Malbatt: Misi Bakara

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
MALBATT: Misi Bakara
PengarahAdrian Teh
Lakon layarAdrian Teh
Ashraf Modee Zain
BerdasarkanPertempuran Mogadishu (1993) dari perspektif Malaysia
Dihasilkan oleh
  • Adrian Teh (penerbit & penerbit eksekutif)
  • Syed Ali Shahul Hameed
  • Budi Citawan
  • Esther Hau
  • Catalina Mae Hubbard
  • Lim Teck
  • Jesse Chan (penyelaras)
  • Emre Oskay (penyelaras) - tidak dikreditkan pada treler
  • Tan Sri Vincent Tan (penerbit eksekutif)
  • Tee Yeng Pin (penerbit eksekutif)
  • Dato' Razak Al-Malique (penerbit eksekutif)
  • Carla Soong (penerbit eksekutif)
  • Tung Yow Kong (penerbit eksekutif)
  • Raja Jastina Raja Arshad (penerbit eksekutif)
  • Paulyn Chua (penerbit eksekutif)
Dibintangi
SinematografiYong Choon Lin
Disunting olehLee Pai Seang
Muzik olehJackey Yow
Syarikat
penerbitan
Diedarkan oleh
  • GSC Movies (Malaysia)
  • Clover Flims (Singapura)
  • Golden Village Pictures (Singapura)
Tarikh tayangan
24 Ogos 2023 (Malaysia & Singapura)[4]
Masa tayangan
131 minit
NegaraMalaysia
BahasaMelayu
Inggeris
Somali
BajetRM 20 juta[5]
Pecah panggungRM 32 Juta

MALBATT: Misi Bakara merupakan sebuah filem aksi perang ketenteraan Malaysia 2023 yang diarahkan, diterbitkan dan ditulis oleh Adrian Teh. Filem ini dibintangi oleh Bront Palarae, Shaheizy Sam, Hairul Azreen, Zahiril Adzim, Iedil Dzuhrie Alaudin, Adlin Aman Ramlie, Fauzi Nawawi, Tony Eusoff, Syazwan Zulkifli, Dafi Ismail Sabri, Taufiq Hanafi, Nafiez Zaidi, Dini Schatzmann, Gambit Saifullah, Theebaan G, Safwan Nazri dan Ikhram Juhari. Ia berdasarkan dari kisah benar tentang operasi tentera Malaysia membantu menyelamatkan tentera Amerika Syarikat yang terperangkap dalam perang saudara di Somalia pada tahun 1993. Filem ini ditayangkan pada 24 Ogos 2023 di Malaysia dan Singapura.

Premis[sunting | sunting sumber]

Filem ini berdasarkan kisah benar pada tahun 1993 dan menyelami keberanian anggota 19 Rejimen Askar Melayu DiRaja (RAMD) Mekanis dari Batalion Malaysia (MALBATT) yang menyelamatkan askar-askar Amerika yang terperangkap di Pasar Bakara, Mogadishu, ibu negara Somalia, dalam kejadian Black Hawk Down.

Pelakon[sunting | sunting sumber]

Pelakon utama (RAMD 19 Mekanis MALBATT)[sunting | sunting sumber]

Bront Palarae sebagai Mejar Adnan
Shaheizy Sam sebagai Lans Koperal Ramlee
Hairul Azreen sebagai Leftenan Ismail
  • Bront Palarae sebagai Mejar Adnan (diinspirasikan daripada Allahyarham Mejar (B) Ab Aziz)
  • Shaheizy Sam sebagai Lans Koperal Ramlee (diinspirasikan daripada Koperal Sabri Adun, Koperal Mohd Sabri Ahmad)
  • Hairul Azreen sebagai Leftenan Ismail, pegawai tentera termuda (diinspirasikan Leftenan Muda Juraimy Arifin)
  • Zahiril Adzim sebagai Leftenan Dahari (diinspirasikan Leftenan Zunaidi Hassan, Leftenan Khairul Anuar)
  • Iedil Dzuhrie Alaudin sebagai Leftenan Mustafa, ketua platun dari Kompeni Bravo (diinspirasikan Leftenan Mazlan Fauzi, Lt Kamal Idris)
  • Adlin Aman Ramlie sebagai Kolonel Rahman (diinspirasikan daripada watak Lt. Kol Rozi Md Baharom & Brig Jeneral Abdul Latif Ahmad), Komander MALBATT
  • Fauzi Nawawi sebagai Mejar Osman, Pegawai Operasi MALBATT (diinspirasikan daripada watak Lt. Kol Mohd Arif Shafiee)
  • Tony Eusoff sebagai Mejar Abd Samad, Ketua Tim Tempur Kompeni Bravo (diinspirasikan daripada Mejar Latif Bin Ladin, Kapten Zawawi Adam)
  • Syazwan Zulkifli sebagai Leftenan Johan (diinspirasikan daripada Leftenan Mat Azman Piah)
  • Dafi Ismail Sabri sebagai Lans Koperal Zulkifli (Prebet Rizal Ismail), Pemandu Condor APC
  • Taufiq Hanafi sebagai Lans Koperal Fuad (diinspirasikan daripada Lans Koperal Sulaiman Aziz)
  • Nafiez Zaidi sebagai Lans Koperal Nik Zainal @ Pok Nik, penembak belakang (diinspirasikan daripada Lans Koperal Ruzaini Man)
  • Dini Schatzmann sebagai Sarjan Hamid
  • Gambit Saifullah sebagai Sarjan Mukhriz (diinspirasikan daripada Staf Sarjan (B) Fakaruddin @ Gunung), penembak hendap
  • Theebaan G sebagai Lans Koperal Shah, Medik
  • Safwan Nazri sebagai Prebet Isa (diinspirasikan daripada Allahyarham Koperal Aznan Mat Awang SP), Pemandu Condor
  • Ikhram Juhari sebagai Lans Koperal Wahid (diinspirasikan daripada Lans Koperal Abdul Aziz Barakatollah)
  • Ken Abdullah sebagai Kapten Mansor, Pegawai Risikan Malbatt
  • Mejar Mustaqim sebagai Sniper Spotter
  • Arwan sebagai Koperal Aslam
  • Zakaria Zahid sebagai Koperal Ahmad
  • Abbas Mahmood sebagai Sarjan Abd Rahman

Pelakon sampingan[sunting | sunting sumber]

  • Amerika Syarikat
    • Joshua Flickema sebagai Leftenan Cage, pegawai Renjer US
    • Paul Biddiss (berkhidmat sebagai Penasihat Ketenteraan) sebagai pegawai Renjer US
    • Jens Grund sebagai Askar Divisyen Gunung Ke-10 #3
    • Dogan Baris Yasar sebagai Askar Divisyen Gunung Ke-10 #4
    • Chase Lanting sebagai Askar Divisyen Gunung Ke-10 #5
    • Jon Pierre Narbey sebagai Leftenan Jansen, pegawai Renjer US
    • Craig Haydon sebagai Kolonel Lawrence, pegawai Renjer US
    • Julia Melek sebagai Sofia, wartawan CNN
  • Pakistan dan Somalia
    • Musa Aden sebagai Abdalle, rakyat Somalia berkhidmat sebagai jurubahasa MALBATT dan kawan kepada Lans Koperal Ramlee
    • Emmanuel Mele Jason sebagai Ketua Somalia
    • Benjamin Osayende Aghedo sebagai anak Abdalle, anak lelaki tunggal
    • Tosin Marie sebagai isteri Abdalle
    • Rezki Khirat sebagai Leftenan Kolonel Khan, pegawai tentera Pakistan
    • Qamar Athwaal sebagai Leftenan Kolonel Muhammad, pegawai tentera Pakistan
    • Uldis Zachmanis sebagai Leftenan Kolonel Coef, pegawai tentera Pakistan
  • Keluarga anggota MALBATT

Penampilan khas[sunting | sunting sumber]

  • Adrian Teh[6] sebagai Imran, salah satu platun dan penolong medik kepada Lans Koperal Shah

Penerbitan[sunting | sunting sumber]

Pembangunan[sunting | sunting sumber]

Filem ini menelan kos sebanyak RM20 juta menjadikan sebagai salah satu filem termahal di Malaysia dan filem aksi dengan bajet termahal sebaris dengan filem animasi Malaysia, Upin & Ipin: Keris Siamang Tunggal dan filem Puteri Gunung Ledang. Adrian berasa tertekan dengan ucapan daripada Tan Sri Vincent Tan semasa pelancaran filem ini. Menurut beliau,

“Sudah tentu saya agak tertekan. Walaupun saya tahu niatnya hanya bergurau tapi dia ada hak untuk berbuat sedemikian dan pastikan filem ini mendapatkan untung.[7]

Adrian berkata bahawa beliau sudah mulakan projek ini sejak selesainya penggambaran PASKAL: The Movie apabila beliau berjumpa dengan Mejar (B) Ab Aziz untuk diceritakan tentang malam tersebut di mana pasukan mereka tetap masuk ke medan biarpun menghadapai banyak cabaran menyelamatkan tentera Amerika.[8]

Menurut Adrian, filem ini diinspirasikan daripada filem Amerika Syarikat, Black Hawk Down arahan Ridley Scott, di mana beliau mengkaji sendiri dan menyedari bahawa filem tersebut tidak menunjukkan jalan cerita sebenar apabila tidak menunjukkan babak askar Malaysia turun padang.[9] Menurut beliau dalam laman berita Astro Awani ketika majlis pelancaran filem ini di Hotel Berjaya Times Square,

"Filem ini mustahak untuk betulkan fakta. Black Hawk Down tunjukkan Amerika Syarikat sebagai hero tetapi kita tahu askar Malaysia adalah hero sebenar.[10]

Beliau juga nampak peluang untuk membuat keuntungan dalam filem ini. Dalam artikel yang sama,

"Selain itu, saya nampak peluang untuk filem ini membuat keuntungan, boleh dijual kepada banyak negara seperti Asia Barat, China, Indonesia dan saya pasti negara-negara Islam juga akan memberi sokongan. Kalau dapat capai seperti Mat Kilau, sudah cukup bagus."[10]

Filem ini bakal menyaksikan 15 penerbit (2 penerbit penyelaras, 5 penerbit dan 8 penerbit eksekutif; Adrian dikreditkan sebanyak dua kali) dan enam syarikat (termasuk Fast Bikes dan Aurum Invested Limited) dikreditkan dalam filem ini secara tidak langsung menjadikan antara yang terbanyak dalam filem Malaysia.

Filem ini bakal menyaksikan filem Malaysia pertama bakal ditayangkan dalam format IMAX dengan menurut Adrian, Pakej Pawagam Digital (DCP) bakal dipertingkat kepada format IMAX 6-Track sesuai dengan petempatan IMAX di negara Malaysia.[11][12][13]

Penulisan skrip[sunting | sunting sumber]

Lakon layar bagi filem ini ialah Adrian sendiri dan Ashraf Modee Zain, wakil daripada Astro Shaw Writers' Room menggantikan Anwari Ashraf yang sebelum ini bekerjasama dengan Adrian dalam filem PASKAL dan WIRA yang merupakan filem di bawah terbitan Astro Shaw juga. Skrip filem ini mengambil masa selama tiga tahun untuk menyiapkan kerana skrip tersebut perlu diteliti sehingga mengambil rombakan dalam filem ini. Menurut Adrian, beliau tiada masalah dalam penghasilan skrip filem ini atas bantuan Tentera Darat Malaysia. Adrian berkata kepada Berita Harian,

"Proses penghasilan skrip paling sukar. Naskhah ini menghimpunkan ramai pelakon, jadi saya kena pastikan tiada pelakon yang menyerlah dan tenggelam dalam karakter.

"Disebabkan setiap pelakon ada karakter dan momen tersendiri, itu yang sukar.

"Namun, Tentera Darat Malaysia banyak membantu sejak proses awal sehingga penggambaran untuk pastikan apa yang kami lakukan bertepatan dengan situasi sebenar."[14]

Filem ini bakal memaparkan 90 peratus daripada kisah sebenar peperangan tersebut. Dalam artikel sama,

"Walaupun kisah yang dipaparkan hampir 90 peratus bertepatan dengan situasi yang berlaku, tetapi ini garapan filem, jadi suntik elemen fiksyen agar tidak terlalu serius."[14]

Pemilihan pelakon[sunting | sunting sumber]

Filem ini bakal menyaksikan filem ketujuh gabungan Adrian dan Hairul Azreen selepas filem PASKAL:The Movie, WIRA, Pasal Kau!, Ada Hantu, The Assistant dan Ada Hantu 2. Ia juga bakal menyaksikan ramai pelakon bergabung berlakon bersama dari filem berlainan ke dalam satu filem ini seperti Shaheizy Sam dan Fauzi Nawawi (Polis EVO 3), Bront Palarae dan Taufiq Hanafi (Ola Bola), Zahiril Adzim, Nafiez Zaidi, Dafi Ismail Sabri dan Hairul (Ada Hantu dan Ada Hantu 2), Iedil Dzulhrie, Tony Eusoff dan Hairul (The Assistant), Hairul, Gambit Saifullah, Theeban G dan Taufiq (PASKAL: The Movie), Ikhram Juhari, Hairul dan Shaheizy (Polis EVO 2), Bront dan Zahiril (One Two Jaga dan Bunohan), Gambit dan Adlin Aman Ramlie (Coast Guard Malaysia: Ops Helang) dan banyak lagi. Remy Ishak pada asalnya disenaraikan untuk berlakon dalam filem ini, namun menarik diri kerana jadual kerjanya yang padat. Alif Satar juga dikatakan pernah terlibat dalam pembikinan awal filem ini namun beliau tiada dalam senarai akhir.

Menurut Dafi yang pertama kali berlakon dalam filem aksi terkenal kerana anak kepada Perdana Menteri Malaysia ke-9, Dato' Sri Ismail Sabri Yaakob, semasa beliau diberikan watak dalam cerita ini, beliau perlu fikir sebanyak 2 ke 3 kali kerana beliau tidak ingin mencacatkan filem seseorang. Beliau mengucapkan terima kasih kepada Adrian dan Hairul kerana memberikan sokongan kepada beliau.[2][15][16]

Menurut Safwan Nazri yang pertama kali berlakon dalam filem, beliau perlu membuat casting berbanding yang lain. Beliau pada bayangannya tidak dapat pada pertama kali kerana hanya perlu rekod pada telefon. Namun, ada mesej diterima Safwan di WhatsApp beliau mengatakan beliau dapat 'bercuti' ke Turki. Beliau teruja kerana isteri beliau mengandung empat bulan ketika itu. Kegembiraan itu tidak bertahan lama apabila isteri beliau keguguran dan beliau berkata kepada media bahawa beliau ingin pulang ke Malaysia. Beliau hanya memikirkan tentang anaknya sahaja semasa penggambaran. Selepas pulang ke Tanah Air, beliau diberikan khabar gembira apabila isteri beliau mengandung semula.[17][18]

Menurut Adrian pula, beliau tidak menggunakan nama sebenar berdasarkan askar-askar yang terlibat dalam misi ini kerana ingin menghormati nama-nama mereka dan bimbang jikalau dibandingkan dengan pelakon-pelakon. Menurut Adrian kepada Berita Harian,

"Saya tidak mahu karisma pelakon dibandingkan dengan watak sebenar pejuang. Saya juga bimbang boleh mencetuskan rasa kurang hormat, jadi kami buat keputusan gunakan nama lain.

"Namun, jalan cerita dan watak memang wujud dalam kisah benar misi di Somalia.

"Saya mahu berkarya dengan lebih bebas dan membina karakter pelakon mengikut kehendak saya apabila gunakan nama fiksyen untuk watak sebenar.[14]

Filem ini bakal menjadi filem terakhir lakonan Hairul setelah beliau mengumumkan pada 21 Ogos 2023, 3 hari sebelum tayangan rasmi filem ini ketika dijemput dalam segmen 3 Pagi ERA oleh radio ERA, salah satu rakan radio rasmi filem ini.

Musa Aden berkata beliau berbangga menjadi salah satu krew yang terlibat dalam filem ini kerana beliau sendiri pernah menghadapai Perang Sivil Somalia. Beliau berkata demikian kepada The Star.[19]

Penggambaran[sunting | sunting sumber]

Sebelum penggambaran bermula, para pelakon diminta untuk berlatih seperti tentera di Kem Segenting, Port Dickson. Hairul berkata mereka diperkenalkan dengan kereta perisai Condor yang digunakan dalam kejadian di Bakara. Selain itu, Hairul juga diperkenalkan pelbagai senjata serta semua taktikal perang asas. Menurut Iedil, mereka secara kebetulan berjumpa dengan Kolonel Juraimy, Pengarah Latihan Kadet (semasa kejadian beliau berpangkat Leftenan Muda), salah seorang wira di sebalik misi perang tersebut.[20]

Manakala Paul Biddiss seorang bekas anggota tentera British telah ditugaskan melatih para pelakon untuk babak aksi, menurut beliau dalam temubual beliau tidak berfikir panjang tawaran dari Adrian dan menggunakan sebaik mungkin demi filem ini.[21] Biddiss merupakan penasihat ketenteraan yang pernah membimbing pelakon antarabangsa terutama Hollywood hingga lahir kan filem blockbuster seperti 1917, Mission: Impossible 5 dan lain-lain. Selain itu beberapa pegawai Tentera Darat Malaysia turut dibawa bersama bagi memantau setiap aspek.

Filem ini dirakam di Gaziantep, Turki; tempat berlatarkan muka bumi di Somalia termasuk Bakara, manakala bakinya dibuat di Pinewood Iskandar Studio Malaysia yang terletak di Iskandar Puteri, Johor Bahru bagi babak dalam ibu pejabat MALBATT 1 dan Mogadishu. serta Pangkalan TUDM Subang bagi adegan perlepasan kontinjen MALBATT dan Lapang Sasar Gemas, Negeri Sembilan bagi adegan tembakan dalam Condor APC.

Semasa sidang media filem ini di GSC Mid Valley Megamall pada 30 Mei 2023, Adrian mendedahkan kepada media bahawa filem ini hampir dibatalkan penggambarannya yang dibuat di sempadan Turki-Syria kerana penduduk Syria tidak mengetahui lalu mengambil gambar dan menularkan di media sosial.

Beliau berkata demikian kepada media Utusan Malaysia,

“Penduduk di sana sudah maklum bahawa kami lakukan penggambaran. Manakala penduduk di kawasan sempadan sebelah lagi satu (Syria) tak tahu mengenai perkara itu. Lalu mereka ambil gambar dan mula tular di laman sosial,[22]

Demi meneruskan penggambaran, Adrian sendiri berjumpa dengan datuk bandar tempatan untuk menjelaskan perkara tersebut. Datuk bandar membenarkan pasukan Adrian untuk meneruskan penggambaran filem ini dengan syarat media antarabangsa dibenarkan datang untuk melawat lokasi penggambaran di Gaziantep.

Beliau berkata kepada Astro Awani pula,

“Ketika itu saya terpaksa berjumpa dengan datuk bandar dan berbincang. Saya terangkan kepadanya bahawa senjata yang digunakan di dalam filem ini hanyalah sekadar aset, ia tidak boleh berfungsi sebagai senjata sebenar.

“Kita datang dengan aman dan kasih sayang. Bukan untuk berperang.

"Mereka akhirnya faham dan meletakkan syarat untuk membenarkan media masuk ke kawasan penggambaran. Ketika itulah banyak media antarabangsa datang.[23]

Menurut pengarah, letupan yang bakal dipersembahkan ialah letupan sebenar dengan sedikit sentuhan imej janaan komputer (CGI). Kebanyakkan pelakon merasai letupan sebenar dengan jarak dekat supaya nampak lebih realistik.[22] Adrian juga berkata bahawa sebanyak 900 syot CG digunakan dalam filem ini menerusi segmen 'Mulut Puaka' dibuat oleh Zhafvlog dari saluran YouTube Pure Pixels.[24]

Keluaran[sunting | sunting sumber]

Pemasaran[sunting | sunting sumber]

Poster pemasaran filem ini tidak memaparkan wajah-wajah pelakon atas faktor Adrian tidak mahu menjual nama artis. Menurut Adrian kepada Astro Gempak,

"Saya nak minta maaf kepada semua pelakon kerana saya tidak letak wajah mereka di poster kerana saya rasa baik saya fokus pada tujuan utama saya iaitu mengetengahkan naskah ini.[25]

Sempena dengan pelancaran filem ini, beberapa rakan rasmi telah terlibat dalam filem ini. Kenny Rogers Roasters Malaysia telah melancarkan Set Nasi Wira sebanyak 3 set (Mejar Adnan, Lt Ismail dan Lt Mustafa).[26] 7-Eleven Malaysia juga menjadi salah satu rakan rasmi juga bagi filem ini dengan menjual barangan filem ini seperti dompet, rantai kunci, pin, beg dan payung.[27] Antara rakan rasmi yang lain termasuklah Starbucks Malaysia yang menjual Frappuccino edisi filem ini untuk masa terhad, Cosway Malaysia dan Krispy Kreme Doughtnuts Malaysia. Kesemua rakan rasmi ini di bawah anak syarikat Berjaya Corporation Berhad diketuai oleh Tan Sri Vincent Tan yang juga merupakan penerbit eksekutif filem ini.[28]

3 pengedar setakat ini telah bertanggungjawab bagi mengedar filem ini; GSC Movies bagi Malaysia, Clover Films, rakan ACT 2 Pictures dan Golden Village Pictures bagi Singapura menyaksikan filem ini ditayangkan di negara tersebut pada hari yang sama iaitu 24 Ogos 2023.[29]

Golden Screen Cinemas telah mempromosikan tayangan awal filem ini dalam format IMAX di GSC IOI City Mall 2 dan GSC The Mall, Mid Valley Southkey, Johor Bahru seawal 18 Ogos 2023.[30] GSC menambah tayangan dalam format 4DX, GSC BIG dan Dolby Atmos juga. Walau bagaimanapun, ia hanya mula ditayangkan pada 23 Ogos 2023 bermula jam 6 petang sempena tayangan awal, sehari sebelum tayangan rasmi.[31] Mereka juga menjual botol kantin bertemakan filem ini dengan harga RM25 dan ditawarkan dalam 2 pakej.[32] Kotak jagung bertih GSC pula telah bertukar bertemakan tulisan #Malaysiaku sempena sambutan Bulan Kebangsaan dan di belakang kotak tersebut terdapat wajah pelakon-pelakon filem ini.[33]

GSC juga membuat satu bundle tayangan khas pada 18 sehingga 20 Ogos 2023 di mana penonton hanya perlu membayar sebanyak RM38 untuk mendapatkan satu tiket, satu set kombo bertih jagung biasa dan satu cenderahati filem ini serta pertemuan bersama dengan wira-wira MALBATT[34].

TGV Cinemas juga menawarkan tayangan awal dalam format IMAX seawal 18 Ogos 2023 juga.[35] TGV juga menawarkan sesi Fan Screening pada 19 dan 20 Ogos 2023 di mana anda hanya perlu membayar sebanyak RM38 untuk mendapatkan tiket tayangan filem ini dan baju-T ekslusif MALBATT: Misi Bakara serta pertemuan dengan barisan pelakon seperti Shaheizy Sam, Fauzi Nawawi, Dini Schatzmann, Adlin Aman Ramlie dan banyak lagi[36].

GSC Movies mengumumkan bahawa Jelajah MALBATT bakal diadakan di pawagam-pawagam terpilih di seluruh Malaysia bermula pada minggu pertama tayangan.

Sambutan[sunting | sunting sumber]

Kutipan pecah panggung[sunting | sunting sumber]

Jadual kutipan pawagam
MALBATT: Misi Bakara
(24 Ogos – kini)
Tempoh Tayangan Kutipan kumulatif
Tayangan Awal (24 Ogos) RM1 juta
2 hari (hingga 26 Ogos) RM4.5 juta[37]
4 hari (hingga 28 Ogos) RM10.5 juta
6 hari (hingga 30 Ogos) RM13.5 juta
8 hari (hingga 1 September) RM19 juta
11 hari (hingga 4 September) RM26.4 juta
18 hari (hingga 11 September) RM31 juta
26 hari (hingga 19 September) RM32 juta

MALBATT: Misi Bakara mendapat kutipan sebanyak RM1 juta pada tayangan awal. Kutipan filem ini mencanak naik sehingga angka RM4.5 juta setelah 2 hari tayangan rasmi. Setelah 4 hari, filem ini berjaya mendapat kutipan sebanyak RM10.5 juta hanya di belakang rekod Mat Kilau: Kebangkitan Pahlawan dan Polis EVO 3 untuk kutipan 4 hari pasca-pandemik COVID-19. Kutipan itu terus meningkat kepada RM13.5 juta selama 6 hari dan mempunyai rekod yang lebih baik berbanding filem terbitan bersama Astro Shaw, Mechamato Movie dan Hantu Kak Limah. Setelah 11 hari, filem ini berjaya menyamai kutipan tempatan filem PASKAL arahan Adrian sendiri serta berjaya mengalahkan satu lagi filem termahal Malaysia, Upin & Ipin: Keris Siamang Tunggal dan filem komedi aksi Abang Long Fadil 3.

Ulasan kritis[sunting | sunting sumber]

Filem ini rata-rata diberikan ulasan positif oleh para pengkritik dari segi lakonan semua pelakon-pelakon filem ini dan orang ramai terutama waris wira-wira sebenar disebalik Pertempuran Mogadishu serta pihak daripada Tentera Darat Malaysia malah mereka juga membuat reaksi mereka sendiri.

Zhafvlog dari Pure Pixels memuji penceritaan filem ini yang mudah difahami dan informatif. Beliau memberikan penarafan 5/5 bintang.[38][39]

Casey menulis untuk CaseyMovieMania mengatakan bahawa watak Musa Aden (Abdalle) berjaya mencuri perhatian daripada pelakon bertaraf bintang. Selain itu, beliau juga memuji Adrian kerana berusaha lebih menggabungkan konflik dan pandangan yang diperlukan antara tentera Malaysia dan AS, memberikan filem itu menambah berat dramatik.[40]

Dennis Chua, penulis dari New Straits Times mengatakan bahawa "Penonton diperkenalkan kepada wira kita dalam perarakan tentera pulang ke rumah, sebelum kamera mengezum masuk pada mata salah seorang daripada mereka, dan keluar sekali lagi apabila leftenan itu berbalas tembak di bangunan Mogadishu yang dipenuhi peluru.".[41]

Portal filem KakiMuvee berpuas hati pada bahagian kedua filem tersebut "iaitu semasa mereka menerima misi dan mula memasuki lokasi pertempuran." Mereka juga berkata, "Secara keseluruhan Malbatt: Misi Bakara adalah filem yang sangat bagus bagi mereka yang ingin melihat pertempuran Mogadishu dari persepektif Malaysia."[42]

Muzik[sunting | sunting sumber]

"Limitasi"
Single oleh Tomok ft. Ariz
Dilancarkan pada8 Ogos 2023
Panjang3:31
SyarikatRocketfuel Entertainment
PenulisAriz
PenggubahAriz, Zikri Zakaria & Nana Sheme
PenerbitAriz (untuk ACT 2 Pictures), Zikri Zakaria (bersama) & BC (eksekutif)
sunting · sunting di Wikidata
Lihat pendokumenan templat ini
Lihat pendokumenan templat ini

Lagu tema bagi filem ini berjudul Limitasi nyanyian Tomok bersama Ariz. Lagu tersebut merupakan lagu ciptaan Ariz sendiri bersama Zikri Zakaria dan Nana Sheme. Sebelum ini, Ariz dikenali sebagai penulis lagu Berserah nyanyian Zizan Razak bersama Ismail Izzani. Penyanyi latar bagi lagu Limitasi ialah Nana, Yubi, Jad Lobo dan Baby Akmal. Lagu ini boleh distrim secara rasmi di Spotify pada 8 Ogos 2023, hari yang sama dengan malam gala filem ini. Manakala untuk lirik video filem ini boleh ditonton di YouTube Rocketfuel Network mulai 15 Ogos 2023.[43]

Format dan senarai runut[sunting | sunting sumber]

Penstriman digital[44]
No.TajukPenulisPenyanyiMasa
1."Limitasi"ArizTomok ft. Ariz3:31


Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Shahrin Zulkiple (20 September 2022). ""Bukan Nak Kata Saya Mahal, Tetapi…" – Shahiezy Sam Terima Bayaran Setimpal Dengan Bakat Lakonan". Astro Gempak. Dicapai pada 5 Ogos 2023.
  2. ^ a b Shahrin Zulkifle (11 September 2022). ""Yang Penting Saya Tak Minta…" – Dafi Nafi Guna Status Anak PM Dapat Berlakon Dalam Malbatt: Misi Bakara". Astro Gempak. Dicapai pada 5 Ogos 2023.
  3. ^ Shahrin Zulkiple (17 September 2022). "Ikhram Juhari Sanggup 'Seksa' Diri & Berhabis RM200 Sehari Buat Badan Demi Watak Tentera Askar Dalam Malbatt: Misi Bakara". Astro Gempak. Dicapai pada 5 Ogos 2023.
  4. ^ Faida Rahim (30 Mei 2023). "Filem Malbatt: Misi Bakara mula tayang 24 Ogos depan". Astro Awani. Dicapai pada 22 Julai 2023.
  5. ^ Haryati Karim (10 September 2022). "Kos RM20 juta, Malbatt Misi Bakara filem paling mahal di Malaysia". Kosmo!. Dicapai pada 12 Julai 2023.
  6. ^ @AdrianTeh19 (20 Januari 2023). "Actor no. 18 in #malbattmisibakara 😆" (Twit) – melalui Twitter.
  7. ^ Aizam Manaf (10 September 2022). ""RM20 Juta Masih Tak Cukup,"- Malbatt Misi Bakara Catat Sejarah Filem Termahal, Harapan Penerbit Buat Adrian Teh Pening Kepala". MediaHiburan. Dicapai pada 5 Ogos 2023.
  8. ^ "MALBATT: MISI BAKARA - Director's Interview (Adrian Teh)". YouTube. ACT 2 Pictures. Dicapai pada 5 Ogos 2023.
  9. ^ GSC Movies. "Sebuah penceritaan semula kisah benar daripada Angkatan Tentera Malaysia. Jom tengok permulaan @adrianteh19 mencapai hasratnya untuk menghasilkan karya ini. Saksikan #MALBATTMisiBakara di pawagam, 24 Ogos ini! @adrianteh19 @shaheizy_sam @syazwanzulkifly @hairulazreen @bront_palarae @dafiismailsabri @nafiez.zaidi @taufiqhanafi11 @gambitsaifullah @adlinamanramlie @safwannazri @zahiriladzim @ikhram_juhari @theebaan_g @iedilputra @theonlyfauzinawawi @tonyeusoff @dinischatzmann". Facebook. Dicapai pada 29 Julai 2023.
  10. ^ a b Madiha Abdullah (10 September 2022). "Malbatt Misi Bakara bawa kisah hero sebenar Black Hawk Down". Astro Awani. Dicapai pada 29 Julai 2023.
  11. ^ Fahim Zahar (31 Julai 2023). "MALBATT: Misi Bakara Adalah Filem Malaysia Pertama Dalam Format IMAX". Aksiz. Dicapai pada 5 Ogos 2023.
  12. ^ "MALBATT: MISI BAKARA bakal menjadi FILEM MALAYSIA PERTAMA DITAYANGKAN DI DALAM FORMAT IMAX!". YouTube. Pure Pixels. Dicapai pada 5 Ogos 2023.
  13. ^ Nurhanis. "Filem Malbatt: Misi Bakara Ditayang Dalam IMAX 18 Ogos Ini". Siakap Keli. Dicapai pada 12 Ogos 2023.
  14. ^ a b c Serimah Mohd Sallehuddin (11 Ogos 2023). "Sukar hasilkan skrip Malbatt: Misi Bakara". Berita Harian. Dicapai pada 12 Ogos 2023.
  15. ^ "First time tengok @dafiismailsabri berlakon filem action. Sebab Cema dah tengok Malbatt: Misi Bakara ni, impress yer kita dengan lakonan Dafi. Mana taknya amik kelas berlakon lah, kelas turunkan berat badan lah. Walaupun kena kecam netizen, he buat tak kisah je. Bagus bagus. Jangan lupa saksikan filem Malbatt: Misi Bakara di pawagam berdekatan pada 24 Ogos ni okay. Tonton video penuh di YT F8Buzz #f8buzzhiburan #dafiismailsabri #malbattmisibakara #longervideos". TikTok. F8Buzz. Dicapai pada 12 Ogos 2023.
  16. ^ "Dafi Dapat Watak Sebab Bapa, Ex-PM Biaya Malbatt: Misi Bakara?". YouTube. F8Buzz. Dicapai pada 12 Ogos 2023.
  17. ^ "@Safwan Nazri punya sembang, plot twist lain macam. Dari gelak tetiba rasa sebak bang. Malbatt Misi Bakara akan mula ditayangkan 24 Ogos ini di pawagam. #f8buzzhiburan #sembangentertainment #longervideos #malbatt #malbattmisibakara #safwannazri". TikTok. F8Buzz. Dicapai pada 12 Ogos 2023.
  18. ^ Serimah Mohd Salehuddin (21 Ogos 2023). "Safwan menangis isteri keguguran ketika 'shooting' filem Malbatt: Misi Bakara". Berita Harian. Dicapai pada 28 Ogos 2023.
  19. ^ Mumtaj Begum (7 September 2023). "Why Somali American actor Musa Aden is proud to be in Malaysian movie 'Malbatt: Misi Bakara'" (dalam bahasa Inggeris). The Star. Dicapai pada 8 September 2023.
  20. ^ "MALBATT: Misi Bakara - Military Training at Segenting Camp". YouTube. GSCinemas. Dicapai pada 9 Ogos 2023.
  21. ^ "MALBATT: MISI BAKARA - PAUL BIDDISS (Military Technical Advisor)". YouTube. ACT 2 Pictures. 14 Ogos 2023. Dicapai pada 30 Ogos 2023.
  22. ^ a b Wafa Aula (31 Mei 2023). "Penggambaran filem Malbatt: Misi Bakara hampir batal di sempadan Turki". Utusan Malaysia. Dicapai pada 22 Julai 2023.
  23. ^ Astro Gempak (4 Jun 2023). "Disangka perang sebenar, pengarah cemas penggambaran 'Malbatt' hampir batal". Astro Awani. Dicapai pada 22 Julai 2023.
  24. ^ "MALBATT: MISI BAKARA - #MulutPuakaSession bersama Pengarah & Pelakon". YouTube. Pure Pixels. 26 Ogos 2023. Dicapai pada 30 Ogos 2023.
  25. ^ Syafiqah Jalal (30 Mei 2023). "Dibarisi Aktor Hebat Tapi Tiada Wajah Pelakon Di Poster, Ini Alasan Pengarah Malbatt Misi: Bakara– "Saya Tak Jual Nama Artis"". Astro Gempak. Dicapai pada 5 Ogos 2023.
  26. ^ Kenny Rogers ROASTERS Malaysia. "Misi menjaga keamanan dimulakan dengan misi mencari makanan 😆 Korang dah cuba ke our Nasi Wira meals? They're all inspired and named after the heroes of Malbatt: Misi Bakara 🫡 Tag your buddies in the comments and jom be Wira together! #KRRMalaysia #KRRFam #MisiKRRMalaysia #MalbattMisiBakara #jommakan". Facebook. Dicapai pada 9 Ogos 2023.
  27. ^ 7-Eleven Malaysia. "[𝗖𝗼𝗻𝘁𝗲𝘀𝘁] Eh, gais! Teringin nak jumpa cast Malbatt? Jom join contest ni! 🤩 Beli merch Malbatt bernilai RM30 dan menangi tiket eksklusif ke Gala Movie Night atau pas Meet & Greet! Best kan? Jangan tunggu lama-lama dan terus ke 7-Eleven untuk join! 😄 #Team7E #7ElevenMalaysia #7CAFé #Malbatt #Merch #Contest #Giveaway #GiveawayMalaysia #ContestMalaysia". Facebook. Dicapai pada 9 Ogos 2023.
  28. ^ Gempak (9 Ogos 2023). "'MALBATT: Misi Bakara' bongkar kisah benar kejadian Black Hawk Down". Astro Awani. Dicapai pada 12 Ogos 2023.
  29. ^ Clover Films. "From the makers of 𝑃𝐴𝑆𝐾𝐴𝐿 𝑇𝐻𝐸 𝑀𝑂𝑉𝐼𝐸, based on a true story, relive the action of the courageous soldiers from the Royal Malay Regiment of the Malaysian Army that fought on the frontlines in Somalia. Directed by Adrian Teh, starring Bront Palarae, Shaheizy Sam, Hairul Azreen, Zahiril Adzim, Iedil Dzuhrie, Adlin Aman Ramlie, Fauzi Nawawi, Tony Eusoff and more! 🪖💥 Catch 𝗠𝗔𝗟𝗕𝗔𝗧𝗧: 𝗠𝗜𝗦𝗜 𝗕𝗔𝗞𝗔𝗥𝗔, opens 24 August in Singapore cinemas! #MALBATTMisiBakara #BrontPalarae #ShaheizySam #HairulAzreen #ZahirilAdzim #IedilDzuhrie #AdlinAmanRamlie #FauziNawawi #TonyEusoff". Facebook. Dicapai pada 9 Ogos 2023.
  30. ^ @GSCinemas (9 Ogos 2023). "Tiket kini dijual untuk tayangan awal #MALBATTMisiBakara dalam IMAX! 💥🪖 Jangan lepaskan peluang untuk menyaksikan filem Malaysia IMAX pertama! 🇲🇾 Jadilah penonton pertama untuk menonton bermula 18 Ogos! Jom serbu pawagam IMAX! #BuatSampaiBoleh! 💪" (Twit). Dicapai pada 9 Ogos 2023 – melalui Twitter.
  31. ^ @GSCinemas (11 Ogos 2023). "Baris baris sedia! 🫡 Tiket untuk #MALBATTMisiBakara kini dibuka di GSC seluruh Malaysia! Tengok awal di IMAX mulai 18 Ogos dan format lain mulai 24 Ogos ini! Jom serbu pawagam & support filem lokal! #BuatSampaiBoleh! 🇲🇾 #Malaysiaku ❤️" (Twit). Dicapai pada 12 Ogos 2023 – melalui Twitter.
  32. ^ @GSCInemas (10 Ogos 2023). "Botol kantin eksklusif #MALBATTMisiBakara kini dijual di GSC seluruh Malaysia! haaa jom, beli sekarang sebelum SOLD OUT! Kita #BuatSampaiBoleh! 🇲🇾✨ #Malaysiaku" (Twit). Dicapai pada 12 Ogos 2023 – melalui Twitter.
  33. ^ @GSCinemas (10 Ogos 2023). "Sempena bulan kebangsaan ni, kita keluarkan popcorn box baru guys! 🇲🇾🍿 Nikmati popcorn dalam kotak berwarna bendera negara, bersama wira filem #MALBATTMisiBakara! 🇲🇾🍿 Jumpa di GSC! ✨ #Malaysiaku" (Twit). Dicapai pada 12 Ogos 2023 – melalui Twitter.
  34. ^ @GSCinemas (9 Ogos 2023). "Jadi antara penonton pertama untuk saksikan #MALBATTMisiBakara dan bertemu dengan wira-wira MALBATT di GSC mulai 18 Ogos ini! 🫡 🇲🇾 Dengan hanya RM38, anda boleh dapat: - Tiket MALBATT: Misi Bakara x1 - Popcorn Combo Regular x1 - Cenderahati Edisi Terhad MALBATT x1 - Berjumpa dengan barisan pelakon! Jom, tiket kini dijual! Tempat duduk terhad, beli tiket sekarang! 🔥" (Twit). Dicapai pada 9 Ogos 2023 – melalui Twitter.
  35. ^ @TGVCinemas (11 Ogos 2023). "Kisah benar wira sebenar yang tidak diperkatakan. #MALBATTMisiBakara bakal muncul di TGV seawal 18 Ogos ini 🎟️ bit.ly/TGV-MMB #BuatSampaiBoleh" (Twit). Dicapai pada 12 Ogos 2023 – melalui Twitter.
  36. ^ @TGVCinemas (10 Ogos 2023). "#MALBATTMisiBakara sudah tiba 🫡 Dapatkan baju eksklusif dan temui Shaheizy Sam, Fauzi Nawawi, Dini Schatzmann, Adlin Aman Ramlie dan ramai lagi apabila anda hadirkan diri ke sesi Fan Screening 🎟️ bit.ly/TGV-MalbattFS Untuk maklumat lanjut layari bit.ly/TGV-MALBATTMeet" (Twit). Dicapai pada 12 Ogos 2023 – melalui Twitter.
  37. ^ Ramlah Zainal (27 Ogos 2023). "Malbatt: Misi Bakara kutip RM4.5 juta dalam masa dua hari". Berita Harian. Dicapai pada 28 Ogos 2023.
  38. ^ "MALBATT: MISI BAKARA - Movie Review". YouTube. Pure Pixels. Dicapai pada 28 Ogos 2023.
  39. ^ @zhafvlog (24 Ogos 2023). "MALBATT: MISI BAKARA - 5/5 Stars The REAL Untold Story behind 'Black Hawk Down'. Berdasarkan kisah benar tentang operasi tentera Malaysia membantu menyelamatkan tentera US yg terperangkap dalam perang saudara di Somalia pada tahun 1993. THE GOOD 1. Story - mudah difahami, informative, heart-breaking and precise storyline 2. Tactical - setiap pergerakkan & pertuturan seorang askar was crafted well, memberikan impact 'believable' 3. Visual & Audio - splendid job n bakal membuatkan korang tak senang duduk sewaktu scene peperangan yg sengit 4. Patriotisme - PERFECT film utk menaikkan semangat korang bersempena bulan kemerdekaan ini! THE BAD 1. CGI - same as trailer, looks underwhelming 2. Green Screen - byk shot dalam studio nampak obvious berbeza dgn scene sebelumnya, tiada conti, tak kemas Overall memang tak rugi utk layan di pawagam especially di hall IMAX! 💪🏽 Congratulations @AdrianTeh19 & the whole team! #MALBATTMisiBakara" (Twit). Dicapai pada 28 Ogos 2023 – melalui Twitter.
  40. ^ Casey (24 Ogos 2023). "MALBATT: Misi Bakara (2023) Review". CaseyMovieMania. Dicapai pada 28 Ogos 2023.
  41. ^ Dennis Chua (26 Ogos 2023). "#Showbiz: 'Bakara' is our heroic 'Black Hawk Down'" (dalam bahasa Inggeris). New Straits Times. Dicapai pada 28 Ogos 2023.
  42. ^ KakiMuvee (29 Ogos 2023). "Review Filem: Malbatt Misi Bakara (2023)". KakiMuvee. Dicapai pada 8 September 2023.
  43. ^ "Tomok Feat. Ariz - Limitasi (Official Lyric Video - OST Malbatt Misi Bakara)". YouTube. Rocketfuel Network. Dicapai pada 16 Ogos 2023.
  44. ^ "Limitasi - From Malbatt Misi Bakara Original Soundtrack". Spotify. Dicapai pada 9 Ogos 2023.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]