Malaysia di Sukan Olimpik Remaja Musim Panas 2014

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Malaysia di
Sukan Olimpik Remaja Musim Panas 2014
Kod IOCMAS
NOCMajlis Olimpik Malaysia
Laman sesawangwww.olympic.org.my (dalam bahasa Inggeris)
di Nanjing
Peserta20 dalam 11 sukan
Pembawa benderaLim Ching Hwang (pembukaan)
Pingat
Kedudukan ke-64
Emas
0
Perak
1
Gangsa
1
Jumlah
2
Penampilan Sukan Olimpik Remaja Musim Panas

Malaysia bertanding di Sukan Olimpik Remaja Musim Panas 2014, di Nanjing, China dari 16 hingga 28 Ogos 2014.

Pada 22 Ogos 2014, Cheam June Wei menjadi rakyat Malaysia pertama memenangi pingat emas Olimpik Remaja apabila memenangi emas beregu campuran badminton dengan pemain Hong Kong Ng Tsz Yau sebagai pasangannya.[1] Selain itu, pemanah lelaki negara Mohd Zarif Syahiir memenangi pingat perak dalam acara memanah berpasukan campuran bersama pemain Jerman Cynthia Freywald pada Sukan Olimpik Remaja di Nanjing.[2] Bagaimanapun kedua-dua emas dan perak tidak dikreditkan ke dalam pungutan pingat negara individu kerana acara itu adalah acara campuran Jawatankuasa Olimpik Kebangsaan di mana atlet dari negara berbeza berganding bahu untuk bersaing di bawah bendera Olimpik. Penerjun wanita negara Loh Zhiayi memenangi pingat perak dan gangsa dalam acara 10m platform individu dan acara 3m papan anjal wanita di Sukan Olimpik Remaja 2014.[3][4]

Pemenang pingat[sunting | sunting sumber]

Pingat yang diberikan kepada peserta pasukan campuran NOC diwakili dalam huruf condong. Pingat ini tidak termasuk dalam pungutan pingat NOC individu.

Pingat Nama Sukan Acara Tarikh
 Emas Cheam June Wei Badminton Beregu campuran 22 Ogos
 Perak Loh Zhiayi Terjun 10m platform perempuan 23 Ogos
 Perak Muhamad Zarif Syahiir Zolkepeli Memanah Pasukan campuran 24 Ogos
 Gangsa Loh Zhiayi Terjun 3m papan anjal perempuan 25 Ogos

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "June Wei grabs Malaysia's first Olympic gold ... sort of". thestar. Dicapai pada 16 Oktober 2018.
  2. ^ "YOG: Malaysia win another silver in archery mixed team event". thestar. Dicapai pada 16 Oktober 2018.
  3. ^ "Loh springs surprise by winning silver in diving". theborneopost. Dicapai pada 16 October 2018.
  4. ^ "Diver Zhiayi delivers again in Youth Olympics". thestar. Dicapai pada 16 Oktober 2018.