Malaysia For Syria

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
Malaysia For Syria
LOGO MFS.png
KependekanMFS
Moto"Rahmat dan Ihsan Merentasi Sempadan"
Pembentukan20 September 2012; 8 tahun yang lalu (2012-09-20)
PengasasAngkatan Belia Islam Malaysia
JenisPertubuhan bukan untung
Ibu pejabatWangsa Maju, Kuala Lumpur
Lokasi
Ketua Pegawai Eksekutif
Syahrir Azfar Saleh
Organisasi utama
Global Peace Mission (GPM) Malaysia
Laman web rasmimalaysia4syria.org
Dahulunya dipanggilMalaysia Life Line For Syria (MLL4S)

Malaysia For Syria (MFS),[1] juga dikenali sebagai Malaysian Life Line For Syria (MLL4S) ialah sebuah pertubuhan bukan keuntungan Malaysia yang didaftarkan di bawah Syarikat Berhad Menurut Jaminan oleh Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM). Syahrir Azfar Saleh ialah Ketua Pegawai Eksekutif Malaysia pertubuhan ini.

Pada awalnya, MLL4S telah ditubuhkan secara rasmi pada 20 September 2012 sebagai tindak balas kepada krisis peperangan yang berlaku di Syria sekitar awal 15 Mac 2011 untuk menghantar bantuan kecemasan yang mana terdiri daripada bantuan kemanusiaan dan perubatan kepada penduduk Syria.

Semenjak itu, selain daripada giat menyalurkan bantuan kecemasan, MFS telah bergiat aktif menghantar bantuan kepada pelarian-pelarian Syria di beberapa negara antaranya Turki,[2] Lubnan, Jordan serta Malaysia[3] dari sudut keperluan asas kehidupan, pendidikan, perubatan dan juga kelangsungan hidup.

MFS sehingga kini telah mengembangkan sayap operasinya dalam pelbagai bidang termasuk membantu menghubungkan NGO-NGO lain dalam membantu pelarian-pelarian Syria secara terus di bumi Syria[4]. MFS juga terlibat secara langsung di dalam program-program bantuan yang disediakan oleh kerajaan kepada pelarian Syria di Malaysia.

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Mengambil kira keadaan yang meruncing di Syria, Sekretariat Malaysia Life Line for Syria (MLL4S) telah ditubuhkan pada 20 September 2012 selepas satu mesyuarat yang diadakan di Pejabat Pertubuhan Ikram Malaysia (IKRAM) di Taman Melawati dalam usaha menghantar misi bantuan kemanusiaan kepada rakyat Syria. Gerakan yang dipengerusikan oleh Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) ini turut mendapat kerjasama daripada tujuh buah Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) yang lain seperti Global Peace Mission (GPM) Malaysia, Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM), Gabungan Selamatkan Syria, Pertubuhan Sinar Damsyik (PERSIDAM), Syrian Youth Assembly in Malaysia (SYAM), Persatuan Pelajar Malaysia-Syria dan juga Malaysia Social Media Foundation (MSMF).

Gabungan ini seterusnya telah melancarkan sidang media pertamanya pada 23 Oktober 2012 di Hotel JW Marriott, Bukit Bintang. Sidang media tersebut yang dihadiri oleh beberapa media tempatan dan antarabangsa telah mengenengahkan isu terbaru Syria dan juga perancangan untuk menghantar misi bantuan kemanusiaan kali pertama ke Syria pada November 2012.

Moto[sunting | sunting sumber]

Rahmat dan Ihsan Merentasi Sempadan

Misi tahunan[sunting | sunting sumber]

  1. Selimut Untuk Syria
  2. Ramadhan Al-Habeeb
  3. Penyembelihan Agung Untuk Syria

Projek jangka panjang[sunting | sunting sumber]

1. Pendidikan

  • Pusat Pendidikan Jasmine Ash Sham (JASEC)
  • Kompleks Dar Al-Hikmah

2. Kelestarian Hidup

  • Bantuan Telaga Air Bersih
  • Projek Penternakan Ayam (Kewangan Mikro)
  • Kilang Roti – Idlib

3. Kesihatan

  • Kesihatan dan Perubatan
  • Pusat Rehabitilasi (Pemulihan)

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ For Syria, Malaysia. "Pengenalan Malaysia For Syria". malaysia4syria. Dicapai pada 11 March 2020.
  2. ^ http://www.astroawani.com/berita-hiburan/fara-fauzana-sahut-cabaran-berpuasa-17-jam-bersama-pelarian-syria-177236
  3. ^ Awani, Astro (18 April 2017). "Pelarian Syria di Malaysia". Astro Awani. Dicapai pada 11 March 2020.
  4. ^ Hasanuddin, Nur Hanisa (February 25, 2020). "LAPAN NGO SASAR RM1 JUTA DANA KECEMASAN UNTUK IDLIB". AlHijrah Online. Dicapai pada 11 March 2020.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]