Malaysia dan analogi aparteid

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Malaysia dan analogi aparteid ialah kritikan terhadap kerajaan Malaysia dan lembaga-lembaga struktural negara itu. Kebanyakan kumpulan pembangkang, pengkritik kerajaan dan pemerhati hak asasi manusia menilai bahawa kebanyakan dasar Malaysia terhadap rakyat dari pelbagai kumpulan etnik, terutama orang-orang yang tidak berstatus bumiputera, ialah kewujudan dari aparteid, khususnya orang-orang keturunan Cina dan India serta pelbagai minoriti lain.[1] Perbandingan sedemikian ini juga meluas di kalangan orang-orang yang menjadi minoriti dalam hal agama.[2][3]

Sehingga 2017, bumiputera membentuk 68.8% daripada penduduk Malaysia; dan dibahagikan lagi kepada Melayu, yang membentuk 54.66% daripada penduduk Malaysia; dan bumiputera lain, yang membentuk 14.14%, yang kebanyakannya terdiri daripada pelbagai kumpulan etnik yang berkaitan dengan orang Melayu. Walau bagaimanapun, bumiputera bukan Melayu[a] juga menghadapi sekatan yang tidak dihadapi oleh orang Melayu, seperti pemilikan tanah, sebagai "peringkat kedua" dalam sistem hak warganegara "tiga peringkat".

Gambaran keseluruhan[sunting | sunting sumber]

Istilah aparteid dalam konteks Malaysia sebahagian besarnya merujuk kepada analogi berbanding dengan aparteid di Afrika Selatan. Malaysia sejak penubuhannya pada 1957, dan diperakui oleh kerajaan berturut-turut terutamanya di bawah pakatan Barisan Nasional (BN) serta pelbagai parti serpihan, menyokong konsep Ketuanan Melayu. Konsep sedemikian tidak dapat dibezakan dengan Baasskap Afrika Selatan era Aparteid, yang berkait rapat dengan istilah bahasa Inggeris ketuanan kulit putih", kecuali dalam kes ini hanya menggantikan "putih" dengan "Melayu".[4]

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Umum

Insiden perkauman

Isu berkaitan

Catatan dan rujukan[sunting | sunting sumber]

Catatan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Ini termasuk Orang Asal, Orang Asli serta kumpulan pribumi Sarawak dan Sabah.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Jonathan Kent (11 March 2006). "Malaysia 'apartheid' row deepens". BBC. Dicapai pada 18 November 2021.
  2. ^ "Nik Aziz says 'bumiputera' term is racist". The Malaysian Insider. 1 March 2009. Diarkibkan daripada yang asal pada 18 November 2021. Dicapai pada 18 November 2021.
  3. ^ Hamzah, Shafiqah Othman. "Are we headed for a Malaysian apartheid? | Malay Mail". www.malaymail.com (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 17 November 2021.
  4. ^ Chin, James (27 August 2015). "The Costs of Malay Supremacy". The New York Times. Dicapai pada 22 November 2021.

Bacaan lanjut[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]