Malaysia di Sukan Paralimpik Musim Panas 2020

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Malaysia di
Sukan Paralimpik Musim Panas 2020
Kod IPCMAS
NPCMajlis Paralimpik Malaysia
di Tokyo
Peserta22 dalam 9 sukan
Pembawa bendera (pembukaan)Bonnie Bunyau Gustin
Siti Noor Iasah
Pembawa bendera (penutupan)Cheah Liek Hou
Pingat
Emas
3
Perak
2
Gangsa
0
Jumlah
5
Penampilan Sukan Paralimpik Musim Panas (keseluruhan)

Malaysia telah bertanding di Sukan Paralimpik Musim Panas 2020 di Tokyo, Jepun pada 25 Ogos hingga 6 September 2021.

Latar belakang[sunting | sunting sumber]

Upacara perasmian dan penutupan[sunting | sunting sumber]

Bonnie Bunyau Gustin dan Siti Noor Iasah Mohamad Ariffin telah dipilih sebagai pemegang bendera Malaysia dalam upacara perasmian Tokyo 2020. Atlet dan pegawai Malaysia telah memakai busana bertemakan pakaian Hang Tuah semasa perbarisan atlet. Pakaian tersebut direka bentuk oleh Jabatan Seni Reka Fesyen, Fakulti Seni Lukis dan Seni Reka Universiti Teknologi MARA (UiTM) yang terletak di Shah Alam (Kampus utama). Pakaian tersebut menampilkan warna bendera kebangsaan dan motif "Songket Bunga Tabur". Atlet dan pegawai perempuan memakai baju kurung lengkap berdokoh dan selendang manakala atlet dan pegawai lelaki Baju Melayu tradisional lengkap bertanjak, baju sikap dan samping.[1][2]

Pemain badminton Malaysia, Cheah Liek Hou telah dipilih sebagai pemegang bendera Malaysia dalam upacara penutupan.

Sasaran dan pencapaian[sunting | sunting sumber]

Pada 19 Julai 2021, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican selaku Menteri Belia dan Sukan Malaysia telah mengumumkan bahawa kontigen Malaysia menyasar untuk mendapat tiga pingat emas dalam Sukan Paralimpik 2020, sejajar dengan pungutan pingat negara tersebut pada Sukan Paralimpik 2016 yang diadakan di Rio de Janeiro, Brazil.[3] Malaysia telah mencapai sasaran mereka dengan merangkul tiga pingat emas dan dua pingat perak. Pencapaian ini merupakan rekod terbaik bagi negara tersebut sejak penampilan Sukan Paralimpik yang pertamanya pada tahun 1972.

Pentadbiran[sunting | sunting sumber]

Berikut merupakan pasukan pentadbiran kontigen Malaysia dalam Sukan Paralimpik 2020:[4]

  • Chef de Mission: Dato’ Sri Megat D Shahriman Bin Dato Zaharudin
  • Setiausaha: Laksamana Pertama Dato’ Subramaniam Raman Nair
  • Pengarah Bahagian Paralimpik MSN: Sofian bin Hamzah
  • Penasihat MPM: Mohan Govindasamy
  • Ketua Pegawai Perubatan: Dr. Azril Syazwan Bin Mohd Ali

Pasukan Malaysia juga diiringi oleh seorang jururawat, seorang tukang urut, seorang jurupulih anggota, empat orang personel perubatan dan dua orang personel pentadbiran dari MSN.

Peserta[sunting | sunting sumber]

Sukan Lelaki Wanita Jumlah
Memanah 2 0 2
Olahraga 4 1 5
Badminton 2 0 2
Boccia 1 0 1
Lumba basikal 3 2 5
Powerlifting 2 0 2
Renang 2 1 3
Ping pong 1 0 1
Tenis kerusi roda 1 0 1
Jumlah 18 4 22

Pemenang pingat[sunting | sunting sumber]

Pingat Nama Sukan Acara Tarikh
 Emas Bonnie Bunyau Gustin Powerlifting 72kg 28 Ogos
 Emas Cheah Liek Hou Badminton Perseorangan lelaki SU5 4 September
 Emas Abdul Latif Romly Olahraga Lompat jauh lelaki T20 4 September
 Perak Jong Yee Khie Powerlifting 107kg 30 Ogos
 Perak Chew Wei Lun Boccia Individu campuran BC1 1 September

Memanah[sunting | sunting sumber]

Atlet Acara Pusingan kedudukan Pusingan 64 Pusingan 32 Pusingan 16 Suku akhir Separuh akhir Akhir / Gangsa
Mata Seed Lawan
Mata
Lawan
Mata
Lawan
Mata
Lawan
Mata
Lawan
Mata
Lawan
Mata
Ked.
Suresh Selvathamby Recurve lelaki individu 579 28 Fail:Russian Paralympic Committee flag (2021).svg Tsydendorzhiev (RPC)
L 2-6
Tidak mara
Wiro Julin Compound lelaki individu terbuka 579 28 Bai Fail:Russian Paralympic Committee flag (2021).svg Shigaev (RPC)
L 126 - 136
Tidak mara

Olahraga[sunting | sunting sumber]

Acara balapan lelaki
Atlet Acara Kelayakan Akhir
Masa Ked. Masa Ked.
Mohamad Ridzuan Mohamad Puzi[5] 100 m T36 12.06 1 Q SB 12.15 4
Acara padang lelaki
Atlet Acara Akhir Ked.
Wong Kar Gee[6] Lompat jauh T12 5.93 PB 6
Abdul Latif Romly[7] Lompat jauh T20 7.45 SB Tempat pertama, pemenang pingat emas
Muhammad Ziyad Zolkefli[8] Lontar peluru F20 DNS
Acara balapan wanita
Atlet Acara Kelayakan Akhir
Masa Ked. Masa Ked.
Siti Noor Iasah Mohamad Ariffin 400 m T20 59.89 4 q SB 1:01.05 8

Badminton[sunting | sunting sumber]

Dua atlet para Malaysia berjaya mendapat kedudukan dalam kejohanan badminton, iaitu Cheah Liek Hou (acara SU5 lelaki) dan Didin Taresoh (acara SH6 lelaki).

Atlet Acara Peringkat kumpulan Separuh akhir Akhir / Gangsa
Lawan
Mata
Lawan
Mata
Lawan
Mata
Ked. Lawan
Mata
Lawan
Mata
Ked.
Cheah Liek Hou Perseorangan SU5  Eldakrory (EGY)
M (21–3, 21–2)
 Fang (TPE)
M (21–13, 21–8)
 Imai (JPN)
M (21–19, 21–12)
1 Q  Fang (TPE)
M (15–21, 21–10, 21–16)
 Dheva (INA)
M (21–17, 21–15)
Tempat pertama, pemenang pingat emas
Didin Taresoh Perseorangan SH6  Nagar (IND)
K (20–22, 10–21)
 Tavares (BRA)
K (13–21, 13–18) Ret
3 Tidak mara

Boccia[sunting | sunting sumber]

Atlet Acara Perlawanan pool Suku akhir Separuh akhir Akhir / Gangsa
Lawan
Mata
Lawan
Mata
Lawan
Mata
Lawan
Mata
Ked. Lawan
Mata
Lawan
Mata
Lawan
Mata
Ked.
Chew Wei Lun Individu campuran BC1  Oliveira (BRA)
M 5–2
 Huadpradit (THA)
M 3*–3
 Jung (KOR)
M 9–3
 Curinova (CZE)
M 11–0
1 Q  Zhang (CHN)
M 4–2
 Ramos (POR)
M 9–5
 Smith (GBR)
K 2–4
Tempat kedua, pemegang pingat perak

Lumba basikal[sunting | sunting sumber]

Lima pelumba basikal paralimpik Malaysia berjaya mendapat kelayakan ke Sukan Paralimpik 2020.

Lebuh raya[sunting | sunting sumber]

Lelaki
Atlet Acara Masa Ked.
Mohamad Yusof Hafizi Shaharuddin Uji masa C1 26:46.56 5
Lumba lebuh raya C1–3 -1 LAP 33
Muhammad Hafiz Jamali Uji masa C5 1:01:35.78 12
Zuhairie Ahmad Tarmizi DNF
Wanita
Atlet Acara Masa Ked.
Nur Azlia Syafinaz Mohd Zais
(Nurul Suhada Zainal – jurumudi)
Uji masa B DNF
Lumba lebuh raya B DNS

Trek[sunting | sunting sumber]

Lelaki
Atlet Acara Kelayakan Akhir
Masa Ked. Lawan
Masa
Ked.
Mohamad Yusof Hafizi Shaharuddin Kejar-mengejar perseorangan C1 3:58.413 7 Tidak mara
Muhammad Hafiz Jamali 1000m Uji masa C4–5 1:11.288 19
Zuhairie Ahmad Tarmizi 1:06.472 10
Mohamad Yusof Hafizi Shaharuddin
Muhammad Hafiz Jamali
Zuhairie Ahmad Tarmizi
Pecut pasukan campuran 50.532 5 Tidak mara
Wanita
Atlet Acara Kelayakan Akhir
Masa Ked. Lawan
Masa
Ked.
Nur Azlia Syafinaz Mohd Zais
(Nurul Suhada Zainal – jurumudi)
1000m Uji masa B 1:15.005 9

Ping pong[sunting | sunting sumber]

Atlet Acara Peringkat kumpulan Pusingan pertama Suku akhir Separuh akhir Akhir/Gangsa
Lawan
Keputusan
Lawan
Keputusan
Lawan
Keputusan
Ked. Lawan
Keputusan
Lawan
Keputusan
Lawan
Keputusan
Lawan
Keputusan
Ked.
Chee Chaoming Individu lelaki C9  Kalem (ITA)
K 0-3
 Stacey (GBR)
K 0-3
 Ma Lin (AUS)
K 0-3
4 Tidak mara

Powerlifting[sunting | sunting sumber]

Dua atlet powerlifting paralimpik Malaysia, Bonnie Bunyau Gustin dan Jong Yee Khie berjaya memasuki Sukan Paralimpik 2020.[9]

Atlet Acara Akhir
Keputusan Ked.
Bonnie Bunyau Gustin Lelaki -72kg 228
PR
1
Jong Yee Khie Lelaki -107kg 237 Tempat kedua, pemegang pingat perak

Renang[sunting | sunting sumber]

Tiga orang atlet renang paralimpik Malaysia, Muhammad Nur Syaiful Zulkafli, Jamery Siga dan Brenda Anelia berjaya layak ke Sukan Paralimpik 2020.

Lelaki
Atlet Acara Heat Akhir
Keputusan Ked. Keputusan Ked.
Muhammad Nur Syaiful Zulkafli 50m gaya bebas S5 33.46 5 Q 32.82 5
100m gaya bebas S5 1:16.33 7 Q 1:15.12 7
200m gaya bebas S5 DSQ Tidak mara
100m kuak dada SB4 DSQ Tidak mara
Jamery Siga 50m kupu-kupu S5 40.32 6 Tidak mara
Wanita
Atlet Acara Heat Akhir
Keputusan Ked. Keputusan Ked.
Brenda Anellia Larry 50m kuak lentang S4 59.33 11 Tidak mara
50m kupu-kupu S5 1:00.62 7 Tidak mara

Tenis kerusi roda[sunting | sunting sumber]

Seorang atlet para Malaysia berjaya layak ke kejohanan tenis kerusi roda berdasarkan kedudukan dunia.

Atlet Acara Pusingan 64 Pusingan 32 Pusingan 16 Suku akhir Separuh akhir Akhir
Lawan
Keputusan
Lawan
Keputusan
Lawan
Keputusan
Lawan
Keputusan
Lawan
Keputusan
Lawan
Keputusan
Abu Samah Borhan Perseorangan lelaki  Gil (CRC)
M 4–6, 6–3, 6–2
 Egberink (NED)
K 0–6, 1–6
Tidak mara

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "Japan welcomes Paralympians in spectacular fashion". Bernama. 24 August 2021. Dicapai pada 25 August 2021.
  2. ^ "Team Malaysia's outfits gain praises at Tokyo 2020 Paralympics opening ceremony". The Sun. 24 August 2021. Dicapai pada 25 August 2021.
  3. ^ "Olympics: Malaysia aims for first ever gold medal in Tokyo". Bernama. 19 July 2021. Dicapai pada 2 August 2021.
  4. ^ TEAM OFFICIALS Majlis Paralimpik Malaysia. Dicapai pada 31 Oktober 2021.
  5. ^ "Results - Men's 100m T36 Final" (pdf). IPC. 15 November 2019. Dicapai pada 10 November 2019.
  6. ^ "Wong Kar Gee qualifies to 2020 paralympics in long jump after gold in Paris". Star Online. 31 August 2019.
  7. ^ "Results - Men's Long Jump T20 Final" (pdf). IPC. 15 November 2019. Dicapai pada 7 November 2019.
  8. ^ "Dubai 2019 Results | Event Overview – Men's shot put F20". paralympic.org. Dicapai pada 2 February 2020.
  9. ^ "NSC: 10 para athletes through to 2020 Tokyo Paralympics". Malay Mail (dalam bahasa Inggeris). 26 Ogos 2020. Dicapai pada 27 Ogos 2020.