.79 | +2,350,800 | +1.95pp |
Cina | 5,540,100 | 24.35 | 5,605,400 | 23.94 | 5,666,400 | 23.34 | 5,713,400 | 22.86 | 5,743,600 | 22.44 | 5,766,200 | 22.36 | +226,100 | -1.99pp |
India | 1,907,300 | 8.38 | 1,933,100 | 8.26 | 1,957,400 | 8.06 | 1,971,100 | 7.89 | 1,986,600 | 7.76 | 1,998,300 | 7.75 | +91,000 | -0.63pp |
Lain-lain | 123,100 | 0.54 | 133,300 | 0.57 | 141,800 | 0.58 | 149,100 | 0.60 | 157,700 | 0.62 | 164,800 | 0.64 | +41,700 | +0.10pp |
Bukan Warganegara | 1,340,900 | 5.89 | 1,462,600 | 6.25 | 1,753,700 | 7.22 | 1,914,800 | 7.66 | 1,972,200 | 7.71 | 1,666,900 | 6.46 | +326,000 | +0.57pp |
Jumlah | 22,753,000 | 23,417,200 | 24,280,800 | 24,995,100 | 25,593,100 | 25,788,600 | +3,035,600 |
Bahasa بهاس[sunting | sunting sumber]
Bahasa yang digunakan di Semenanjung Malaysia ialah Bahasa Melayu Piawai /Standard. Walaupun begitu, hampir setiap negeri di Semenanjung Malaysia mempunyai loghat/dialek yang tersendiri.. Antaranya ialah seperti berikut:
1)Bahasa Melayu Kedah/Utara
Kawasan: Kedah, Perlis,Pulau Pinang, Utara Perak
Kawasan: Seluruh negeri Kelantan, Besut (Terengganu), Merapoh (Pahang)
Kawasan: Seluruh negeri Terengganu kecuali di Besut.
7)Bahasa Melayu Negeri Sembilan