Pergi ke kandungan

Malaysian Idol

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Malaysian Idol
FormatPertandingan nyanyian
Pertandingan realiti
PenciptaSimon Fuller
PengacaraSoo Kui Jien (1-2)
Sharifah Aleya (1)
Cheryl Samad (2)
JuriRoslan Aziz (1-2)
Fauziah Latiff (1-2)
Paul Moss (1-2)
PenggubahJulian Gingell
Barry Stone
Cathy Dennis
Negara asalMalaysia
BahasaMelayu
Inggeris
Bilangan musim2
Bilangan episod53
Penerbitan
LokasiPelbagai
Tempoh siaran3 jam
Penyiaran
Saluran asal8TV (Siaran langsung)
TV3 (Siaran ulangan)
Siaran asal15 Ogos 2004 – 24 September 2005
Kronologi
Diikuti olehOne in a Million

Malaysian Idol ("Idola Malaysia")[1] ialah siri Idol versi Malaysia yang diperkenalkan di UK, sama seperti francaisnya, Pop Idol dan American Idol. Ini merupakan pertandingan untuk mencari bakat baru di Malaysia, pemenangnya akan menerima perjanjian kontrak dari syarikat rakaman besar, begitu pun ada dikalangan peserta yang tidak memenanginya juga mendapat kontrak rakaman kerana memiliki kepopularan. Seperti rancangan Idol yang lain, pemenang ditentukan oleh orang ramai. Malaysian Idol mendapat sambutan kerana peminat dari Malaysia tertarik dengan siri American Idol yang mana telah diperkenalkan beberapa tahun sebelumnya.[2]

Ia disiarkan di 8TV dan TV3. Beberapa peserta terakhir Malaysian Idol telah menjadi selebriti terkenal, kerana mereka mempunyai pengikut setia sendiri yang mengikuti mereka semasa menjadi peserta rancangan itu. Bagaimanapun siri ini hanya bersiaran selama dua musim sebelum digantikan dengan One in a Million pada tahun 2006. Keputusan itu dibuat selepas pihak 8TV mengumumkan bahawa siri ini tidak akan diteruskan untuk musim ketiganya.

Gambaran keseluruhan

[sunting | sunting sumber]

Secara umumnya, Malaysian Idol mengikut konsep siri Idol. Peserta yang bercita-cita untuk menjadi penyanyi mendaftarkan diri, dan menghadiri uji bakat pada peringkat saringan di hadapan pengadil. Calon akan diterima atau disingkirkan oleh para juri pada pusingan seterusnya.[3] Peringkat seterusnya, peserta Idol akan membuat persembahan secara bersendirian dan berkumpulan, dan akan meneruskan satu lagi pusingan penyingkiran (seperti yang diputuskan oleh pengadil). Fasa seterusnya melibatkan minggu persembahan dihadapan penonton seluruh negara melalui siaran televisyen, dan peserta yang memiliki undian paling sedikit akan dikeluarkan daripada pertandingan (setelah mengira undian yang dihantar oleh penonton melalui SMS dan panggilan telefon setiap minggu). Proses ini akan berterusan sehingga johan Malaysian Idol terpilih pada malam Grand Final.

Pengacara

[sunting | sunting sumber]

Musim pertama dihoskan oleh Soo Kui Jien dan Sharifah Aleya. Bagaimanapun pada musim kedua, Jien digandingkan dengan Cheryl Samad.

Tiga pengadil, dua pengadil lelaki dan seorang pengadil perempuan (seperti format untuk pengadil American Idol) untuk Malaysian Idol.[4] Mereka terdiri daripada:

Senarai musim

[sunting | sunting sumber]

Mengikut susunan penyingkiran

Musim Juara Naib Juara Finalis lain Bil. Finalis
1 Jaclyn Victor Dina Nadzir * Vick Teo
* Andrew Tan
* Saiful Bakeri
* Nikki Palikat
* Zamil Idris
* Victor Lee
* Fahmy Zakaria
* Rydiana Rahim
* Sufiah Noor
* Fazly Zainal
12
2 Daniel Lee Nita Hamzah * Farah Asyikin
* Faizull Herman
* Ashvin Nair
* Adam Alli
* Xerra Hamisah
* Ejay Wong
* Azam Yakob
* Atilia Sarani
* Trish Priscilla
11
Finalis Malaysian Idol
(dengan tarikh penyingkiran)
Musim 1
Jaclyn Victor (Jac) Juara
Faradina Mohd. Nadzir (Dina) 10 Oktober
Vick Teo 3 Oktober
Andrew Tan 26 September
Mohd Saipul Bakeri 19 September
Nicolette Palikat (Nikki) 12 September
Zamil Idris 5 September
Victor Lee 29 Ogos
Mohd. Fahmy 22 Ogos
Rydiana "Rydee" Abdul Rahim 22 Ogos
Sufiah Mohamed Noor 15 Ogos
Fazli Zainal 15 Ogos

Seramai 13,000 rakyat Malaysia mencuba nasib mereka untuk memasuki arena muzik tempatan dengan menghadiri uji bakat di empat lokasi di negara (Pulau Pinang, Kuching, Johor Bahru dan Kuala Lumpur). Daripada bilangan peserta yang besar ini, hanya 33 layak memasuki pertandingan untuk meraih sokongan penonton. Empat minggu pusingan bengkel (termasuk satu pusingan wildcard) dilalui mereka sebelum dikurangkan lagi kepada 12 orang di peringkat akhir.

Pada 9 Oktober 2004, Jaclyn Victor dinobatkan sebagai juara Malaysian Idol pertama sementara tempat kedua Dina Nadzir di Arena of Stars, Genting Highlands. Lagu kemenangan Malaysian Idol ialah "Gemilang", ciptaan pengarah muzik Malaysian Idol iaitu Aubrey Suwito.

Saat paling getir dalam pusingan akhir (atau Spectaculars), seperti yang dianggap oleh para penonton, ialah yang mana Jaclyn Victor yang dianggap sebagai yang paling berbakat mengalami igauan nyaris tersingkir sebanyak dua kali sepanjang pertandingan, iaitu sewaktu penyingkiran di minggu kelima dan ketujuh pusingan tersebut. Pada minggu kelima, Nikki Palikat yang juga meraih pujian kerana teknik "bersiul" ketika melaungkan not yang tinggi (ala Mariah Carey) yang mengagumkan, tersingkir daripada pertandingan, melengkapkan isu pertikaian yang melanda rancangan ini bagi tempoh seminggu.

Penyertaan Victor, Saiful dan Andrew dalam pertandingan ini dianggap sebagai yang paling kerap dipertikai oleh sesetengah penonton yang dikatakan amat peka kepada bakat nyanyian, kerana vokal mereka yang lemah atau kaku yang menjadikan persembahan mereka kelihatan tidak bersemangat.

Peserta Top 100

[sunting | sunting sumber]

Antara nama-nama besar yang diperkenalkan daripada Top 100 Malaysian Idol musim pertama ialah Amylea Azizan, Zehra Zambri, Lufya Omar, Along Cham, Riz Zaizizi, Awal Ashaari dan Sharifah Zarina.

  1. Foo Chyong In
  2. Faradina bt. Mohd Nadzir
  3. Farhana bt. Mohamad
  4. Natasha Asraf bt. Abd. Razak
  5. Khairuddin b. Abas
  6. Muhammad Nizamudin b. Ahmad
  7. Azlif Suhaizad b. Abdullah
  8. Lee Boon Peng
  9. Zulham Effendy b. ALi
  10. Muhammad Ezureen b. Esa
  11. Noor Nadia bt. Russali
  12. Amirul Dzarif b. Kerya
  13. Noriezuana bt. Syed Shafudin
  14. Lutfyah bt. Sheikh Omar
  15. Rahayudean b. Rahmat
  16. Victor Lee Choon Keat
  17. Mohammed Idris bin Mohd Zaizizi
  18. Mavick Teo Hui Mau
  19. Karen Watts
  20. Marziatul Shima bt. Ahmad Tarmizi
  21. Hairil Anwar Amirusin
  22. Keith Loh Chee Wan
  23. Denise Andrea Pragassam
  24. Hamsa b Yunus
  25. Rachael Shristi Winson
  26. Chelsia Ng
  27. Khoo Siew Gim
  28. Shikin Shuriani bt. Abdul Skukor
  29. Ooi Eng Hean
  30. Ahmad Shakir bin Abdul Aziz
  31. Ahmad Na'im bin Abdul Razak
  32. Intan Suraiya bt. Roslan
  33. Noor Izwan bin Muhamad
  34. Daniel Boone De Silva
  35. Terrence Joseph Dass
  36. Alan Low Chu Bang
  37. Adrienne Wong Hoey Hoey
  38. Mohd Fauzi B Abdul Wahad
  39. Jumizah bt. Samsudin
  40. Nicolette Palikat
  41. Rydiana bte Abdul Rahim
  42. Harfisza Feszy bt. Ramli
  43. Mohd. Saipul b. Bakeri
  44. Aifa Ashma bt. Mobil
  45. Amylia bt. Mohd Azizan
  46. Sylvester Chin Kee Wee
  47. Cheah Wen Lin
  48. Kameliana bt. Mohd. Yunus
  49. Fauziah bt. Abang Hasni
  50. Yasir b. Mohamed @ Mohamad
  51. Azizan b. Alli
  52. Barbar Anak Edward
  53. Sufiah bte. Mohamed Noor
  54. Mohd. Fahmy b. Zakaria
  55. Nooraisha Farizan bte. Abu Bakar
  56. Andrew Tan Khin Huat
  57. Farizzudin b. Mohamad Taib
  58. Fatimah bte. Ismail
  59. Puteri Farah Najwa bte. Megat Ahmed Tahwil
  60. Sri bte. Ismail
  61. Murinieyanty bte. Mustafa
  62. Niels Rizal Ridzuan Andersen
  63. Jaclyn a/p Joshua Thanaraj Victor
  64. Fazdli b. Zainal
  65. Ahmad Zamil b. Mohd Idris
  66. Zehra bte. Zambri
  67. Norhazlinda bte. Husain
  68. Zaiyanis bte. Mohamad Zin
  69. Putri Noor Nawal bte. Ramlan
  70. Emma Shazuin bte. Amiruddin
  71. Nur Shareen bte. Mohd Fauzi
  72. Nur Farhan bte. Azizan
  73. Ilya Qastalanni b. Haulilah
  74. Ong Seng-Yew
  75. Mohammed Shahril b. Mohd. Saleh Hussien
  76. Ahmad Farhan b. Asmawar
  77. Tan Sin Sim
  78. Lee Kar Wei
  79. Norafida bte. Abdullah
  80. Debaroti Dasgupta
  81. Seow Li Sze
  82. Mohd Fazrie b. Mamat
  83. Jeanie Lee Ching Ting
  84. Haswari b. Ali
  85. Samsuddin b. Zairun
  86. Ho Pooi Kuan
  87. Zulkifli b. Zali
  88. Simion Wee Boon Kuan
  89. Nik Mohd. Aidil b. Nik Zamri
  90. Siti Hajar Aisyah bte. Mohammad Rashid
  91. Ray Cheong Xiangyi
  92. Zamari b. Zakaria
  93. Eric Lim Kien Fei
  94. Erna Elliyana bte. Rosli
  95. Amee Halizah bte. Abdul Halim
  96. Aesar b. Mustafa
  97. Vanessa Tan Suet Yi
  98. Ahmad Awaluddin b. Ashaari
  99. Keeta bte. Brennan
  100. Nik Hannag Awanis bte. Supian
  101. Intan Zarith Sofia bte. Mohamed Anuar
  102. Hafizah bte. Wahid
  103. Sharifah Zarina bte. Wan Hasan
  104. Wan Muhammad Shahir b. Wan Abd. Wahab
  105. Wan Shahlim b. Wan Abd. Wahab
  106. Hartini bte. Hapiz

Kali ini 9,000 orang mencuba nasib, bilangan yang kurang berbanding musim lalu. Daripada mereka 24 orang terpilih untuk muncul di kaca TV untuk meraih undian melalui empat minggu bengkel sebelum dikurangkan kepada 11 orang untuk memasuki peringkat akhir.

Finalis Malaysian Idol
(dengan tarikh penyingkiran)
Musim 2
Daniel Lee Chee Hun Juara
Norhanita Hamzah [24 September
Farah Asyikin Zulkifli 17 September
Faizull Herman Mohamad Yahya 10 September
Ashvin Nair 3 September
Adam Ali 27 Ogos
Tengku Hamisah Zahara Tengku Zaimi (Xerra) 20 Ogos
Wong Shau Fui (Ejay) 13 Ogos
Azam Yaakob 6 Ogos
Atilia Sarani 30 Julai
Tricia Priscilla d'Cruz (Trish) 30 Julai

Juara Malaysian Idol musim kedua ialah Daniel Lee Chee Hun (Daniel) yang mengalahkan Norhanita Hamzah (Nita). Persembahan terakhir diadakan pada 23 September 2005 dan keputusan telah disiarkan pada 24 September 2005 di Arena of Stars Genting Highlands. Lagu pemenang musim kedua ialah "Mimpi", ditulis oleh Pot Amir, salah seorang ahli kumpulan Innuendo.

Kontroversi

[sunting | sunting sumber]

Walaupun berjaya meningkatkan bilangan penonton berbanding musim pertama (mengikut kajian media), musim kedua Malaysian Idol menerima pelbagai kritikan mengenai mutu para pesertanya, terutamanya juaranya Daniel Lee Chee Hun yang dikutuk oleh sebilangan orang sebagai tidak berbakat dalam nyanyian dan bergantung kepada paras rupanya yang "comel" untuk meraih undian oleh gadis muda. Bagaimanapun, Daniel dan peminatnya menghadapi cabaran tersebut dengan jualan album yang laris.

Kontroversi yang menyelubungi MI tidak bermula di situ. Antara pertikaian yang terawal ialah penyingkiran Lee Kar Wei, seorang peserta perempuan yang terpuji kerana "nyanyiannya yang sangat bagus", di pusingan saringan sebelum bermulanya pertandingan, menyebabkan sebilangan penonton mempersoal kredibiliti dan profesionalisme para juri.

Di pertandingan meraih undian pula, timbulnya keresahan antara sebahagian penonton setia yang mendapati bukan sahaja para peserta mempersembahkan lagu-lagu secara tidak konsisten, malah penyertaan peserta seperti Faizull dan Daniel kuat tercabar oleh orang awan yang meninggalkan pesanan di laman Internet, tambahan pula terjadinya penyingkiran awal peserta yang dianggap mereka sebagai paling bermutu, seperti Atilia, Trish dan Xerra.

Yang sebenarnya ramai yang tidak berpuas hati dengan kemenangan Daniel Lee boleh disebabkan undian perkauman. Tambahan pula Malaysian Idol disiarkan di saluran Cina, itu menjadi penyebab adalah mustahil peserta bukan berbangsa Cina yang menang pertandingan ini. Sesiapa yang aktif dengan forummer di krees.com tahu bahawa pada malam penyingkiran Faizul Rock Orang Kampung, undian untuk Faizul tersekat. Ini diberitahu oleh orang dalam belakang tabir Malaysian Idol sendiri yang keluar memberitahu kepada forummer yang lain. Ramai yang tidak puas hati dengan keadaan itu, dan itulah yang menyebabkan Malaysian Idol jatuh standardnya yang tersendiri. Malah admin krees.com juga seperti berat sebelah dengan mengatakan Faizul kononnya diberikan hak untuk tidak menyanyikan lagu English. Ini adalah perbuatan yang tidak profesional. Jika Faizul adalah pilihan rakyat Malaysia untuk jadi pemenang, seharusnya tidak perlu sebarang komplot untuk buat mana-mana peserta tersingkir.

Diskografi

[sunting | sunting sumber]

Album kompilasi

[sunting | sunting sumber]

Lagu kemenangan

[sunting | sunting sumber]

Setiap musim seramai dua orang finalis yang akan mara ke konsert akhir yang dipanggil Grand Finale dimana kedua-dua finalis ini akan diberikan sebuah lagu baru. Kemudian kedua-dua finalis akan bergilir-gilir menyanyikan lagu baru tersebut dan lagu baru tersebut bakal menjadi hak milik kepada finalis yang bergelar juara.

Musim Juara Lagu Kemenangan
1 Jaclyn Victor "Gemilang"
Lagu: Aubrey Suwito
Lirik: Asmin Mudin
2 Daniel Lee "Mimpi"
Lagu: Pot Amir
Lirik: Pot Amir
  1. ^ Zul Husni Abdul Hamid (12 Jun 2004). "Idola Malaysia dalam pencarian". Berita Harian. Dicapai pada 5 Mei 2020.
  2. ^ https://web.archive.org/web/20040518225105/http://www.utusan.com.my/utusan/content.asp?y=2004&dt=0417&pub=Utusan_Malaysia&sec=Hiburan&pg=hi_04.htm
  3. ^ "8TV cari peserta untuk Malaysian Idol". Berita Minggu. 10 Februari 2004. Dicapai pada 5 Mei 2020.
  4. ^ Haswari Ali (28 Ogos 2004). "3 syarat jika mahu bergelar Malaysian Idol". Berita Harian. Dicapai pada 5 Mei 2020.

Pautan luar

[sunting | sunting sumber]