Malaysian Honda Civic Club

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
Ultras Malaya
Ultras Malaya (Before MAS vs SIN; jalan besar stadium).png
Ditubuhkan2007
JenisKumpulan penyokong
LokasiMalaysia Malaysia
Keahlian1,000 ahli
              
Laman webhttp://mhccgroup.com/

Dikenali dengan nama ringkas “MHCC”, atau lebih tepat Malaysian Honda Civic Club mempunyai ahli yang melibatkan seluruh semenanjung Malaysia termasuk Sabah dan Sarawak. Dengan jumlah ahli yang mencecah 10ribu ahli, MHCC gah mengumpul kesemua pemilik model Honda Civic dari Generasi Pertama Hingga lah ke Generasi terkini. Dengan berteraskan Rekreasi dan Sosial Kelab ini aktif mengadakan aktiviti-aktiviti kepada Ahli yang menyertai.

Pengenalan[sunting | sunting sumber]

Sejarah Awal[sunting | sunting sumber]

Kelab ini ditubuhkan pada 9 Oct 2003 melalu Yahoo Groups oleh Saudara Faiz Yusof (Castello). Pada mulanya kelab ini hanya aktif hanya di dalam website, setelah setahun beroperasi saudara Aman Mahmud Mean (amanx) mula mengadakan perjumpaan-perjumpaan kecil di sekitar Kuala Lumpur bagi menghidupkan kelab ini. Setelah mendapat sambutan yang menggalakkan, saudara Faizal Salehan (faceless) mula menawarkan membina laman web yang tersendiri iaitu www.mhccgroup.com pada 28 Jun 2005.[1] Laman yang cukup canggih serta user friendly merupakan talian khas bagi ahli-ahli MHCC untuk berforum sesama ahli inilah medium perhubungan yang amat bermanfaat dan berilmu. Antara isi kandungan website adalah forum perbincangan mengenai pelbagai topik, pengiklanan, galeri foto, calendar aktiviti kelab dan pelbagai lagi.

Zon Dan Region[sunting | sunting sumber]

MHCC terbahagi kepada 5 Region iaitu:

Setiap Region mempunyai Carta Organisasi tersendiri yang dikawal oleh Central Region sebagai pusat pentadbiran MHCC. Bagi membiayai Kelab, MHCC menggunakandana sendiri hasil dari penjualan baju polo, T-shirt, Kemeja Rasmi, Stiker & Pelekat cermin Rasmi kelab kepada ahli-ahli kelab. MHCC juga ada menerima sumbangan tajaan daripada penaja dan juga sedang giat mencari penaja untuk aktiviti-aktiviti bagi tahun yang akan datang agar kami dapat menjalankan program yg lebih bermanfaat kepada ahli dan masyarakat. Anda memiliki Honda Civic, silalah luangkan sedikit masa menyertai dan menjadi sebahagian ahli keluarga Kelab Honda Civic Malaysia dimana bantuan diperlukan dengan tangan terbuka kami hulurkan bukan sahaja kepada ahli malah masyarakat Malaysia terutamanya.

Organisasi[sunting | sunting sumber]

Jawatan Nama
PRESIDEN Masera Othman
NAIB PRESIDEN Norwan Sham
SETIAUSAHA AGUNG Radzuan Muhamad
BENDAHARI Zuraidah Abd Rahman

Pendaftaran R.O.S.[sunting | sunting sumber]

Pada tanggal 16 Jun 2009, MHCC telah berjaya berdaftar dengan R.O.S. dengan nama baru iaitu "Kelab Pemilik-Pemilik Honda Civic Malaysia". Dengan pendaftaran ini, kelab ini kian agresif dan terus giat menjalankan aktiviti yang lebih sihat. Semoga MHCC terus maju menjadi kelab paling aktif di Malaysia. Tahniah & Terima Kasih kepada Ahli2 yang sentiasa memberi sokongan. Teruskan bersama MHCC, pihak AJK sentiasa dalam perancangan untuk menghidangkan anda dengan aktiviti-aktiviti yang lebih menarik.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

Pautan Luar[sunting | sunting sumber]