Malaysian Ghost Stories

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Malaysian Ghost Stories
Genre
Ditulis oleh
Pengarah
Lagu pembukaan"Tragedi" oleh Amira Othman
Lagu penutup"Tragedi" oleh Amira Othman
Negara asalMalaysia
BahasaMelayu
Bilangan episod38
Penerbitan
Penerbit eksekutif
  • Arie Zaharie
  • Azman Ahmad
Penerbit
  • Arie Zaharie
  • Azlan Zaharie
Tempoh siaran43 minit
Syarikat penerbitan
  • Arie Zaharie Production Sdn Bhd
  • AA Success Pictures
Penyiaran
Saluran asalAstro Ria
Format gambar1080i (HDTV)
Format audioDolby Digital Plus
Siaran asal25 Ogos 2021 – 28 Oktober 2021

Malaysian Ghost Stories ialah sebuah siri drama televisyen seram Malaysia 2021 arahan bersama Azhari Zain, Izuan Moktar dan Eoon Shuhaini. Siri ini mengisahkan berkaitan alam mistik legenda yang sering diceritakan secara turun temurun dalam pelbagai versi oleh masyarakat di Malaysia, drama ini memulakan tayangan perdana di Astro Ria bermula 25 Ogos 2021 menggantikan Lockdown.[1]

Jalan ceritanya tidak bersambung-sambung sebaliknya setiap episod mempunyai kisah yang berlainan.[2]

Penerbitan[sunting | sunting sumber]

Menurut penerbit drama ini, Arie Zaharie, objektif utama yang ingin disampaikan kepada penonton ialah untuk memaparkan pelbagai kisah hantu yang sering diceritakan di Malaysia sebagai hiburan untuk memberi kelainan. Kebanyakan generasi muda zaman sekarang kurang percaya dengan kewujudan entiti seram. Drama seram ini menghimpunkan semula kisah-kisah tersebut untuk dijadikan asas penceritaan utama.

Drama ini mengupas secara terperinci kepelbagaian jenis hantu yang sering didengari di Malaysia agar dapat memberi gambaran dan visual yang jelas mengenai bentuk, rupa dan sifat hantu tersebut serta bagaimana cara untuk mengatasi sebarang gangguan mistik sekiranya ada. Setiap kisah yang ditonjolkan sarat dengan nilai murni untuk diambil sebagai teladan dan pengajaran agar kita tidak sewenang-wenangnya mempersendakan kewujudan makhluk ini.

Daripada segi persediaan untuk menghasilkan drama seram, pihak produksi turut mendapatkan khidmat nasihat pengamal dan pakar dalam perubatan Islam sebagai langkah berjaga-jaga sekiranya terjadi sesuatu yang tidak diingini sewaktu di lokasi. Untuk pengetahuan, Imam Kanan Masjid Wilayah Persekutuan iaitu Ustaz Tuan Asmawi turut membuat penampilan istimewa dalam salah sebuah episod. [2]

Episod[sunting | sunting sumber]

No. episod Tajuk Pelakon Tarikh siaran asal
1"Nenek Hostel"Ruminah Sidek, Chubb-E, Fadhli Masoot, Fariz Isqandar, Azman Ahmad25 Ogos 2021

Ajak (Chubb-E), seorang pelajar nakal yang suka membuli pelajar lain. Kimi (Fariz Iskandar) sering menjadi mangsa buli. Satu hari Ajak tak lena tidur, bilik dia didatangi seorang nenek kebayan bertongkat. Nenek kebayan mengganggu setiap penghuni hostal yang ada di dalam bilik. Nenek kebayan mengetuk katil satu persatu dan mengira setiap pelajar yang dah tidur. Nenek kebayan perasan yang ajak belum tidur. Ajak menggigil ketakutan lalu berlari keluar bilik sambil menjerit.

Satu hostel kecoh dengan cerita nenek kebayan. Pelajar lain menganggap bahawa apa yang terjadi pada Ajak adalah satu balasan kerana sering membuli Kimi.
2"Jin Pemusnah"Syazwan Zulkifly, Nazeera Sardi, Hamidah Wahab, Tuan Asmawi26 Ogos 2021

Johan (Syazwan Zulkifly) seorang lelaki yang suka memancing. Satu hari dia balik memancing, isterinya Munirah (Nazeera Sardi) duduk di satu sudut dan dia merasakan ada sesuatu yang tak kena.

Munirah sering diganggu satu lembaga yang selalu datang kerumahnya. Lembaga itu bukan hanya mengganggu Munirah tapi bertukar rupa menjadi seperti Munirah untuk menggoda Johan.
3"Hantu Kum Kum"Ellie Suriati, Sahronizam Noor, Arie Zaharie, Rose Idris30 Ogos 2021

Faridah, seorang wanita yang mendambakan kecantikan sanggup memilih jalan sesat demi kecantikan. Tanpa diduga, dia melanggar pantang dan wajahnya menjadi hodoh.

Setelah itu dia perlu menghisap darah 40 gadis sunti sebagai bayaran untuk memulihkan semula wajah hodohnya itu.
4"Nenek Kebayan"Adam Shah, Anna Jobling, Fadilah Mansor, Azman Ahmad, Izzmad Harun, Mell Yahya31 Ogos 2021

Azri (Adam Shah) telah bertemu dengan Laila (Anna Jobling) di kawasan air terjun. Azri mula terpikat dengan kecantikkan Laila dan mereka berdua dengan jatuh hati.

Cinta Laila terlalu kuat sehinggakan Azri mengikuti Laila tanpa menyedari mainan ilusi nenek kebayan yang sebenarnya sedang menyamar.
5"Nu Gui (Hantu Cina)"Keith Foo, Daniella Sya, Jesse Lim, Derrick Yifan, Ammar Bahri1 September 2021

Mengisahkan tentang seorang gadis bernama Alice (Daniella Sya) telah dirogol dan dibunuh dengan kejam sekali. Tunang Alice tidak dapat menerima kenyataan dan menyeru roh Alice.

Roh Alice yang tidak tenteram berbaju merah mula memburu perogolnya.
6"Hantu Raya"Kazar Saisi, Sabrina Ali, Eric Fuzi, Tuan Asmawi2 September 2021
Pak Kasim (Kazar Saisi) membela hantu raya bertujuan untuk menjaga tanahnya. Pada satu hari, Pak Kasim keluar untuk menjerat ayam hutan. Hantu raya Pak Kasim telah menyamar menjadi Pak Kasim. Isterinya Zubaidah (Sabrina Ali) tidak pernah mengetahui tentang rahsia Pak Kasim.
7"Rumah Sewa RM100"Zizi Zulkifli, Meerqeen, Fimie Don, Nabil Aqil, Ariel Fesol, Hamdan Ramli6 September 2021

Mengisahkan tentang 3 orang rakan yang menyewa rumah dengan hanya RM100. Rumah sewa yang disangka boleh jadi tempat berehat, tempat berlindung tetapi mereka diganggu makhluk yang tak diundang.

Satu persatu kejadian berlaku. Salah seorang daripada mereka telah jatuh cinta dengan hantu rumah sewa tersebut. Sanggup nak paku tengkuk Pontianak. Kononnya supaya Cik Pon tu bertukar jadi perempuan cantik.
8"Pocong"Janna Nick, Nesa Idrus Bidin Huzaifah, Yun RF, Seramaymax7 September 2021

Fara (Janna Nick), seorang gadis yang mempunyai masalah mental dan telah bertunang. Sebulan lagi majlis nikah mereka, tunangnya pula mencari alasan untuk memutuskan hubungan mereka. Tunang Fara berlaku curang dan mereka tidak jadi berkahwin.

Fara tinggal bersama rakannya yang bernama Sara (Nesa Idrus). Sara ingin membantu Fara untuk menenangkan diri dan telah menempah bilik hotel untuk mereka berdua. Hari sepatutnya mereka bercuti, Sara pula tak dapat bercuti dnegan Fara.

Ikutkan Fara tak nak pergi berseorang. Tapi Sara janji akan pergi juga teman Fara. Ketika menuju ke bilik hotel. Fara rasakan sesuatu tapi dia tak ambil peduli dan terus masuk ke dalam bilik hotel. Si merembahkan diri atas katil kerana terlalu penat.
9"Langsuir"Hanna Aqeela, Fezrul Khan, Hazman Mahayuddin, Aiman Shuffle, Habib Ghan, Lokman Hakim, Adeeb Fahmi, Hanif Mohd Sabri8 September 2021
Mengisahkan tentang seorang gadis yang telah diperkosa dan dibunuh beramai ramai oleh sekumpulan lelaki. Dia telah menjelma menjadi langsuir dan membalas dendam. Dalam pada masa yang sama, pihak polis juga menjalankan siasatan terhadap kes tersebut.
10"Hantu Takde Kepala (Hantu Janet)"Hasnul Rahmat, Erry Putra, Khairul Anwar, Amir Ise, Eileen Yeo, Syazwan, Dollah Chantik, Muhammad Azim9 September 2021
Mengisahkan tentang tradisi orang dulu yang memotong kepala manusia untuk pemujaan dan ditanam di kawasan pembinaan sebagai tiang utama bangunan tersebut. Hantu takde kepala kemudian mengetuk pintu rumah mereka yang memotong kepalanya kerana mahukan kepalanya semula.
11"Hantu Jepun"Fezrul Khan, Zaki Yamani, Izzy Reef, Armand Ezra, Syamin Razi, Aliff Idham13 September 2021
Sekumpulan remaja yang berkumpul untuk aktiviti tambahan sekolah mereka telah diganggu dengan kemunculan askar Jepun apabila salah seorang dari mereka melanggar pantang larang tempat tersebut.
12"Penunggu Rumah Banglo"Hasnul Rahmat, Natasha Elyzza, Aleza Shadan, Hamdan Ramli, Tuan Asmawi14 September 2021
Siti (Natasha Elyzza), seorang gadis kampung yang masih muda menawarkan diri untuk bekerja sebagai orang gaji di sebuah banglo mewah. Tanpa dia sedar, penghuni rumah Siti bekerja itu sebenarnya telah lama mati dibunuh.
13"Balan Balan (Hantu Penanggal)"Bella Astillah[3], Zahiril Adzim, Hazida Hashim, Razman Mahayuddin, Shualaini Osman, Erin iqwanie, Afiq Syauqi15 September 2021
Amri (Zahiril Adzim) mengikuti kekasihnya Maria (Bella Astillah) untuk pulang ke kampungnya di Sabah berjumpa dengan ibu Maria. Pada satu malam, Amri telah melihat makhluk berupa kepala terbang di hadapannya untuk mencari mangsa.
14"Hantu Air"Balkisyh Semundur Khan, Amerul Affendi, Fadhli Masoot, Tuan Asmawi16 September 2021
Semasa memancing, Zaini (Amerul Affendi) dan rakannya telah menemui sebuah dulang ancak yang dihanyutkan untuk membuang saka terapung di atas permukaan air. Senyap-senyap Zaini mengambil sesuatu dari dalam dulang tersebut iaitu cincin. Kemudian, tanpa diduga Zaini berubah dan sesuatu telah berlaku pada dirinya.
15"Ulek Mayang[4]"Ara Johari, Neera Azizi, Didi Astillah, Zalif Sidek, Arie Zaharie, Ustaz Fahmi20 September 2021
Sekumpulan sahabat yang perlu menghadapi situasi getir bersama-sama apabila perlu berdepan dengan semangat "Ulek Mayang" yang muncul dan membawa petaka kepada mereka.
16"Hantu Orang Asli (Hantu Negui)"Nazim Othman, Jaja Iliyes, Kazar Saisi, Ilya Buang, John Anuar21 September 2021
Mengisahkan tentang 2 Orang Youtuber yang Tersesat di dalam hutan. Mereka kemudian diselamatkan oleh suku kaum temuan orang asli. Salah seorang daripada mereka dihantui oleh roh nenek yang masih merayau akibat tidak menjaga adab masuk hutan.
17"Nishi-Dak (Hantu India)"Jasper Supayah, P Jaegan, Deonwinder Singh, Rachelpreet Kaur, Bharathydevi, Isaac Abraham, Apit Wan Lebo22 September 2021
Gopal (P Jaegan) dan isterinya Kavita (Jasper Supayah) bersama dua orang anaknya Shanti dan Sashi telah berpindah sebuah banglo lama di Estet, tempat baru Gopal. Semasa tinggal di Rumah Banglo itu, pelbagai kejadian Mistik dan perkara Aneh berlaku. Tanpa disangka anaknya telah hilang diambil Nishi Dak, roh jahat yang tidak tenteram.
18"Misteri Topeng Barongan"Fizz Fairuz[5], Saiful Wazien, Faiz Katek, Amy Nur Tinie, Rosli Mohd Taib23 September 2021
Sufian (Fizz Fairuz) merupakan seorang pengumpul barangan antik dan juga influencer di media sosial yang sering berkongsi maklumat barang-barang antik yang dimiliknya. Sahabatnya Joey, beri tahu tentang Melissa yang mahu menjual 'Topeng Barongan' milik koleksi peribadi arwah Ayahnya di IG. Selepas dia memiliki Topeng Barongan itu, pelbagai kejadian aneh berlaku seperti topeng itu yang selalu beralih kedudukannya dengan bergerak sendiri.
19"Hantu Public Phone"Janna Nick, Khatijah Tan, Balkisyh Semundur Khan, Syed Irfan, Dollah Cantik, Syazwan Bakri, Megat Zaini Tun.27 September 2021
Zana (Janna Nick) telah mengangkat deringan telefon di sebuah pondok telefon yang aneh ketika melalui jalan tersebut. Sejak itu pelbagai gangguan muncul dan menghantui hidupnya serta merungkai sebuah rahsia yang tersimpan sekian lamanya.
20"Sumpahan Abu Mayat"Nina KSC, Kahoe Hon, Angeline Tan, Lily, Master Chan.28 September 2021
Susan (Nina KSC) & Gary (Kahoe Hon) merupakan pasangan yang ceria dan bahagia. Namun suatu hari Susan ditemui mati tergantung di hadapan rumah bersama sepucuk nota bunuh diri.
21"Penunggu Pohon Beringin"Johan As'ari, Jaja Iliyes, Nadia Brian, Tuan Asmawi, Fashmer Qalish, Ahmad Juahir.29 September 2021
Sumpahan Seroja yang difitnah dan dihukum mati di Pohon Beringin membawa malapetaka kepada seluruh kampung. Sejak kejadian itu pohon beringin itu menjadi tempat menghantar ancak untuk menjamu penunggu itu.
22"Jenglot"Julia Farhana Marin, Fimie Don, Syazlin Zainal, Wahid Senario, Saiful Wazian.30 September 2021
Sepasang penuntut yang sedang mengkaji asal usul jenglot tidak menyedari mereka semakin hampir dengan bahaya yang besar. Jenglot yang disangka mitos itu muncul merebut raga yang baru.
23"Mohini (Hantu India)"Karishma, Jayshee, Irfan Zaini, Tuan Asmawi, Norshaida.4 Oktober 2021
Mohini jelmaan wanita mati bunuh diri setelah hubungan cintanya tidak kesampaian. Sejak dari itu roh gentayangan itu mencari mangsa sebagai penganti kekasihnya untuk cinta mereka yang tidak kesampaian.
24"Pulangkan Jari Aku"Niezam Zaidi, Khatijah Tan, Razman Mahayuddin.5 Oktober 2021
Saddam (Razman Mahayuddin) yang telah meninggal dunia kerana kemalangan kembali pulang ke rumah untuk meminta jarinya yang tidak sempurna. Seluruh kampung dihantui hantu tanpa jari yang mengetuk pintu mereka.
25"Misteri Karak Highway"Johan As'ari, Erry Putra, Aiman Suffie.6 Oktober 2021
Tiga sahabat yang ingin ke Kuala Lumpur memilih untuk melalui jalan Karak lama untuk mengelak kesesakan. Namun ketika melalui jalan tersebut mereka menempuhi pengalaman yang menyeramkan.
26"Janin"Nazim Othman, Neera Azizi, Delimawati.7 Oktober 2021
Hani (Neera Azizi) dan teman lelakinya telah melakukan pengguguran bayi berkali-kali dengan bantuan seorang bidan kampung. Namun kelakuan buruk mereka kali ini membawa padah apabila janin itu tidak ditanam dengan betul.
27"Kellie's Castle"Usop, Nadia Brian, Dr. Kamran, Aryan Adzrin, Erin Erina11 Oktober 2021
Seorang pemuda yang nakal mendapat balasan apabila dia terperangkap di dalam Kellie’s Castle pada waktu malam. Gangguan demi gangguan sebagai balasan kejahatan yang dia lakukan.
28"Bomoh Puaka"Fauzi Nawawi, Nadya Syahera, Dilla Ahmad, Reza Hasbi, Apit Wan Lebo12 Oktober 2021
Hafizullah yang merasa tertipu dengan khidmat seorang bomoh untuk mendapatkan jawatan telah membunuh bomoh itu dengan kejam. Sejak kejadian itu hidupnya sentiasa dihantui jelmaan bomoh tersebut.
29"Jembalang Tanah"Fikhree Bakar, Zeera Azizi, Ryzal Jaafar13 Oktober 2021
Ridhwan memutuskan untuk memecahkan sebuah busut besar yang ada di kebunya telah mengundang amukan dari jembalang tanah yang tinggal di situ. Satu-persatu nyawa ahli keluarganya menjadi buruan.
30"Hantu Kopek"Delimawati, Reza Hasbi, Nadya Syahera, Wahid Senario14 Oktober 2021
Kehadiran hantu kopek telah menimbulkan kerisauan penduduk kampung apabila anak-anak menjadi sasaran dan hilang disorok hantu tersebut. Kehilangan Fafa memaksa Pak Mad untuk bertindak melawan makhluk itu.
31"Boneka Puaka"Mustaqim Bahadon, Husna Mustaffa, Afiyah Azri18 Oktober 2021
Jasmine yang kemurungan setelah kematian anak sulungnya membeli sebuah boneka yang comel. Namun tanpa disedari boneka itu adalah boneka puaka yang diperbuat daripada tuala wanita terpakai.
32"Pelesit"Amanda Misbun, Azar Azmi, Razman Mahayuddin, Haeriyanto Hassan, Izzmad Harun, Apit Wan Lebo19 Oktober 2021
Perniagaan Nora mula terganggu apabila wujud gerai baru bersebelahan gerainya. Semakin hari keadaan semakin teruk sehingga mereka menemukan belalang pelesit yang muncul di gerai mereka.
33"Bidan Nek Nah 1"Mak Wan, Didie Alias, Nadia Brian, Zahiril Adzim20 Oktober 2021
Kila bergegas pulang ke kampung setelah mendapat berita kematian neneknya seorang bidan tersohor. Pelbagai cerita aneh didengari Kila mengenai neneknya dan tanpa dia sedari sesuatu sedang menunggunya.
34"Bidan Nek Nah 2"Mak Wan, Nadia Brian, Zahiril Adzim, Didie Alias21 Oktober 2021
Walaupun jasad Bidan Nek Nah telah mati namun ilmunya masih hidup. Kila yang terbelenggu mewarisi ilmu neneknya telah mengamalkan ilmu tersebut secara tidak sengaja.
35"Buka Hijab 1"Didie Alias, Azlee Khairi, Harris Anuar, Tuan Asmawi, Shah Kimie25 Oktober 2021
Uzair yang cemburu dengan kebolehan sahabatnya Asmawi yang boleh melihat makhluk halus dari kecil ingin melakukan upacara membuka hijab. Mamat membawanya berjumpa seorang dukun untuk mencapai cita-citanya.
36"Buka Hijab 2"Khatijah Tan, Azlee Khairi,26 Oktober 2021
Menyesal dengan perbuatanya itu, Uzair ingin pulang ke kampung nenek angkatnya untuk meminta bantuan. Namun tanpa Uzair sedari Nek Mun sebenarnya telah meninggal dunia.
37"Buka Hijab 3"Mawar Rashid, Azlee Khairi, Tuan Asmawi27 Oktober 2021
Terpaksa menerima keadaan dirinya yang kini boleh meilihat makhluk halus Uzair menggunakan kelebihan itu sebaiknya dengan membantu "makhluk" yang bergentayangan melunaskan urusan mereka.
38"Buka Hijab 4"Mawar Rashid, Azlee Khairi, Zul Huzaimy28 Oktober 2021
Uzair bekerjasama dengan seorang detektif cuba membantu Umaira sorang gadis polos yang disangka membunuh diri namun sebenarnya adalah tumbal pada sebuah upacara peyembahan.

Runut bunyi[sunting | sunting sumber]

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Drama Malaysian Ghost Stories. MyInfoTaip. Dicapai 5 September 2021.
  2. ^ a b "Pelbagai kisah hantu dalam Malaysian Ghost Stories". UtusanTV. 27 Ogos 2021. Dicapai pada 5 September 2021.
  3. ^ Zaidi Mohamad (25 Ogos 2021). "Bella Nampak kelibat seram". Berita Harian. Dicapai pada 15 September 2021.
  4. ^ Syafil Syazwan Jefri (20 September 2021). "Penangan ulek Mayang tak ada ritual pun real kena rasuk". Harian Metro. Dicapai pada 21 September 2021.
  5. ^ Sairul Zamri Misrani (24 September 2021). "Terkena penyakit misteri Almy Nadia tertekan lihat keadaan suami". Harian Kosmo. Dicapai pada 26 September 2021.