Malaysia Baru

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Pergi ke navigasi Pergi ke carian

Lagu Malaysia Baru merupakan sebuah lagu hasil ciptaan Kassim Masdor. Lagu Malaysia Baru ini kemudainnya dinyanyikan oleh Aziz Jaafar dalam filem Kasih Tanpa Sayang pada 1963.

Malaysia Baru lirik nukilan pengarah Omar Rojik antara lain menekankan betapa hidup tidak bermakna jika tidak mempunyai cinta pada bangsa. Generasi yang baru dibentuk itu diminta tidak lalai dan lupa kerana dunia bukan syurga. Justeru, harus berganding bahu menuju Malaysia baru. Lagu ini menanam semangat perpaduan pada generasi baru dan sangat bermakna pada negara yang baru merdeka.

Rujukan[sunting | sunting sumber]