Malaysia di Sukan Olimpik

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari

Malaysia mula-mulanya menyertai Sukan Olimpik pada tahun 1956, dan semenjak itu sentiasa menghantar ahli sukan ke setiap temasya Sukan Olimpik Musim Panas, kecuali apabila menyertai boikot Sukan Olimpik 1980. Malaysia tidak pernah sesekali menyertai Sukan Olimpik Musim Sejuk.

Selaku Persekutuan Tanah Melayu, pasukan negara bertanding sebagai Malaya (MAL) untuk Sukan 1956 dan 1960 Borneo Utara menghantar pasukan sendiri ke Sukan 1956, sementara Singapura turut bertanding di Olimpik dari tahun 1948 hingga 1960. Setelah ketiga-tiga jajahan British ini membentuk gagasan Malaysia yang merdeka pada tahun 1963, pasukan negara bertanding dengan nama itu buat julung kalinya di Sukan Olimpik Musim Panas 1964. Kemudian, Singapura merdeka dari Malaysia pada 1965 lantas terus bertanding sebagai Singapura bermula dari 1968 dan acara sukan olimpik seterusnya.

Semenjak memenangi pingat pertama di temasya Barcelona 1992, Malaysia hanya meraih pingat dari acara badminton, sehinggalah Pandelela Rinong meraih pingat gangsa dari acara terjun pada temasya London 2012.

Jawatankuasa Olimpik Kebangsaan Malaysia diasaskan pada tahun 1953 dan menerima pengiktirafan Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa pada tahun 1954.

Senarai pemenang pingat[sunting | sunting sumber]

Pingat Nama Temasya Sukan Acara
3Bronze medal icon.svg Gangsa Razif Sidek & Jalani Sidek Sepanyol Barcelona 1992 Badminton pictogram.svg Badminton Beregu Lelaki
2Silver medal icon.svg Perak Cheah Soon Kit & Yap Kim Hock Amerika Syarikat Atlanta 1996 Badminton pictogram.svg Badminton Beregu Lelaki
3Bronze medal icon.svg Gangsa Rashid Sidek Amerika Syarikat Atlanta 1996 Badminton pictogram.svg Badminton Perseorangan Lelaki
2Silver medal icon.svg Perak Lee Chong Wei Republik Rakyat China Beijing 2008 Badminton pictogram.svg Badminton Perseorangan Lelaki
2Silver medal icon.svg Perak Lee Chong Wei United Kingdom London 2012 Badminton pictogram.svg Badminton Perseorangan Lelaki
3Bronze medal icon.svg Gangsa Pandelela Rinong Pamg United Kingdom London 2012 Diving pictogram.svg Terjun Platform 10m Wanita
2Silver medal icon.svg Perak Pandelela Rinong Pamg & Cheong Jun Hoong Brazil Rio 2016 Diving pictogram.svg Terjun Platform 10m Seirama Wanita
3Bronze medal icon.svg Gangsa Azizulhasni Awang Brazil Rio 2016 Cycling (track) pictogram.svg Lumba Basikal Keirin Trek Berbasikal Lelaki
2Silver medal icon.svg Perak Chan Peng Soon & Goh Liu Ying Brazil Rio 2016 Badminton pictogram.svg Badminton Beregu Campuran
2Silver medal icon.svg Perak Goh V Shem & Tan Wee Kiong Brazil Rio 2016 Badminton pictogram.svg Badminton Beregu Lelaki
2Silver medal icon.svg Perak Datuk Lee Chong Wei Brazil Rio 2016 Badminton pictogram.svg Badminton Perseorangan Lelaki

Jadual pingat[sunting | sunting sumber]

Pingat Sukan Olimpik Musim Panas[sunting | sunting sumber]

Games Emas Perak Gangsa Jumlah
Barcelona 1992 0 0 1 1
Atlanta 1996 0 1 1 2
Beijing 2008 0 1 0 1
London 2012 0 1 1 2
Rio 2016 0 4 1 5
Jumlah 0 7 4 11

Pingat acara sukan musim panas[sunting | sunting sumber]

Sport Emas Perak Gangsa Jumlah
Badminton 0 6 2 8
Terjun 0 1 1 2
Keirin 0 0 1 1
Jumlah 0 7 4 11

Rujukan[sunting | sunting sumber]


Templat:NationsinOlympics