Malaysian Idol (musim 2)

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Malaysian Idol 2 mulai disiarkan secara langsung pada 30 Julai 2005 sehingga 24 September 2005. Dihoskan bersama oleh Soo Kui Jien dan Cheryl Samad. Musim kedua kali ini dimenangi oleh Daniel Lee yang berasal dari Changlun, Kedah.

Malaysian Idol
Musim 2
Malaysia Idol
Diacarakan olehSoo Kui Jien
Cheryl Samad
JuriRoslan Aziz
Fauziah Latiff
Paul Moss
Bil. peserta11
JuaraDaniel Lee
Naib juaraNita Hamzah
Tempat finalGenting Arena Of Stars, Genting Highland
Lagu kemenangan"Mimpi"
Negara asalMalaysia
Bil. episod12
Keluaran
Rangkaian8tv (Siaran Langsung)
TV3 (Siaran Ulangan)
Tarikh siaran4 Jun –
24 September 2005
Kronologi musim
← Sebelumnya
Musim 1

Namun, tepat pada 12 Mac 2006, pihak CEO rangkaian stesen televisyen 8tv telahpun mengumumkan bahawa ini adalah musim terakhir bagi siri Idol dimana rancangan ini tidak lagi diteruskan untuk ke musim ketiga. Bagaimanapun siri ini telah digantikan dengan One in a Million iaitu siri yang menggunakan format yang sama seperti Malaysian Idol.

Ujibakat[sunting | sunting sumber]

Kali ini 9,000 orang mencuba nasib, bilangan yang kurang berbanding musim lalu. Daripada mereka 24 orang terpilih untuk muncul di kaca TV untuk meraih undian melalui empat minggu workshop sebelum dikurangkan kepada 11 orang untuk memasuki peringkat akhir.

Episod Tarikh ujibakat Lokasi ujibakat
1 9-10 April 2005 Kuching, Sarawak
2 16-17 April 2005 Johor Bahru, Johor
3 24-25 April 2005 Pulau Pinang
4 6-8 Mei 2005 Kuala Lumpur

Finalis Top 11[sunting | sunting sumber]

(Umur peserta dicatat sewaktu pertandingan)

Finalis Umur Asal
Daniel Lee Chee Hun (Daniel) 22 Changlun, Kedah
Norhanita binti Hamzah (Nita) 25 Kuala Lumpur
Farah Asyikin binti Zulkifli (Farah) 26 Kuala Lumpur
Faizull Herman bin Mohd Yahya (Faizull) 24 Melaka
Ashvin Kumar Nair (Ash) 25 Selangor
Adam bin Alli @ Abdul Kawi (Adam) 23 Sarawak
Tengku Hamisah Zaharah binti Tengku Zaimi Azlan (Xerra) 25 Kuala Lumpur
Wong Shau Fui (Ejay) 25 Sabah
Azam bin Yakab @ Yakob (Azam) 21 Sabah
Atilia binti Sarani (Atilia) 28 Kuala Lumpur
Tricia Priscilla D'Cruz (Trish) 21 Kuala Lumpur

Spektakular[sunting | sunting sumber]

Spektakular 1 (Top 11)[sunting | sunting sumber]

Tarikh siaran: 30 Julai 2005
Tema: Hits Tempatan Atau Antarabangsa
Juri jemputan: Nora Ariffin

  • Atilia: "You Had Me" (Joss Stone)
  • Ash: "I Don't Wanna Be" (Gavin DeGraw)
  • Azam: "Salsabila" (Yasin)
  • Trish: "A Woman's Worth" (Alicia Keys)
  • Adam: "Mentera Semerah Padi" (M. Nasir)
  • Farah: "Cobalah Untuk Setia" (Krisdayanti)
  • Ejay: "We Belong Together" (Mariah Carey)
  • Faizull: "Semangat Zaman" (Nash)
  • Daniel: "True" (Ryan Cabrera)
  • Xerra: "Karma" (Alicia Keys)
  • Nita: "Left Outside Alone" (Anastacia)

Tiga tercorot: Trish, Atilia & Ejay
Tersingkir: Trish & Atilia

Spektakular 2 (Top 9)[sunting | sunting sumber]

Tarikh siaran: 6 Ogos 2005
Tema: Warna Warni
Juri jemputan: Dayang Nurfaizah

  • Daniel: "Somewhere Over The Rainbow" (Judy Garland)
  • Nita: "Tenda Biru" (Desy Ratnasari)
  • Farah: "Colors Of The Wind" (Vanessa Williams)
  • Azam: "Sekuntum Mawar Merah Sebuah Puisi" (Alleycats)
  • Ash: "Lady In Red" (Chris DeBurgh)
  • Xerra: "Brown Eyes" (Destiny's Child)
  • Adam: "Pelangi Petang" (Sudirman)
  • Ejay: "Black Eyed Boy" (Texas)
  • Faizull: "Peronda Jaket Biru" (Wings)

Tiga tercorot: Azam, Ash & Faizull
Tersingkir: Azam

Spektakular 3 (Top 8)[sunting | sunting sumber]

Tarikh siaran: 13 Ogos 2005
Tema: R&B/Pop
Juri jemputan: -

  • Faizull: "Jangan Lafazkan" (KRU)
  • Ash: "Ain't Too Proud to Beg" (Temptations)
  • Adam: "Semua Untukmu" (Anuar Zain)
  • Farah: "Don't Let Go" (EnVogue)
  • Ejay: "All Around The World" (Oasis)
  • Daniel: "Obsessions" (Frankie J)
  • Nita: "Snow On The Sahara" (Anggun)
  • Xerra: "Ain't Nobody" (Chaka Khan)

Tiga terbawah: Ejay, Xerra & Ash
Tersingkir: Xerra

Spektakular 4 (Top 7)[sunting | sunting sumber]

Tarikh siaran: 20 Ogos 2005
Tema: Tribute Penulis Lagu Tempatan
Juri jemputan: Ahmad Izham Omar

Tiga tercorot: Xerra, Ash & Faizull
Tersingkir: Xerra

Spektakular 5 (Top 6)[sunting | sunting sumber]

Tarikh siaran: 27 Ogos 2005
Tema: Rock
Juri jemputan: Jeff Timmons

  • Farah: "U Oughta Know" (Alanis Morrissete)
  • Adam: "Ada Apa Denganmu" (Peterpan)
  • Nita: "Bring Me To Life" (Evanescence)
  • Daniel: "In The Shadows" (The Rasmus)
  • Ash: "With Or Without You" (U2)
  • Faizull: "Don't Cry" (Guns N Roses)

Dua tercorot: Adam & Faizull
Tersingkir: Adam

Spektakular 6 (Top 5)[sunting | sunting sumber]

Tarikh siaran: 2 September 2005
Tema: Klasik
Juri jemputan: Dato' Sharifah Aini

  • Faizull:
    • "I Feel Good" (James Brown)
    • "Jauh Di Mata" (Ella)
  • Farah:
    • "Getaran Jiwa" (P. Ramlee)
    • "Ain't No Other Mountain Higher" (Marvin Gaye)
  • Daniel:
  • Nita:
    • "Engkau Laksana Bulan" (P. Ramlee)
    • "Big Spender" (Shirley Bassey)
  • Ash:
    • "Kissing A Fool" (George Michael)
    • "Jeritan Batinku" (P. Ramlee)

Dua tercorot: Ash & Faizull
Tersingkir: Ash

Spektakular 7 (Top 4)[sunting | sunting sumber]

Tarikh siaran: 10 September 2005
Tema: Unplugged
Juri jemputan: Awie

  • Daniel:
    • "Heaven Knows" (Rick Price)
    • "Mungkin Nanti" (Peterpan)
  • Farah:
  • Faizull:
  • Nita:
    • "Berhenti Berharap" (Sheila on 7)
    • "Hand In My Pocket" (Alanis Morissete)

Dua tercorot: Faizull & Nita
Tersingkir: Faizull

Spektakular 8: Semifinal (Top 3)[sunting | sunting sumber]

Tarikh siaran: 17 September 2005
Tema: Soundtrack Filem Hits
Juri jemputan: Ogy Ahmad Daud

Dua tercorot: Farah & Nita
Tersingkir: Farah

Spektakular 9: Finale (Top 2)[sunting | sunting sumber]

Tarikh siaran: 24 September 2005
Tema: Grand Finale
Juri jemputan: -

  • Daniel:
  • Nita:
    • "Berhenti Berharap" (Sheila on 7)
    • "Big Spender" (Shirley Bassey)
    • "Mimpi" (Nita)
      (Lagu & Lirik: Pot Amir)

Naib Juara: Nita
Juara: Daniel

Carta penyingkiran[sunting | sunting sumber]

Kedudukan Konsert Battle Mingguan
Ked.

Finalis

Top
11
Top
9
Top
8
Top
7
Top
6
Top
5
Top
4
Top
3
Finale
1 Daniel Lee 1st 1st 1st 1st 1st 1st 1st 1st 1st
2 Nita Hamzah Btm 2 Btm 2 2nd
3 Farah Asyikin Elim
4 Faizull Herman Btm 3 Btm 3 Btm 2 Btm 2 Elim
5 Ashvin Nair Btm 2 Btm 3 Btm 2 Elim
6 Adam Alli Elim
7 Xerra Hamisah Btm 2 Elim
8 Ejay Wong Btm 3 Elim
9 Azam Yakob Elim
10-11 Atilia Sarani Elim
Trish Priscilla Elim
Klu warna
  •      Peserta lelaki.
  •      Peserta wanita.
  •      Peserta yang menjadi juara.
  •      Peserta yang menjadi naib juara.
  •      Peserta yang berada dikedudukan teratas.
  •      Peserta yang masih kekal dalam pertandingan.
  •      Peserta yang berada dikedudukan tercorot.
  •      Peserta yang telahpun disingkirkan.

Penglibatan[sunting | sunting sumber]

Kontroversi[sunting | sunting sumber]

  • Walaupun berjaya meningkatkan bilangan penonton berbanding musim pertama (mengikut kajian media), musim kedua Malaysian Idol menerima pelbagai kritikan mengenai mutu para pesertanya, terutamanya juaranya Daniel Lee Chee Hun yang dikutuk oleh sebilangan orang sebagai tidak berbakat dalam nyanyian dan bergantung kepada paras rupanya yang "comel" untuk meraih undian oleh gadis muda. Bagaimanapun, Daniel dan peminatnya menghadapi cabaran tersebut dengan jualan album yang laris.
  • Kontroversi yang menyelubungi MI tidak bermula di situ. Antara pertikaian yang terawal ialah penyingkiran Lee Kar Wei, seorang peserta perempuan yang terpuji kerana "nyanyiannya yang sangat bagus", di pusingan saringan sebelum bermulanya pertandingan, menyebabkan sebilangan penonton mempersoal kredibiliti dan profesionalisme para juri.
  • Di pertandingan meraih undian pula, timbulnya keresahan antara sebahagian penonton setia yang mendapati bukan sahaja para peserta mempersembahkan lagu-lagu secara tidak konsisten, malah penyertaan peserta seperti Faizull dan Daniel kuat tercabar oleh orang awan yang meninggalkan pesanan di laman Internet, tambahan pula terjadinya penyingkiran awal peserta yang dianggap mereka sebagai paling bermutu, seperti Atilia, Trish dan Xerra.
  • Yang sebenarnya ramai yang tidak berpuas hati dengan kemenangan Daniel Lee boleh disebabkan undian perkauman. Tambahan pula Malaysian Idol disiarkan di saluran Cina, itu menjadi penyebab adalah mustahil peserta bukan berbangsa Cina yang menang pertandingan ini. Sesiapa yang aktif dengan forummer di krees.com tahu bahawa pada malam penyingkiran Faizul Rock Orang Kampung, undian untuk Faizul tersekat. Ini diberitahu oleh orang dalam belakang tabir Malaysian Idol sendiri yang keluar memberitahu kepada forummer yang lain. Ramai yang tidak puas hati dengan keadaan itu, dan itulah yang menyebabkan Malaysian Idol jatuh standardnya yang tersendiri. Malah admin krees.com juga seperti berat sebelah dengan mengatakan Faizul kononnya diberikan hak untuk tidak menyanyikan lagu English. Ini adalah perbuatan yang tidak profesional. Jika Faizul adalah pilihan rakyat Malaysia untuk jadi pemenang, seharusnya tidak perlu sebarang komplot untuk buat mana-mana peserta tersingkir.

Rujukan[sunting | sunting sumber]