Pergi ke kandungan

Malaysia Madani

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Malaysia Madani (Bahasa Inggeris: SCRIPT) ialah salah satu dasar kepemimpinan negara yang diusulkan oleh Perdana Menteri Malaysia ke-10, YAB Dato' Seri Anwar Ibrahim yang dilancarkan pada Januari tahun 2023.[1] Secara amnya, Malaysia Madani memfokuskan kepada keharmonian masyarakat majmuk, pembangunan mampan dan tadbir urus baik.

Huraian dasar[sunting | sunting sumber]

Malaysia Madani adalah berlandaskan enam perkara: kemampanan, kesejahteraan, daya cipta, hormat, keyakinan dan ihsan (Sustainability, Care & Compassion, Respect, Innovation, Prosperity dan Trust).[2] Di samping itu, Malaysia Madani mengetengahkan lapan aspek:

  • Kemasyarakatan
  • Budaya
  • Bandar
  • Luar bandar

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Gagasan Malaysia Madani pada asalnya diterbitkan dalam sebuah buku yang dilancarkan pada 2 Oktober 2022 di Hotel Dorsett Subang, kira-kira sebulan sebelum Dato’ Seri Anwar Ibrahim dilantik sebagai Perdana Menteri.[2] Dasar Malaysia Madani sebagai dasar negara pula dilancarkan pada 19 Januari 2023 di Putrajaya.[3]

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "Enam tonggak Madani perlu terjemah dalam dasar, bukan hanya bersifat populis - Amirudin". Astro Awani. 19 Januari 2023. Dicapai pada 21 Januari 2023.
  2. ^ a b "SCRIPT – For a Better Malaysia by Anwar Ibrahim". Institut Darul Ehsan (dalam bahasa Inggeris). 2 Oktober 2022. Dicapai pada 21 Januari 2023.
  3. ^ Yahya, Roskhoirah (20 Januari 2023). "Malaysia Madani, konsep baharu gantikan Keluarga Malaysia". Sinar Harian. Dicapai pada 21 Januari 2023.

Bacaan lanjut[sunting | sunting sumber]