Malaysia Global Chamber of Commerce (MGCC)

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Sejarah MGCC[sunting | sunting sumber]

Dewan Perniagaan Malaysia Global ditubuhkan pada tahun 2003 dan kemuncaknya pada tahun 2008. Setelah dewan ini mengikuti beberapa rombongan rasmi Yang Amat Berhormat Perdana Menteri dan Yang Amat Berhormat Timbalan Perdana Menteri, maka dewan telah ditransformasikan nama kepada Bahasa Inggeris iaitu Malaysia Global Chamber Of Commerce (MGCC) pada tahun 2016. Dewan MGCC dipimpin oleh Dato’ (DR.) Kanagaraja sewaktu itu sebagai Presiden telah mengadakan pelbagai aktiviti yang memanfaatkan negara Malaysia dengan negara-negara di serantau dunia. Dan pada 14 Mei 2017, dewan telah menyaksikan pertandingan jawatan Presiden dan Timbalan Presiden yang mana dimenangi oleh Dato’ Seri Dr. Alex Ong dan Dato’ Haji Buani Atiqi Abdul Rahman sebagai pemimpin muda yang baru bagi memimpin MGCC dan meneruskan objektif serta misi-misi Dewan Perniagaan Malaysia Global (MGCC).

Pada tanggal 30 September 2020 semasa Mesyuarat Agung MGCC, suatu keputusan mengejutkan telah dibuat oleh Dato' Seri Dr. Alex Ong yang berhasrat berundur dari jawatan beliau sebagai Presiden MGCC kerana beliau telah memegang banyak jawatan dan berkomitmen tinggi di persatuan dan syarikat-syarikat yang lain. Dato' Seri Dr. Alex Ong telah mencadangkan Dato' Haji Buani Atiqi untuk menggantikan tempat beliau. Cadangan ini disokong oleh ahli jawatankuasa yang lain.

Pada 27 Oktober 2020 YBhg Dato' Seri Dr. Alex Ong, Presiden MGCC Ke-2 yang amat dikasihi telah meninggal dunia. Selaku Presiden MGCC Ke-3, YBhg. Dato' Haji Buani Atiqi bin Dato' Sri Abdul Rahman bertekad untuk meneruskan agenda bermanfaat buat MGCC.

Matlamat MGCC[sunting | sunting sumber]

  1. Mewujudkan satu pertubuhan perniagaan malaysia di arena global untuk kepentingan dan faedah rakyat malaysia dalam bisnes dan peluang ekonomi.
  2. Meneroka peluang kerjasama antara negara malaysia dan peringkat antarabangsa.
  3. Menjalankan pelbagai aktiviti sihat dalam ekonomi demi faedah yang baik kepada ahli dan negara malaysia.
  4. Menyertai rombongan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri dan Yang Amat Berhormat Timbalan Perdana Menteri, dan menteri-menteri kabinet dalam misi ekonomi serta perniagaan, perdagangan dan industri dua hala
  5. Menyokong pemimpin kerajaan malaysia dengan memberi kenyataan media elektronik, media massa, dan internet.
  6. Mengiktirafkan para usahawan dengan memberi penghargaan keusahawan yang disampaikan oleh pemimpin negara.

Lambang Keahlian MBCC[sunting | sunting sumber]

Bendera[sunting | sunting sumber]

Bendera adalah bersaiz 4 kali 2 kaki yang menunjukkan lambang kemegahan MGCC. Manakala tulisan MGCC adalah bermaksud Malaysia Global Chamber of Commerce dan dalam Bahasa Melayu Dewan Perniagaan Malaysia Global. Website yang menunjukkan di dalam bendera adalah laman web rasmi MGCC. Nombor yang ditunjukkan di dalam bendera adalah nombor daftar ROS MGCC.

Lambang[sunting | sunting sumber]

Warna biru menunjukkan keahlian yang bersatu manakala bunga padi di kiri dan kanan menunjukkan ekonomi semakin meningkat. Dua biji bintang di dalam kiri dan kanan menunjukkan kesetiaan kepada raja dan menyokong dasar kerajaan Malaysia. Nombor di dalam adalah nombor pendaftaran ROS Manakala warna merah di samping peta dunia adalah menunjukkan MGCC akan mengeratkan silaturrahim secara global. Huruf G adalah bermaksud global. Peta di belakang huruf G adalah bermaksud negara-negara yang akan MGCC terokai untuk meningkatkan nama Malaysia. Chamber of Commerce adalah bermaksud Dewan Perniagaan Malaysia Global. MGCC adalah singkatan dari Malaysia Global Chamber of Commerce.

Lencana[sunting | sunting sumber]

Lencana digunakan sebagai lambang di dalam uniform, pakaian seragam dan juga kot atau sebagai lambang cenderahati kepada mana-mana yang dikira layak untuk menerima cenderahati ini.


Organisasi[sunting | sunting sumber]

Penaung[sunting | sunting sumber]

Penasihat[sunting | sunting sumber]

  • Dato' (DR.) Kanagaraja Raman

Merupakan Presiden Malaysian Occupational Safety and Health Practitioners (MOSHPA)

  • Dato' Haji Abdul Aziz bin Bakar

Merupakan Presiden Persatuan Kebajikan Bekas Anggota Skuad 69 PDRM

Mantan Presiden[sunting | sunting sumber]

  • Presiden Pertama

Dato' (DR.) Kanagaraja Raman

  • Presiden Kedua

Mendiang (Late) Dato’ Seri Dr. Alex Ong, JP.

Presiden[sunting | sunting sumber]

Timbalan Presiden[sunting | sunting sumber]

  • Dato’ Sundrasagar Alagappan, DPMP.

Naib Presiden[sunting | sunting sumber]

  • Dato' Paduka Drs. Haji Rafie bin Mohammad, DSMP., DPMP.
  • Datuk Shah Ramadhan, DIMP., AMP.

Ahli Majlis Tertinggi[sunting | sunting sumber]

  • Setiausaha – Puan Nor Shafikah Mohaidin
  • Penolong Setiausaha – Encik Balaraj A/L Pusparaj
  • Bendahari – Datin Seri Peggy Lee Pey Guey
  • Ahli Dewan Tertinggi – Tuan Rosli bin Awang
  • Ahli Dewan Tertinggi – Encik Ravindran A/L M Sathashivam
  • Ahli Dewan Tertinggi – Encik Martin George A/L I. George
  • Ahli Dewan Tertinggi – Puan Siti Anida Binti Ahmad
  • Ahli Dewan Tertinggi – Cik Lim Mong Tian

Ahli CWC[sunting | sunting sumber]

  • Dato’ Haji Buani Atiqi Bin Abdul Rahman, DIMP., DSMP., DPMP., AMP.
  • Dato’ Paduka Drs. Rafie Bin Mohammad, DSMP., DPMP., JP.
  • Datin Seri Peggy Lee Pey Guey
  • Puan Nor Shafikah Mohaidin

Rujukan[sunting | sunting sumber]

[1]

  1. ^ "Laman Web MGCC". Diarkibkan daripada yang asal pada 2017-08-08. Dicapai pada 2017-05-31.