Malaysia di Sukan Paralimpik

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Malaysia di
Sukan Paralimpik
Kod IPCMAS
NPCMajlis Paralimpik Malaysia
Laman sesawangwww.paralympic.org.my (Inggeris)
Pingat
Emas
6
Perak
4
Gangsa
6
Jumlah
16
Penampilan Musim Panas

Malaysia membuat kemunculan pertama Paralimpik di Sukan Paralimpik Musim Panas 1972 di Heidelberg, Jerman, dengan delegasi tiga atlet, yang semuanya bertanding di kedua-dua trek dan padang serta angkat berat. Negara ini kemudian tidak hadir pada tiga edisi Paralimpik Musim Panas, sebelum membuat kemunculan semula pada Sukan Paralimpik Musim Panas 1988 di Seoul, Korea Selatan. Malaysia telah menyertai setiap edisi Sukan Paralimpik Musim Panas, tetapi tidak pernah menyertai Paralimpik Musim Sejuk.[1]

Rakyat Malaysia telah memenangi 16 pingat di Sukan Paralimpik: enam emas, empat perak dan enam gangsa. Atlet Malaysia berjaya meraih pingat pertama pada tahun 1988 iaitu pingat gangsa yang diraih oleh Mariappan Perumal. Pada 2016, Malaysia memenangi pingat emas Paralimpik buat kali pertama menerusi acara olahraga.[2]

Jadual pingat[sunting | sunting sumber]

Sukan Paralimpik Musim Panas[sunting | sunting sumber]

Edisi Atlet Emas Perak Gangsa Jumlah Ked.
Itali Rom 1960 tiada penyertaan
Jepun Tokyo 1964
Israel Tel Aviv 1968
Jerman Barat Heidelberg 1972 4 0 0 0 0 -
Kanada Toronto 1976 tiada penyertaan
Belanda Arnhem 1980
Amerika Syarikat New York 1984/
United Kingdom Stoke Mandeville 1984
Korea Selatan Seoul 1988 14 0 0 1 1 48
Sepanyol Barcelona 1992 10 0 1 2 3 51
Amerika Syarikat Atlanta 1996 6 0 0 0 0 -
Australia Sydney 2000 10 0 0 0 0 -
Yunani Athens 2004 19 0 0 0 0 -
Republik Rakyat China Beijing 2008 10 0 0 1 1 69
United Kingdom London 2012 22 0 1 1 2 65
Brazil Rio de Janeiro 2016 21 3 0 1 4 36
Jepun Tokyo 2020 22 3 2 0 5 39
Perancis Paris 2024 acara akan datang'
Amerika Syarikat Los Angeles 2028
Australia Brisbane 2032
Jumlah 6 4 6 16 63

Pingat acara sukan musim panas[sunting | sunting sumber]

Sukan Emas Perak Gangsa Jumlah
Olahraga 4 0 3 7
Powerlifting 1 1 1 3
Badminton 1 0 0 1
Angkat berat 0 1 2 3
Boccia 0 1 0 1
Memanah 0 1 0 1
Jumlah 6 4 6 16

Senarai pemenang pingat[sunting | sunting sumber]

Pingat Nama Temasya Sukan Acara
 Gangsa Mariappan Perumal Korea Selatan Seoul 1988 Angkat berat Lelaki 57 kg
 Perak Cheok Kon Fatt Sepanyol Barcelona 1992 Angkat berat Lelaki 52 kg
 Gangsa Mariappan Perumal Sepanyol Barcelona 1992 Angkat berat Lelaki 60 kg
 Gangsa Mohamad Khasseri Othman Sepanyol Barcelona 1992 Olahraga Lompat tinggi lelaki B
 Gangsa Siow Lee Chan Republik Rakyat China Beijing 2008 Powerlifting Wanita 56 kg
 Perak Hasihin Sanawi United Kingdom London 2012 Memanah Individu lelaki Recurve W1 / W2
 Gangsa Muhammad Ziyad Zolkefli United Kingdom London 2012 Olahraga Lontar peluru lelaki F20
 Emas Mohamad Ridzuan Mohamad Puzi Brazil Rio de Janeiro 2016 Olahraga 100m lelaki T36
 Emas Muhammad Ziyad Zolkefli Brazil Rio de Janeiro 2016 Olahraga Lontar peluru lelaki F20
 Emas Abdul Latif Romly Brazil Rio de Janeiro 2016 Olahraga Lompat jauh lelaki T20
 Gangsa Siti Noor Radiah Ismail Brazil Rio de Janeiro 2016 Olahraga Lompat jauh wanita T20
 Emas Cheah Liek Hou Jepun Tokyo 2020 Badminton Peseorangan lelaki SU5
 Emas Abdul Latif Romly Jepun Tokyo 2020 Olahraga Lompat jauh lelaki T20
 Emas Bonnie Bunyau Gustin Jepun Tokyo 2020 Powerlifting Lelaki 72 kg
 Perak Jong Yee Khie Jepun Tokyo 2020 Powerlifting Lelaki 107 kg
 Perak Chew Wei Lun Jepun Tokyo 2020 Boccia Individu campuran BC1

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Malaysia at the Paralympics, International Paralympic Committee
  2. ^ "It's Malaysia's moment in Rio as pair make history". paralympic.org. 2016-09-10. Dicapai pada 2016-09-10.